MI: Hidup Indah Bersama Islam
by Iqra Team
|
posted: 3:00 PM
|
6
comments

Aturcara majlis:
- 8.30pm: Isya berjamaah
- 9.00pm: Ceramah - "Hidup Indah Bersama Islam"
- 10.30pm: Sesi soal jawab
- 10.50pm: Majlis penutup
- 11.00pm: Bersurai & jamuan ringan
- Ustaz Zahazan Mohamed dilahirkan di Melaka pada tahun 1974.
- Mendapat pedidikan rendah di Sek Keb Kg Gelam, Melaka antara tahun 1981-1986.
- Bersekolah menengah di SMKA Sultan Muhammad, Melaka dalam tingkatan 1-3 pada tahun 1987-89.
- Kemudiannya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4, dalam jurusan Sains Sosial di Kolej Islam Sul Alam Shah, Klang hingga tahun 1991.
- Meneruskan pendidikan ke peringkat Ijazah antara tahun 1992-96 dalam Bahasa Arab & Syariah di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan.
- Kembali ke Malaysia lalu menyambung Dip. In Education di MPI, Bangi dalam tahun 1997.
- Meraih Sarjana dalam bidang Bahasa Arab dari UM pada tahun 2001.
- Menyambung PhD dalam bidang & universiti yang sama selepas itu.
- Bertugas sebagai pensyarah Bahasa Arab di Jab. Bahasa al-Quran, di CELPAD UIA dari tahun 1998-Mei 2009.
- Berpengalaman dalam memimpin kursus dan membimbing jamaah haji dan umrah yang bertauliah dari Lembaga Tabung Haji.
- Biasa terlibat dalam bidang dakwah di akhbar, majalah, radio dan TV dalam dan luar negara.
KURSUS INTENSIF AL-QURAN (KIT-AQ)
by Nurul Iman
|
posted: 11:49 PM
|
2
comments
Bismillahirrahmanirrahim..
Atau lebih dari (seperdua) itu, dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan (Tartil).
(AL-MUZZAMMIL:4)
Berpandukan ayat di atas, Kelas Iqra' insyaAllah akan mengadakan Kursus Intensif Al-Quran. Ini bertepatan serta selari dengan misi Kelab Iqra' iaitu ingin menjana mahasiswa muslim berteraskan Al-Quran. Kursus ini akan menyentuh tentang Tajwid, cara sebutan makhraj yang betul serta penggunaan Bahasa Arab dalam al-Quran.
Objektif:
- Mempertingkatkan penguasaan membaca al-Quran dengan bertajwid
- Memperbaiki sebutan makhraj dalam membaca al-Quran
- Memahami kaedah asas penggunaan Bahasa Arab dalam Al-Quran
Diharapkan di akhir program peserta bukan sekadar dapat memperbaiki bacaan ayat al-Quran, malah lebih dapat merasai kemanisan isi kandungan al-Quran itu sendiri. InsyaAllah.Wallahu'alam.
JOM PI RAMAI-RAMAI
AJAK SAHABAT-SAHABAT
TERBUKA KEPADA SISWA / SISWI UTM
BANYAK INPUT YANG BERMANFAAT DISEDIAKAN UNTUK ANDA
Kenyataan Kelab Iqra' Mengenai Isu Kalimah Allah
by Professor
|
posted: 11:28 AM
|
1 comments
Bismillahirrahmanirrahim.Pertama sekali kami ingin mengucapkan Alhamdulillah,kami sangat bersyukur kepada Allah kerana memberikan kami kesempatan untuk berkongsikan barangkali pencerahan kami dalam isu yang tidak asing lagi bagi umat Islam baru-baru ini. Kami tidak berniat hendak menjelaskan dengan terperinci latar belakang isu ini memandangkan isu ini sudah menjadi isu yang sangat komprehensif di mata umat Islam. Kami juga berasa sangat senang dan kagum dengan usaha-usaha mengadakan banyak ceramah-ceramah, kuliah-kuliah, dan penerangan oleh orang-orang yang lebih arif dan fakih dalam hal ini. Sama-samalah memohon agar Allah memberikan Hidayahnya dalam memahami isu ini, Insya’Allah.
Rasulullah bersabda, mafhumnya;
"Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, dia akan diberikan kefahaman yang sebenar dalam Deen-Nya"
(Bukhari dan Muslim)
Barangkali setiap pihak atau individu ada mempunyai pendirian atau pendapat tersendiri dalam hal ini, dan kami yakin Insya’Allah semuanya dengan niat menjaga Deen yang sangat dicintai ini dan untuk mendapatkan Redha Allah semata-mata.
