Ekspedisi Mahasiswa Kental (X-MAKE '11)
by Asim Abdullah
|
posted: 10:33 AM
|
0
comments
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq;
“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam.
Rajanya adalah sebaik-baik raja,
tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
'MISI Al-FATEH'
11 - 13 Mei 2011
Pulau Stindan, Mersing
Untuk penyertaan :
Yazid (013-768 0144)
Izyani (013-703 4380)
GEN-Q RAMADHAN '10
by Z
|
posted: 5:04 PM
|
2
comments
KEM TERHANGAT RAMADHAN INI!

Kem Generasi Al-Quran 2010:
GEN-Q RAMADHAN '10
Pada:
13 hingga 15 Ogos 2010
Bertempat di:
Tiram Indah Village, Ulu Tiram
Bayaran:
RM10 sahaja
Hubungi:
Siswa: 013-7028556
Siswi: 013-7910514
JOM RAMAI-RAMAI SERTAI GEN-Q RAMADHAN INI !!!
"Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa"
Anjuran:
Kelab Iqra' UTM
* Terbuka kepada semua pelajar UTM.

KURSUS INTENSIF AL-QURAN (KIT-AQ)
by Nurul Iman
|
posted: 11:49 PM
|
2
comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Atau lebih dari (seperdua) itu, dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan (Tartil).
(AL-MUZZAMMIL:4)
Berpandukan ayat di atas, Kelas Iqra' insyaAllah akan mengadakan Kursus Intensif Al-Quran. Ini bertepatan serta selari dengan misi Kelab Iqra' iaitu ingin menjana mahasiswa muslim berteraskan Al-Quran. Kursus ini akan menyentuh tentang Tajwid, cara sebutan makhraj yang betul serta penggunaan Bahasa Arab dalam al-Quran.
Objektif:
- Mempertingkatkan penguasaan membaca al-Quran dengan bertajwid
- Memperbaiki sebutan makhraj dalam membaca al-Quran
- Memahami kaedah asas penggunaan Bahasa Arab dalam Al-Quran
Diharapkan di akhir program peserta bukan sekadar dapat memperbaiki bacaan ayat al-Quran, malah lebih dapat merasai kemanisan isi kandungan al-Quran itu sendiri. InsyaAllah.Wallahu'alam.
JOM PI RAMAI-RAMAI
AJAK SAHABAT-SAHABAT
TERBUKA KEPADA SISWA / SISWI UTM
BANYAK INPUT YANG BERMANFAAT DISEDIAKAN UNTUK ANDA
Kem Generasi al-Quran (Gen-Q '09)
by yAya juN
|
posted: 11:16 AM
|
3
comments
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Kelab Iqra’ sesi 2009 telah berjaya menganjurkan program Kem Generasi Al-Quran ‘09 (GEN-Q ‘09) pada 7-9 Ogos 2009. Pelbagai ujian dan rintangan terpaksa dihadapi oleh penggerak Gen-Q ’09 dalam urusan teknikal namun alhamdulillah, dengan takdir Allah, dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh setiap penggerak, program ini berjaya juga dilaksanakan walaupun ditunda seminggu.
Gen-Q ’09 disertai oleh ahli-ahli Kelab Iqra’ seramai 65 orang peserta dan 28 fasilitator dan telah berjaya mencapai objektifnya untuk memberi kesedaran kepada peserta akan matlamat sebenar kejadian hidup manusia serta memberi pendedahan kepada peserta supaya bangkit mencari dan memulakan usaha mengembalikan kegemilangan islam yang telah lama menjadi sejarah.
Peserta mula bertolak ke tempat program iaitu di Suara’s Chalet, Kg. Tenglu Laut, Mersing pada hari jumaat, 7 Ogos. Sebuah bas bertolak pada jam 6 petang manakala dua buah lagi bertolak pada jam 11 malam. Dalam perjalanan ke tempat program, hati masing-masing melonjak untuk menyelami dan melalui Gen-Q dengan jayanya. Namun disebabkan suasana yang aman di dalam bus dan perjalanan panjang, lonjakan terhenti seketika dengan lena tidur para peserta.
