Annual General Meeting Kelab Iqra' UTM
by Z
|
posted: 5:11 PM
|
0
comments
ANNUAL GENERAL MEETING
AGM KELAB IQRA' KE-16
Tempat:
Dewan Sri Merbau, KTHO
Tarikh:
28 Oktober 2010
Masa:
6.40 pm - 11.00 pm
(Solat Maghrib dan Isya' berjemaah)
Siapakah yang bakal menaungi kepimpinan-kepimpinan Kelab Iqra' pada sesi akan datang????
~~ Jemput datang ramai-ramai bagi memeriahkan majlis ~~
AGM KELAB IQRA' KE-16
Tempat:
Dewan Sri Merbau, KTHO
Tarikh:
28 Oktober 2010
Masa:
6.40 pm - 11.00 pm
(Solat Maghrib dan Isya' berjemaah)
Siapakah yang bakal menaungi kepimpinan-kepimpinan Kelab Iqra' pada sesi akan datang????
~~ Jemput datang ramai-ramai bagi memeriahkan majlis ~~
Dipimpin Atau Memimpin
by Z
|
posted: 5:17 PM
|
0
comments

Oleh: Tasneem Binti Nasharudin (3SSM)
Timbalan Bendahari Kelab Iqra’ UTM 2010Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Pada hari ini kita masih lagi dikekalkan dengan dua nikmat terbesar yang jarang dirasai oleh semua makhluknya iaitu nikmat Iman dan Islam. Setinggi-tinggi kesyukuran juga dirafa’kan ke hadrat Ilahi kerana telah memilih kita untuk lahir ke atas muka bumi ini sebagai hamba-Nya yang diangkat darjat kemuliaannya berbanding makhluk ciptaan-Nya yang lain.
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya,” [95:4]
Benar, manusia dicipta dengan kelebihan akal fikiran jika dibandingkan dengan makhluk ciptaan-Nya yang lain. Namun, untuk apakah Allah menurunkan kita ke atas muka bumi ini? Allah tidak akan menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Pernahkah persoalan sebegini bermain di kotak fikiran kita? Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah, salah satu tujuan utama kita diciptakan di atas muka bumi ini adalah sebagai khalifah.
Hikmah Cabaran Mahasiswa
by Z
|
posted: 3:52 PM
|
0
comments

Oleh: Muhammad Emran Md Tamsi (3SEM)
Ketua Jabatan JKTK Kelab Iqra’ UTM 2010Assalamu’alaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Bismillahir Rahman nir Rahim. Segala kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan kasih sayangnya dapatlah kita meneruskan kehidupan di muka bumi ini dengan aman dan selesa. Selaku umat Islam kita wajib meyakini bahawa kasih sayang Allah yang sentiasa melindungi kehidupan kita.
Salah satu cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa kita pada hari ini ialah cabaran dalam menghadapi dugaan hidup selain perlu memikul tanggungjawab sebagai bakal pemimpin masa depan yang dapat mengembalikan kembali era kegemilangan Islam yang pernah diagung-agungkan sesuatu ketika dahulu. Namun adakah perjalanan dalam menuju era tersebut dapat berlaku dalam sekelip mata sahaja? Sudah tentu perlunya ada pengorbanan dan timbullah pelbagai dugaan dan musibah yang berlaku di sepanjang perjalanan dalam mencapai matlamat yang suci itu.
Majlis Perujian Tilawah Al-Quran MAKUM 2010
by Z
|
posted: 6:41 PM
|
0
comments
Hidup Indah Di Bawah Naungan Al-Qur'an
by Z
|
posted: 1:00 PM
|
1 comments

Oleh: Zati Amni @ Farhana Ismahadi [3SSC]
Timbalan Ketua Jabatan JPDP Kelab Iqra' UTM 2010
BismiLlah,
Assalamu'alaykum wbt,
Assalamu'alaykum wbt,
“Dan barangsiapa berpaling dari adz-Dzikr-KU, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan KAMI akan menghimpunnya pada hari Kiamat dalam keadaan buta.” (Thaha, 20:124).
Di dalam kitab Mabahits fi ‘Ulumil Qur’an Ustaz DR Manna Khalil al-Qaththan menggambarkan sikap Nabi Muhammad SAW dan kecintaan baginda kepada al-Qur’an. Rasulullah SAW itu sangat mencintai wahyu. Baginda senantiasa menunggu-nunggu datangnya ayat-ayat Allah SWT dengan penuh kerinduan. Sehingga jika turun suatu ayat, maka tidak terasa bibirnya yang mulia itu segera bergerak-gerak menirukan ucapan Jibril AS sebelum wahyu itu selesai dibacakan. Sehingga Allah SWT menurunkan ayat dari Surah Al-Qiyamah ayat 17 hingga 18 yang menjamin Nabi SAW akan hafal seluruh al-Qur’an dan memerintahkan baginda SAW agar sabar mendengarkan dulu sampai ayat tersebut selesai dibacakan baru kemudian mengikutinya.
Laylu Iqra' 2010
by Z
|
posted: 7:49 AM
|
0
comments
Ikhlas Dalam Beribadah
by Nurul Sa'adah
|
posted: 10:51 PM
|
1 comments
Oleh: Rawaida Binti Hamzah @ Ahmad (4SPI)
[Timb. Ketua Jabatan JPAQ Kelab Iqra’ 2010]
[Timb. Ketua Jabatan JPAQ Kelab Iqra’ 2010]
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Pertama dan selamanya marilah kita sama-sama merafa’kan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-NYA dapat lagi kita kembali meneruskan kehidupan kita dalam menuntut ilmu di bumi UTM ini, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang telah menyebarluaskan agama Allah yang maha suci ini.
Firman Allah S.W.T maksudnya : “…Maka barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhan-NYA”. (Surah Al-Kahf 18 : 110)
“Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab (Al-Quran) kepadamu (Muhammad) dengan (membawa) kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan tulus ikhlas beragama kepada-NYA”. (Surah Az-Zumar 39 : 2)
Sepanjang kehidupan kita di dunia ini tidak lain dan tidak bukan semata-mata untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Kita jelas tidak Allah S.W.T itu menjadikan jin dan manusia melainkan supaya beribadah kepada NYA. Oleh itu, dalam kita melakukan sesuatu ibadah itu kita perlu ikhlas. Sedikit perasaan riyak atau ujub dalam melakukan ibadah kita telah mempersekutukan Allah S.W.T.


Recent Comments