(1) Hukum asal pengunaan kalimah Allah oleh orang Yahudi dan Nasrani adalah harus
Baiklah, mari kita melihat dari kaca mata sirah Rasulullah. Kita akan dapati penggunaan nama Allah telah digunakan oleh kaum Yahudi dan Nasrani sejak dahulu lagi. Hal ini jelas dinyatakan dalam surah at-Taubah (9:31), surah az-Zumar (39:4), surah Luqman (31:26) dan banyak lagi ayat lain yang sama strukturnya seperti ayat-ayat ini. Jika kita melihat negara seIslam kita di dunia arab, fenomena ini sudahpun terjadi . ‘Uruf di dunia arab menunjukkan penggunaan kalimah Allah di sana tidak mendatangkan sebarang mudarat dan konflik antara orang Islam dan penganut kedua-dua agama tersebut. Kami yakin, pencerahan ini sudah banyak dikupaskan dengan baik dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah agama.
(2) Perlunya memahami waqi’(keadaan) di Malaysia dalam memahami isu ini
Walaubagaimanapun, ‘uruf penganut agama Islam di Malaysia menggunakan kalimah Allah adalah untuk bermaksud Allah Yang Maha Esa, bukan tuhan-tuhan lain. Jadi, di sini permasalahan yang timbul adalah ia akan membawa kepada konflik aqidah yang boleh menjurus kepada pertelingkahan di antara kedua-dua pihak.
Kaedah fiqh menyatakan; sesuatu yang membawa kepada kemudaratan hendaklah dihapuskan.
Kaedah fiqh yang lain juga menyatakan; setiap perkara itu dinilai mengikut maksud yang tersirat di sebaliknya.
Hal ini bermaksud, tuntutan hak penggunaan nama Allah oleh orang-orang Nasrani khususnya majalah Herald boleh menggugat aqidah umat Islam memandangkan ramai umat Islam di Malaysia tidak mempunyai pasak aqidah yang mantap. Penguasaan dalam memahami Islam yang sebenar masih lagi lemah terutamanya dikalangan remaja.
Berapa banyak kes murtad yang sudah kita dengar sebelum isu ini ditimbulkan? Fikirkan.
Syeikh Muhd Tahir Ibn Asyur dalam kitab Maqasid as-Syari’ah al Islamiah mendefinisikan maqasid syara’ (memelihara agama) adalah sebagai memelihara agama setiap manusia, lelaki, wanita, tua muda, miskin kaya, daripada ancaman-ancaman yang boleh menyebabkan mereka meninggalkan ajaran Islam yang sebenar (aqidah, tauhid, ibadah) mencapai/memenuhi tuntutan maqasid syara’ dalam situasi ini adalah lebih penting daripada berkongsi penggunaan istilah nama Allah dengan tujuan mengajak/memperkenalkan.
(3) Pendirian kami
Justeru itu, Kelab Iqra' memandang serius perkara ini dan sangat meyakini jika kita berjaya menguatkan umat Islam dengan mengukuhkan aqidah dan mempasakkan budaya dakwah kepada tauhid di kalangan semua lapisan dengan kefahaman Islam yang sebenar, ancaman-ancaman ini pasti tidak akan memberi impak walaupun sedikit kepada umat Islam di Malaysia khususnya.
Jikalau kita menerima pendapat membenarkan sesiapa sahaja menggunakan nama Allah sekarang dengan pemahaman yang bermacam-macam, tapi kita semua sebagai umat Islam lemah untuk melawan situasi yang akan berlaku, beban dakwah akan berganda, yang dikendong berciciran, akhirnya kita pun tak tahu siapa yang akan bertanggungjawab.
Iman walau sekelumit adalah perkara yang mesti ada pada setiap muslim untuk hidup. Kita bertanggungjawab pertahankan bersama-sama, dan tingkatkan, dan bertanggungjawab jauhkan dari punca-punca ancaman dan bahaya yang boleh menyebabkan seseorang kufur.
Akhir kata, kami (Kelab Iqra’) tidak menerima penggunaan kalimah Allah di dalam majalah Herald kerana hujah-hujah yang telah kami kongsikan sebentar tadi.
Yang baik itu datang dari Allah, kekurangan itu datang dari kami menunjukkan kelemahan kami sebagai manusia biasa. Kami memohon keampunan daripada Allah.
Wallahu’alam.
Ahmad Bin Mustafa Din
Presiden
Kelab Iqra' UTM (KI UTM)
Benarkah Kita Muslim?
by Z
|
posted: 1:06 PM
|
4
comments

Oleh: Zati Amni @ Farhana Binti Ismahadi (2SSC)
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim, Assalamu’alaykum wbt,
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam serta sekalian ahli dan ummatnya. Amma ba’du....!