saudara Hanafi sebagai kem komanden dalam briefing sebelum program bermula
Keesokkan harinya, bermulalah perjalanan peserta melalui Gen-Q. Slot yang pertama dikendalikan oleh saudara Muhamad Afzamiman bin Aripin. Penyampai dengan gaya bersahaja menyentuh tentang kelebihan manusia yang mempunyai IQ, EQ, badan yang sihat dan suara yang lunak. Dalam slot ini juga penyampai menekankan bahawa setiap kurniaan Allah merupakan ujian kepada kita yang perlu digunakan pada jalan Allah. Terdapat 2 hadis yang dibincangkan dimana kedua-dua hadis ini memperihalkan kefahaman tentang Islam. Pengajaran daripada hadis-hadis ini ialah sebagai manusia kita perlulah menggunakan kefahaman dan kebolehan yang ada ke arah kebaikan. Membina dan menerapkan kefahaman adalah lebih penting berbanding pengetahuan semata. Kefahaman yang ditekankan ialah kefahaman terhadap ad-Deen yang meliputi aspek iman, Islam dan ihsan.Saudara Iman menyampaikan slotnya...
Slot petang diteruskan dengan aktiviti riadah. Peserta akhawat telah bermain dua permainan. Permainan pertama ialah membawa cawan penuh berisi air di atas sehelai akhbar ke satu check point. Kemudian peserta perlu mengeluarkan bola pingpong daripada botol mineral kosong menggunakan cawan dan air dari kolam berhampiran. Permainan yang dibuat di kawasan pantai yang nyaman membuatkan peserta begitu bersungguh menjayakan tugas yang diberi. Kegembiraan dan keceriaan yang terpancar membibitkan rasa sayang dan ukhuwah di antara satu sama lain.
Rasional daripada dua permainan ini ialah memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan, menjana kreativiti dan strategi, serta menjalin erat ukhuwah yang baru dibina. Peserta ikhwah pula bermain bola sepak pantai. Walaupun dalam keadaan pantai yang berselut, masing-masing ikhwah bermain dengan riang gembira. Biarpun pakaian kotor, namun mereka puas dapat menunjukkan skil dan gaya bermain masing-masing. Aktiviti riadah tamat sebelum maghrib dan sebelum khidmat diri, peserta dijamu dengan keropok lekor garing dan air teh yang sedap.
Slot yang ke-2 diteruskan selepas solat jama’ maghrib dan isyak berjemaah. Antara pengisian untuk slot kali ini ialah penyampai menerangkan secara kaedah graf tentang kegemilangan Islam pada zaman kerasulan dan pemerintahan khulafa’ar-rasyidin. Penyampai menerangkan secara terperinci sejarah awal kebangkitan umat Islam sehinggalah kejatuhan semula Islam. Islam mencapai zaman kegemilangan apabila berjaya menguasai 2 per 3 dunia serta menjadi rujukan oleh masyarakat manusia dari seluruh pelosok dunia dalam pelbagai bidang ilmu.
Keesokan paginya selepas sarapan pagi, program diteruskan dengan slot yang ke-3. Slot ini dikendalikan oleh saudara Muhammad Harmizzi bin Abdul Rahman. Pada slot kali ini, beliau menekankan tanggungjawab kita untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan Islam yang pernah dicapai satu ketika dahulu. Sepanjang slot ini peserta dipertontonkan dengan video-video berkaitan dengan zaman kegemilangan Islam. Selain itu peserta turut menonton video lakonan semula berkaitan dengan pengorbanan para sahabat mempertahankan akidah mereka dalam mempertahankan agama Allah. Video tersebut juga berjaya menyuntik semangat izzah para peserta terhadap islam yang syumul.
Slot terakhir disampaikan oleh saudara ‘Ammar Taqiyuddin bin Ainullotfi. Dalam slot ini beliau membuat konklusi keseluruhan tentang modul Kem Generasi al-Qur'an. Beliau telah menekankan tanggugjawab kita dalam usaha mengembalikan identiti Islam yang sebenar. Selain itu beliau meminta para peserta menilai diri masing-masing dan menyatakan di zaman manakah kita berada sebenarnya, adakah dizaman jahiliah atau zaman pemerintahan para sahabat. Pada akhirnya, peserta disedarkan akan kepentingan dan usaha mengembalikan kegemilangan islam sepertimana zaman dakwah Rasulullah SAW di Makkah. Sesungguhnya dalam membina ustaziatul alam , perlu bermula dengan bawah iaitu pembinaan individu muslim. Dan caranya? Ialah bermula dengan usrah.
