Kita Dan Perubahan
by Z
|
posted: 10:14 PM
|
1 comments
Oleh: Ahmad Bin Mustafa Din (4SET)
(Presiden Kelab Iqra' 2010)
Bismillah wa Alhamdulillah, pertama sekali dan selama-lamanya mari kita menzahirkan rasa kesyukuran kita ke hadrat ILLAHI, kerana dengan limpah rahmat dan kasih-sayangnya, kita dapat merasai kenikmatan hidup di dunia yang serba indah ini dan yang paling penting, kita dapat merasai ni’matnya ukhuwwah yang berlandaskan iman dan Islam ini.
Kehidupan adalah perubahan, sedar atau tidak, mahu atau tidak, manusia akan sentiasa berubah sama ada dari aspek fizikal mahu pun bukan. Dahulu kita digelar bayi, kemudian kita membesar menjadi kanak-kanak, kemudian remaja dan Alhamdulillah kini kita digelar sebagai seorang mahasiswa. Dalam masa yang sama, kita juga mengalami perubahan yang lain seperti perubahan sikap dan tingkah laku, perubahan cara berfikir, dan macam-macam lagi. Pernahkah kita terfikir? Ke arah manakah kita akan berubah?
Persoalannya adalah, adakah wujud guideline yang boleh membimbing kita ke arah perubahan yang baik, perubahan yang menjadikan kehidupan kita jauh lebih bermakna dan berkat.
“Bagi seorang muslim, hari ini adalah lebih baik dari semalam dan hari esok adalah lebih baik dari hari ini”
"The only thing constant in life is change"

KITA dan Palestin
by Asim Abdullah
|
posted: 8:24 AM
|
0
comments
Originated from .:: Stranger in Mystery ::.

Ketika Rasulullah SAW di Mi'rajkan ke langit, Baginda SAW singgah di Masjid Al-Aqsa. Di sana baginda SAW telah pun mengimami solat jemaah para anbiya' yang seramai 125,000 orang. Kemudian di Mi'rajkan ke langit untuk berjumpa dengan Allah SWT.
Ketika Masjid Al-Aqsa dan kawasannya berada di bawah kuasa empayar rom dan keadaan rakyatnya dalam keadan yang menghinakan, Saidina 'Umar Al-Khattab, Khilafah Islam kedua telah datang untuk bebaskannya. Beliau juga telah mewakafkan tanah tersebut kepada ummat Islam.
Ketika Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya dirampas semula oleh tentera salib, Sultan Salahuddin Al-Ayubi telah datang dan menawan semula tanah suci tersebut demi untuk melindungi dan mengembalikan hak ummat Islam.

Recent Comments