Rantisi - Singa HAMAS
by Mashizaki Keikan
|
posted: 7:37 AM
|
1 comments
Pada 17 April 2004 pulanglah seorang syahid menemui Kekasih yang didambakan. Satu tribute untuk as-syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.Kita sering tercari-cari siapakah di kalangan manusia pada hari ini yang pantas dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Kita mahu mencontohi beliau baik dari sisi istiqamahnya, baik dari segi)thabatnya, baik dari segi jihad, kesungguhan dan pengorbanannya. Nah! Salah seorang dari insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah as-syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Pada 17 April 2004 ini genaplah enam tahun as-syahid meninggalkan kita semua. Beliau dibedil oleh helicopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa as-syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.
Selamat Menghadapi Peperiksaan Daripada Kelab Iqra'
by apis
|
posted: 1:21 AM
|
5
comments

~No Matter How Busy You Are,
Set Your Priorities Right~
Majlis Tertinggi Kelab Iqra' UTM mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir semester kepada semua warga kampus UTM. Terutama ikhwah dan akhawat yang mantap-mantap bekerja kerana Islam.
Allah sentiasa menolong hambaNya yang sentiasa menolong agamaNya. Semoga kejayaan milik kita bersama dan mendapat keredhaan Allah selalu. All the best, good luck!!
Kelab Iqra’ Ke Singapura Sertai Global Outreach UTM
by apis
|
posted: 6:42 PM
|
6
comments

Masjid Sultan, Singapura
Pada 27 Mac 2010 yang lalu, Kelab Iqra’ dan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) telah bersama-sama menyertai UTM Global Outreach Programme ke negara seberang, Singapura. Program anjuran Unit Hal Ehwal Islam Pelajar UTM ini diketuai sendiri oleh Pegawai Hal Ehwal Islam UTM, Ustaz Nasir bin Masroom.
Recent Comments