Semoga kefahaman dan semangat yang dicetuskan dari modul Gen-Q ’09 menjadi bekalan kepada para peserta untuk komited memperbaiki diri menjadi muslim yang soleh dan solehah. Moga ukhuwah dan kasih sayang yang terjalin sepanjang program ini menjadi pengikat hati bersama dan pengalaman yang dikutip menjadi kenangan terindah kepada semua...
Kem Generasi Al-Quran '09 (GenQ '09)
by Nurul Sa'adah
|
posted: 2:49 PM
|
1 comments
Teaser Kem GenQ
by Mashizaki Keikan
|
posted: 10:20 AM
|
3
comments
Nantikan programnya. Daftarkan dengan naqib-naqibah yang berada di kolej masing-masing.
eXpidisi REmaja Kental
by Iqra Team
|
posted: 11:13 AM
|
6
comments

BismiLlah walhamduliLlah... Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan rahmat dan nikmat yang dilimpahkan ke atas kita, kita berjaya merasai nikmat manisnya iman dan Islam.
Selesainya sudah program mukhayyam (perkhemahan) atau lebih dikenali sebagai X-REK '09, dalam keadaan yang penuh dengan semangat dan ruh perjuangan. Ciri ini sememangnya sinonim dengan dengan jiwa pemuda; mereka semangat, mereka tangkas, dan mereka juga berani melakukan perubahan yang cepat. Namun apa yang mereka kurang hanyalah pengalaman yang perlu diperoleh dari orang-orang yang lebih tua. Bak kata seorang syeikh dari al-Ikhwanul Muslimun, "Semangat orang muda yang dipandu dengan hikmah orang tua".
Program-program yang telah berlalu bermula daripada ta'aruf hinggalah ke muhasabah telah membawa kemanisan kepada peserta walaupun terdapat kelemahan sedikit di sana sini. Tapi apa yang penting ialah mereka dapat menghayati isi kandungan yang ingin dibawa di dalam mukhayyam pada kali ini.
Buat para peserta X-Rek yang telah melalui program ini dengan penuh semangat, marilah kita mengimbas kembali apa yang telah kita lalui. Semoga dengan mengimbas kembali perkara-perkara tersebut kita dapat memastikan ruh yang ditiup tersebut dapat berterusan sepanjang cuti dua bulan ini.
Ta'aruf
Kita telah berkumpul untuk berta'aruf (berkenal-kenalan) pada awalnya dengan beberapa permainan yang mudah tapi berkesan. Permainan motor dan peta dunia yang telah kita lalui telah memberi gambaran yang ringkas tentang apa yang ingin dibawa pada slot-slot yang mendatang di sepanjang mukhayyam. Bagi permainan peta dunia, setiap kumpulan telah dimasukkan ke dalam negara masing-masing dan kita telah diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing dengan identiti yang ada pada negera tersebut.
Pada awalnya, ramai dari kita yang telah cuba menunjukkan identiti masing-masing mengikut negara yang telah ditetapkan. Tetapi tidak lupa, masih ada lagi yang masih sangat kuat semangat kemelayuannya sehingga dia tak peduli negara apa yang diberikan kepada kumpulannya, lalu mereka tetap mengatakan mereka adalah melayu walaupun negara mereka lain. Jika bagi ikhwah (peserta lelaki), jadilah kita satu kumpulan yang besar atas dasar kemelayuan. Namun, keadaan ini tidak berterusan... Akhirnya kita telah difahamkan bahawa sebenarnya kita adalah bangsa Muslim yang terikat dengan ikatan aqidah, yang membezakan kita hanyalah taqwa. Perbezaan warna kulit, budaya dan bahasa hanyalah sesuatu yang menjadikan sebab untuk kita saling berkenalan.
Sampainya di Base Camp
Pada saat-saat awal sampai di base camp, kita telah bersama menyanyikan lagu tema yang sangat bersemangat. Pihak penganjur telah memilih dua buah lagu bagi menjadi pemangkin semangat di dalam program ini; Mars Kepanduan dan Merah Saga. Kedua-dua nasyid ini telah dinasyidkan dengan penuh bersemangat, walaupun pada saat-saat awal tersebut ramai yang masih berjinak-jinak dengan nasyid yang baru sahaja mereka dengar ini. Kedua-dua nasyid yang penuh semangat ini telah berjaya meniupkan ruh perjuangan dan memperbaharuinya di sepanjang program.