Alhamdulillah, bersyukur kita pada Ilahi di atas limpah dan kurniaNya kepada kita yang masih lagi dapat menghirup udara bagi memenuhi tuntutan sebagai seorang Muslim. Dalam melaksanakan amalan seharian, kita mestilah sentiasa berpandukan kepada apa yang telah digariskan oleh Allah SWT selaku Pemberi rahmat dan kasih sayang kepada hamba-hambaNya terutama yang bergelar Muslim.
Namun, adakah kita benar-benar mengamalkan apa yang telah digariskan itu? Adakah kita sedar sama ada segala amalan yang dilakukan dalam seharian hidup kita sentiasa berpaksikan pada ikrar yang selalu diucapkan dalam solat lima waktu atau sebaliknya? Di sini kita akan dibawa untuk menembusi persoalan-persoalan tadi.
Terlebih dahulu, mari kita singkap sirah para sahabat terdahulu. Sebagai contoh, Bilal bin Rabbah selaku ‘hamba’ kepada Umaiyah bin Khalaf telah disiksa atas sebab menegakkan kalimah tauhid. Laungan “Ahad! Ahad!” telah memberi satu kekuatan kepada Bilal untuk meneruskan pengabdian dirinya kepada Pencipta Yang Maha Esa yang diyakininya. Bahkan semua para sahabat terawal yang meyakini ajaran Islam turut mendapat kekuatan itu walaupun ditindas dan disiksa. Malah semangat mereka untuk memperjuangkan kalimah tauhid itu sentiasa bangkit dan tidak sedikit pun berkurang. Hal ini menggambarkan keimanan mereka yang sangat tinggi hasil daripada melaksanakan setiap apa yang termaktub di dalam Al-Quran. Penghayatan dan kefahaman mereka terhadap Al-Quran seterusnya membawa akhlak terpuji yang disandang oleh para sahabat ini. Sesungguhnya Al-Quran itu adalah akhlak RasuluLlah SAW. Maka setiap apa yang terkandung di dalamnya harus diikuti untuk mencapai akhlak terpuji yang merupakan intipati seseorang Muslim.
Setiap peristiwa yang dinamakan sejarah bukanlah suatu perkara yang harus dilupakan. Ini adalah kerana sejarah itu tercipta untuk generasi mendatang menjadikannya sebagai iktibar dalam kehidupan seharian.
Sejarah ini membawa kita satu persoalan tentang status kita sebagai seorang Muslim. Jika dahulu mereka Muslim kerana menegakkan kalimah tauhid yang dihayati dan difahami dengan mempraktikkan Al-Quran, adakah kita yang hidup di zaman ini juga sebegitu? Adakah kita benar-benar menerima Islam yang seterusnya membawa kepada amal kita?
Satu lagi persoalan yang timbul, adakah kita yakin dengan mengucapkan “Saya seorang Muslim atau saya menerima Islam” secara tidak langsung kita telah menjadi Muslim? Sesungguhnya jika kita melaksanakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya, dengan beramal berlandaskan apa yang telah digariskan dalam Al-Quran, maka bolehlah kita yakin bahawa kita adalah Muslim! Akan tetapi, sekiranya amalan kita masih lagi terapung-apung dari landasan Islam dan masih lagi bergelumang dengan perkara-perkara syubhah, maka hidup malulah seseorang yang mengatakan dia sebagai Muslim dengan sedemikian hal.
Sekiranya kalimah syahadatain dilafazkan oleh seseorang Muslim itu tanpa memahami konsep atau tasawwurnya, maka adalah menjadi satu kecacatan yang besar kepadanya. Ini adalah kerana kalimah syahadatain itu merupakan pengakuan tentang kesempurnaan dan ketinggian sifat-sifat Allah SWT yang membawa pada pengakuan seluruh undang-undang dan peraturan ciptaanNya. Selain itu, kalimah ini juga membawa pada pengakuan kita untuk sentiasa menjulang dan mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW yang kita akui sebagai pesuruh Allah SWT.
Sekiranya seseorang muslim itu tiada kefahaman dan penghayatan terhadap ajaran Islam, maka sukar untuknya mengamalkan Islam dalam kehidupan sehariannya. Seseorang Muslim itu sama seperti orang bukan Muslim apabila amalan yang dilakukan tiada unsur Islam di dalamnya. Apabila amalan seseorang Muslim itu sama seperti yang bukan Muslim, maka semakin sukar kebahagiaan dan kejayaan dapat dikecapi. Islam itu adalah rahmat dan nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Bagaimana seseorang Muslim itu akan memperoleh rahmat dan nikmat itu jika mereka menyamakan amalan mereka dengan amalan orang yang bukan Islam?