Treasure Hunt GF
Para peserta sekalian telah bertebaran di Kampung di Tanjung Resang tersebut, mencari klu-klu untuk menyelesaikan masalah yang diperolehi dan juga untuk bergerak ke klu yang seterusnya. Ada kumpulan yang tercari-cari di sana sini tapi tak jumpa-jumpa klu, ada kumpulan yang dari awal sampai 30 minit kemudian masih lagi mencari di tempat yang sama. Sememangnya tugas ni, memang benar-benar mencabar kesabaran. Baru sedikit sahaja ujian ingin mencari kebenaran, tetapi kesabaran sudah tercabar. Seolah-olah adanya perang saraf. Walaubagaimanapun, tak dinafikan juga bahawa ada kumpulan yang dengan senangnya mendapat klu-klu.
Sememangnya apa yang ingin disampaikan di dalam slot ini adalah tentang al-Ghazwatul Fikri (serangan pemikiran). Kita telah mengetahui tentang konsep Bangsa Muslim pada slot Ta'aruf, dan kini kita pula ingin mengetahui tentang peperangan pemikiran yang telah dilancarkan oleh musuh-musuh Islam. Suatu ketika dahulu mereka sentiasa cuba melawan kekuatan dengan kekuatan, tetapi apabila mereka menyedari bahawa semangat jihad yang tinggi bangsa Muslim, tidak mampu dikalahkan oleh kekuatan material sahaja, mereka telah membuat rencana untuk membuang semangat ini dari dada kita. Hasilnya, mereka telah berjaya. Dan sejak dari itu, mereka kembali memerangi kita dengan segala aspek yang ada; Politik, ekonomi, dan juga ketenteraan.
Gagalnya kita melihat perkara ini akan menyebabkan kita mudah jatuh ke dalam kancah perencanaan musuh-musuh Islam. Kita tak akan mampu untuk bangkit selagi kita masih bermain-main dengan perencanaan tersebut. Bukankah kita ingin menjadi satu bangsa yang kuat?
Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Hingga ajal kan menjelang
Qadaya Ummah (Masalah Ummah)
Sesi ini telah bermula setelah selesainya kita membina khemah-khemah penginapan, tempat melepaskan gelombang beta. Sebuah video yang dibuat oleh saudara-saudara dari MSM telah dipertontonkan; "The Story of Muslim Countries" (boleh dicari di youtube). Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk kita refresh kembali perasaan terhadap ummah yang sedang berada di dalam satu masalah yang sangat besar.
Masalah yang berlaku di beberapa buah negara telah ditayangkan dengan tujuan kita menyedari kembali masalah-masalah ummah. Salah seorang di antara kami telah berkata: "Video yang sangat menginsafkan diri". Yang diperlihatkan hanyalah sebahagian kecil dari bencana yang berlaku terhadap ummah, tapi mudah-mudahan yang sedikit itulah yang dapat mencetuskan semangat yang meluap-luap di dalam diri untuk memperbaiki keadaan ummah.
Pada malam tersebut, lima kumpulan telah dibuat. Dan setiap kumpulan ditugaskan untuk mencari punca kepada masalah ummah tersebut, dan bagaimana caranya untuk mengeluarkan ummah ini dari keadaan yang binasa ini. Akhirnya, dapat disimpulkan bahawa; nak tak nak untuk mengembalikan kegemilangan ummah, setiap orang harus berjihad dan bersungguh-sungguh dalam mengembalikan keimanan yang mendalam di dalam diri. Huraian yang telah diberikan adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang telah diceritakan di dalam post ini.
Tazkirah Subuh
Tazkirah subuh pada kali ini lebih berbentuk seperti sebuah perincangan. Masing-masing dimasukkan dalam kumpulan, dan sebuah artikel diberikan untuk mereka membaca dan membincangkannya.
Pagi tersebut, jiwa kita telah disantap dengan ruh jihad yang mengalir di dalam seorang tokoh jihad yang terkenal, as-Syahid Abdullah 'Azzam (gambar). Beliau merupakan orang yang telah bertanggungjawab membangkitkan ruh jihad di dalam pemuda afghanistan.
Perjalanan Ke Palestin (Trekking)
Setelah memutuskan pada malam sebelumnya bahawa jihad adalah sesuatu yang penting untuk dilaksanakan oleh setipa individu muslim, dan juga setelah mendapat contoh yang baik dari seorang tokoh jihad, Abdullah Azzam, kita telah melalui perjalanan yang panjang menuju ke Palestin.
Di markas Malaysia (CP pertama), seorang Mujahid telah membaca sebuah khutbah ringkas yang mengingatkan kemabli kata-kata syeikh Dr. Khalil Haya (gambar) ketika beliau datang ke Malaysia suatu ketika dahulu:
Perjalanan yang panjang tersebut telah menyinggah di beberapa buah negara yang mempunyai wakil ikhwah atau akhawat tempatan di situ. Di antara markas negara-negara yang di singgah ialah; Malaysia, Burma, India, Afghanistan, Iran, Iraq, Mesir dan Palestin. Sebaik tiba di negara-negara tersebut, setiap kumpulan mujahidin mendapat berita tentang keadaan "terkini" di Palestin. Apa yang mereka perlu lakukan mestilah bertepatan dengan apa keadaan yang menimpa umat Islam pada ketika itu di Palestin.
Sebaik tiba sahaja di sempadan Mesir-Palestin, kumpulan-kumpulan telah siap membekalkan diri dengan senjata buatan mereka dari negara sebelum, siap menghafal ayat-ayat hafalan dan juga bagi mujahidin siap membuat latihan fizikal yang "mantop". Mereka telah diingatkan oleh al-akh yang menjaga sempadan, bahawa:
"Kita mempunyai barisan pejuang yang telah settle bekalan ruhnya, bekalan fizikalnya dan juga bekalan mentalnya. Tetapi macamana kumpulan antum ni? Ana tidak akan membenarkan satu kumpulan yang tidak bersedia untuk mencemari satu kumpulan yang bersih dengan membenarkan antum menyertai mereka di Palestin seberang sana..."
Mereka menjawab, "Dah... Kami dah sedia..." dan mereka dilepaskan dengan sebuah pesanan, "Di sana, sana dan sana ada zionis sedang menjaga sempadan ni. Antum kena rancang strategi supaya usaha merentas sempadan tak disedari oleh mereka. Takut-takut nanti mereka serang antum!"
Akhirnya mereka berjaya masuk ke Palestin. Tetapi perjalanan masih jauh lagi sebelum sampai di base camp, tempat berhimpunnya para mujahid dan mujahidah sebelum malam kemuncak. Lalu mereka perlu melalui jalan-jalan yang amat sukar yang dipenuhi dengan ranjau dan duri serta bau-bauan yang kurang enak. Mungkin ia datang dari darah-darah mayat yang telah dibunuh oleh zionis (real: tahi kerbau)? Hanya setelah bersusah-payah barulah setiap kumpulan sampai ke destinasinya, walaupun ada juga yang sesat (disebabkan kehilangan "petunjuk yang hijau").
Sesi Uji Senjata
Setelah hampir semua kumpulan sampai ke base camp, kumpulan-kumpulan diuji senjatanya. Senjata yang dibuat adalah hasil dari bahan-bahan yang diambil dari negara-negara yang disinggahi oleh mereka ketika dalam perjalanan ke Palestin. Ternyata para mujahidah bukan calang-calang orang di dalam hal mereka cipta senjata. Mereka telah mencipta senjata-senjata yang lebih hebat dari para mujahid. Mungkin para mujahid pemikirannya simple kot, "asalkan dapat lawan musuh", mungkin?
Operasi Hurriyatul Aqsa (OHA)
Sebelum bermulanya OHA, kem komendan telah meniupkan ruh perjuangan di dalam para mujahid dan mujahidah. Mereka telah dibangkitkan semangat melalui dua buah nasyid di bawah:
Nasyid: Mars Kepanduan
Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia
Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga ajal kan menjelang
Enyahkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Karna Allah tlah janjikan surga
Untukmu mujahid setia...
Nasyid: Merah Saga
Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir
Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu...
Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah di tanahairmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad Palestina
Perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
Syahid dalam cinta-Nya...
Perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
Syahid dalam cinta-Nya...
Sebaik habis, mendendangkan lagu-lagu perjuangan tersebut dan menghayatinya, seorang wakil dari al-Qassam, Muhandis al-Qassam telah memberikan taklimat ringkas tentang flow operasi pada malam tersebut. Dengan gayanya yang tegas dan kadang-kadang terselit juga sedikit humor, setiap mujahidin dan mujahidah diberikan briefing tentang operasi pada malam tersebut.