Kita mestilah sedar bahawa menjadi seorang Muslim itu bukanlah dari faktor warisan mahupun keturunan. Akan tetapi, Islam itu menjadi harta yang akan kita perolehi dengan usaha. Usaha yang dimaksudkan adalah dengan pengetahuan yang sebenar tentang Islam dan tindakan mempraktikkan pengetahuan tersebut. Tidak semestinya dengan menjadi seorang ulama’ yang terkenal, mahupun mengambil jurusan agama dalam pengajian, tetapi dengan menyediakan waktu terluang untuk mempelajari pengetahuan tentang AD-DIN. Pengetahuan yang seterusnya membawa pemahaman akan ajaran Islam itu mampu menyelamatkan seseorang Muslim dari pengaruh luar yang sering menjadi krisis dalam menggoyah iman seseorang.
Seperti yang pernah ditegaskan tadi, perlakuan kita hendaklah sentiasa merujuk pada garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam. Bukan hanya melaksanakan tuntutan Islam pada waktu tertentu, sebaliknya dengan menonjolkan peribadi seorang Muslim sepanjang masa. Namun begitu, kita yang merasakan diri sebagai Muslim kadang-kadang tidak sedar bahawa perilaku kita terpesong dari ciri-ciri individu Muslim. Sebagai contoh, kita menjaga solat lima waktu tanpa meninggalkan satu waktu pun dalam sehari. Tetapi adakah di luar solat kita menjaga perbatasan ketika bergaul antara lelaki dan perempuan? Kemungkinan kita tidak bersentuhan, tetapi dapatkah kita kawal dengan hembusan halus dari bisikan syaitan yang sentiasa menarik kita ke jerumus nafsu tanpa zahir?
Dalam melaksanakan aktiviti harian, terkadang kita terlupa bahawa Islam itu harus syumul dalam setiap tingkah laku kita. Kita memikirkan bahawa kita telah melaksanakan solat lima waktu, bersedekah, dan menunaikan ibadah-ibadah wajib lain yang seterusnya menjadikan kita sebagai seorang Muslim. Akan tetapi, sekiranya terjadi suatu keadaan di mana kita membaca Al-Quran dan selepas itu meneruskan aktiviti yang melalaikan seperti melepak tanpa tujuan atau menonton wayang bersama bukan muhrim, maka perkataan Muslim untuk seseorang itu amatlah janggal dan pelik. Hal ini adalah berpunca dari kelemahan iman yang melanda seseorang Muslim itu apabila setiap amalan yang dilakukan tidak secara bersungguh-sungguh dan bukan kerana Penciptanya. Tetapi dia menjadikan perkara-perkara wajib itu sebagai adat untuk diteruskan. Ini sememangnya merupakan unsur jahiliyah yang harus ditepis kerana menyimpang dari akhlak yang terkandung di dalam Al-Quran.
Dunia yang kita ketahui semakin parah dengan kembalinya longgokan jahiliyah. Oleh yang demikian, marilah kita rujuk kembali penerimaan kita terhadap Islam dengan mempraktikkan ajarannya dalam kehidupan seharian. Dengan perlaksanaan itu, maka dapatlah diukur sejauh mana status kita sebagai seorang Muslim. Dengan adanya individu Muslim yang seterusnya menghasilkan longgokan golongan Muslim, kita mampu mengubati keparahan dunia ini. Ini adalah kerana kekuatan dapat dikumpul seperti mana yang telah dialami para sahabat yang terdahulu yang menghayati dan memahami ajaran Islam dan seterusnya membawa identiti Islam dalam setiap amalan mereka.
Asas yang kukuh berdasarkan kalimah tauhid yang mereka genggam telah membawa satu tamadun yang sangat agung suatu ketika dahulu. Semoga dengan mencontohi para sahabat Rasulullah SAW yang juga digelar generasi Al-Quran dengan mempraktikkan akhlak yang terkandung di dalamnya dapat memberi semangat kepada kita untuk menjadi seorang Muslim dalam erti kata yang sebenar supaya kehidupan masyarakat sedunia lebih aman dan makmur tanpa saki baki jahiliyah dengan kembalinya keagungan tamadun Islam. InsyaAllah...
Akhir kalam, marilah kita hayati Kalam Allah yang bermaksud:
“Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik- baik Penolong.”
Wallahu A’lam.

(Al-Hajj, 22: 78)
Wallahu A’lam.

Recent Comments