Latar belakang: Ikhwah dari al-Qassam telah mendapat tahu dari sumber perisikan yang tepat dan jitu bahawa tentera zionis ingin merobohkan Masjidil Aqsa dan Qubbatus Sakhra' pada malam tersebut. Mereka akan merobohnya pada pukul 12 a.m. tepat.
Operasi: Para mujahidin hendaklah mencari tapak masjidil Aqsa (untuk Mujahid) & Qubbatus Sakhra' (untuk Mujahidah) dan membebaskannya dari tangan zionis.
Sebaik sahaja taklimat habis, para mujahid dan mujahidah diberikan bahan keperluan pada waktu perang; Surat arahan OHA, bahan-bahan mentah (belon), dan juga panji Palestin. Setelah itu mereka dibawa ke tempat permulaan masing-masing. Sebaik sahaja mendapat signal dari fasi yang berkaitan, OHA telah dimulakan.
Ketika peperangan barlangsung di antara pihak mujahidin dan zionis, bermacam-macam perkara telah berlaku. Walaupun pejuang Palestin lebih ramai dari tentera zionis pada malam tersebut, mereka pada awalnya tidak berani menghampiri tentera zionis. Tetapi lama-kelamaan mereka telah menyedari bilangan mereka yang ramai ditambah dengan kebijaksanaan beberapa orang dari kalangan Mujahidin yang memberi pengarahan yang baik di dalam melaksanakan misi; dan mereka akhirnya berjaya menawan kembali Masjidil Aqsa.
Tetapi di pihak Mujahidah, menjadi satu kepelikan yang sangat pelik, pada akhirnya mereka telah membuat genjatan senjata...?? Mungkin zionis yang menjaga Qubbatus Sakhra' takut dengan semangat yang ditunjukkan oleh para Mujahidah kita, mungkin? Atau mungkin juga mereka tidak menyangka yang para Mujahidah adalah sehebat itu, dan mereka mengharap penentangan yang lebih feminin? Apa-apapun, semangat juang di dalam para Mujahidah itu jangan dipandang rendah.
Setelah OHA tamat pada malam tersebut, mayat-mayat yang mati ketika peperangan diangkat ke satu tempat dan di situ sebuah muhasabah dilakukan. Para Mujahidin semua dimuhasabahkan tentang peranan yang telah mereka mainkan untuk Palestin, dan kembali merenung kematian yang melanda sahabat-sahabat di Palestin. Apakah perasaan yang wujud di dalam hati terhadap mereka? Ataupun sudah tidak wujud lagi sebarang perasaan terhadap saudara-saudara yang mati dibunuh oleh zionis?
Dan akhirnya muhasabah malam pun berakhir dan setiap mujahid dan mujahidah kembali ke base camp masing-masing.
Kerana Kami Peduli
Di dalam sesi yang kedua terakhir ini, setiap kumpulan diberikan satu persoalan dan mereka diminta untuk menghuraikannya dan dibentangkan kepada semua pihak. Di antara soalan-soalan yang ada seperti:
Perbincangan yang berlaku di antara para mujahid dan mujahidah begitu semangat sekali, dan di akhir perbincangan masing-masing sudah jelas dengan apa peranan yang perlu mereka mainkan bagi menangani isu ummah.
Perpisahan
Akhirnya para peserta semua sampai ke penghujung program, dan semua orang saling bersalam-salaman. Masing-masing meminta maaf di atas kekurangan dan kesilapan yang berlaku sepanjang program berjalan.
Beberapa Pengajaran Penting
Selesainya sudah program mukhayyam (perkhemahan) atau lebih dikenali sebagai X-REK '09, dalam keadaan yang penuh dengan semangat dan ruh perjuangan. Ciri ini sememangnya sinonim dengan dengan jiwa pemuda; mereka semangat, mereka tangkas, dan mereka juga berani melakukan perubahan yang cepat. Namun apa yang mereka kurang hanyalah pengalaman yang perlu diperoleh dari orang-orang yang lebih tua. Bak kata seorang syeikh dari al-Ikhwanul Muslimun, "Semangat orang muda yang dipandu dengan hikmah orang tua".
Program-program yang telah berlalu bermula daripada ta'aruf hinggalah ke muhasabah telah membawa kemanisan kepada peserta walaupun terdapat kelemahan sedikit di sana sini. Tapi apa yang penting ialah mereka dapat menghayati isi kandungan yang ingin dibawa di dalam mukhayyam pada kali ini.
Buat para peserta X-Rek yang telah melalui program ini dengan penuh semangat, marilah kita mengimbas kembali apa yang telah kita lalui. Semoga dengan mengimbas kembali perkara-perkara tersebut kita dapat memastikan ruh yang ditiup tersebut dapat berterusan sepanjang cuti dua bulan ini.
Ta'aruf
Kita telah berkumpul untuk berta'aruf (berkenal-kenalan) pada awalnya dengan beberapa permainan yang mudah tapi berkesan. Permainan motor dan peta dunia yang telah kita lalui telah memberi gambaran yang ringkas tentang apa yang ingin dibawa pada slot-slot yang mendatang di sepanjang mukhayyam. Bagi permainan peta dunia, setiap kumpulan telah dimasukkan ke dalam negara masing-masing dan kita telah diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing dengan identiti yang ada pada negera tersebut.

"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling berta'aruf. Sesungguhnya yang paling mulia dari kalangan kamu adalah yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"
(al-Hujurat, 49:13)
Sampainya di Base Camp
Pada saat-saat awal sampai di base camp, kita telah bersama menyanyikan lagu tema yang sangat bersemangat. Pihak penganjur telah memilih dua buah lagu bagi menjadi pemangkin semangat di dalam program ini; Mars Kepanduan dan Merah Saga. Kedua-dua nasyid ini telah dinasyidkan dengan penuh bersemangat, walaupun pada saat-saat awal tersebut ramai yang masih berjinak-jinak dengan nasyid yang baru sahaja mereka dengar ini. Kedua-dua nasyid yang penuh semangat ini telah berjaya meniupkan ruh perjuangan dan memperbaharuinya di sepanjang program.
Treasure Hunt GF
Para peserta sekalian telah bertebaran di Kampung di Tanjung Resang tersebut, mencari klu-klu untuk menyelesaikan masalah yang diperolehi dan juga untuk bergerak ke klu yang seterusnya. Ada kumpulan yang tercari-cari di sana sini tapi tak jumpa-jumpa klu, ada kumpulan yang dari awal sampai 30 minit kemudian masih lagi mencari di tempat yang sama. Sememangnya tugas ni, memang benar-benar mencabar kesabaran. Baru sedikit sahaja ujian ingin mencari kebenaran, tetapi kesabaran sudah tercabar. Seolah-olah adanya perang saraf. Walaubagaimanapun, tak dinafikan juga bahawa ada kumpulan yang dengan senangnya mendapat klu-klu.
Sememangnya apa yang ingin disampaikan di dalam slot ini adalah tentang al-Ghazwatul Fikri (serangan pemikiran). Kita telah mengetahui tentang konsep Bangsa Muslim pada slot Ta'aruf, dan kini kita pula ingin mengetahui tentang peperangan pemikiran yang telah dilancarkan oleh musuh-musuh Islam. Suatu ketika dahulu mereka sentiasa cuba melawan kekuatan dengan kekuatan, tetapi apabila mereka menyedari bahawa semangat jihad yang tinggi bangsa Muslim, tidak mampu dikalahkan oleh kekuatan material sahaja, mereka telah membuat rencana untuk membuang semangat ini dari dada kita. Hasilnya, mereka telah berjaya. Dan sejak dari itu, mereka kembali memerangi kita dengan segala aspek yang ada; Politik, ekonomi, dan juga ketenteraan.
Gagalnya kita melihat perkara ini akan menyebabkan kita mudah jatuh ke dalam kancah perencanaan musuh-musuh Islam. Kita tak akan mampu untuk bangkit selagi kita masih bermain-main dengan perencanaan tersebut. Bukankah kita ingin menjadi satu bangsa yang kuat?
Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Hingga ajal kan menjelang
Qadaya Ummah (Masalah Ummah)
Sesi ini telah bermula setelah selesainya kita membina khemah-khemah penginapan, tempat melepaskan gelombang beta. Sebuah video yang dibuat oleh saudara-saudara dari MSM telah dipertontonkan; "The Story of Muslim Countries" (boleh dicari di youtube). Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk kita refresh kembali perasaan terhadap ummah yang sedang berada di dalam satu masalah yang sangat besar.
Masalah yang berlaku di beberapa buah negara telah ditayangkan dengan tujuan kita menyedari kembali masalah-masalah ummah. Salah seorang di antara kami telah berkata: "Video yang sangat menginsafkan diri". Yang diperlihatkan hanyalah sebahagian kecil dari bencana yang berlaku terhadap ummah, tapi mudah-mudahan yang sedikit itulah yang dapat mencetuskan semangat yang meluap-luap di dalam diri untuk memperbaiki keadaan ummah.
Pada malam tersebut, lima kumpulan telah dibuat. Dan setiap kumpulan ditugaskan untuk mencari punca kepada masalah ummah tersebut, dan bagaimana caranya untuk mengeluarkan ummah ini dari keadaan yang binasa ini. Akhirnya, dapat disimpulkan bahawa; nak tak nak untuk mengembalikan kegemilangan ummah, setiap orang harus berjihad dan bersungguh-sungguh dalam mengembalikan keimanan yang mendalam di dalam diri. Huraian yang telah diberikan adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang telah diceritakan di dalam post ini.
Tazkirah Subuh
Tazkirah subuh pada kali ini lebih berbentuk seperti sebuah perincangan. Masing-masing dimasukkan dalam kumpulan, dan sebuah artikel diberikan untuk mereka membaca dan membincangkannya.

Perjalanan Ke Palestin (Trekking)
Setelah memutuskan pada malam sebelumnya bahawa jihad adalah sesuatu yang penting untuk dilaksanakan oleh setipa individu muslim, dan juga setelah mendapat contoh yang baik dari seorang tokoh jihad, Abdullah Azzam, kita telah melalui perjalanan yang panjang menuju ke Palestin.

"AlhamduliLlah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh ALLAH SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh ALLAH dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh ALLAH SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh ALLAH untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami."Selain dari itu, para mujahid dan mujahidah yang ingin berangkat ke Palestin turut dilengkapkan dengan bekalan-bekalan penting di sepanjang perjalanan; visa (telur), ayat-ayat bekalan (49:10, 61:14), doa dan lain-lain. Bekalan-bekalan ini adalah persiapan yang penting dari sudut ruhi, aqli dan jasadi.
Perjalanan yang panjang tersebut telah menyinggah di beberapa buah negara yang mempunyai wakil ikhwah atau akhawat tempatan di situ. Di antara markas negara-negara yang di singgah ialah; Malaysia, Burma, India, Afghanistan, Iran, Iraq, Mesir dan Palestin. Sebaik tiba di negara-negara tersebut, setiap kumpulan mujahidin mendapat berita tentang keadaan "terkini" di Palestin. Apa yang mereka perlu lakukan mestilah bertepatan dengan apa keadaan yang menimpa umat Islam pada ketika itu di Palestin.
Sebaik tiba sahaja di sempadan Mesir-Palestin, kumpulan-kumpulan telah siap membekalkan diri dengan senjata buatan mereka dari negara sebelum, siap menghafal ayat-ayat hafalan dan juga bagi mujahidin siap membuat latihan fizikal yang "mantop". Mereka telah diingatkan oleh al-akh yang menjaga sempadan, bahawa:
"Kita mempunyai barisan pejuang yang telah settle bekalan ruhnya, bekalan fizikalnya dan juga bekalan mentalnya. Tetapi macamana kumpulan antum ni? Ana tidak akan membenarkan satu kumpulan yang tidak bersedia untuk mencemari satu kumpulan yang bersih dengan membenarkan antum menyertai mereka di Palestin seberang sana..."
Mereka menjawab, "Dah... Kami dah sedia..." dan mereka dilepaskan dengan sebuah pesanan, "Di sana, sana dan sana ada zionis sedang menjaga sempadan ni. Antum kena rancang strategi supaya usaha merentas sempadan tak disedari oleh mereka. Takut-takut nanti mereka serang antum!"
Akhirnya mereka berjaya masuk ke Palestin. Tetapi perjalanan masih jauh lagi sebelum sampai di base camp, tempat berhimpunnya para mujahid dan mujahidah sebelum malam kemuncak. Lalu mereka perlu melalui jalan-jalan yang amat sukar yang dipenuhi dengan ranjau dan duri serta bau-bauan yang kurang enak. Mungkin ia datang dari darah-darah mayat yang telah dibunuh oleh zionis (real: tahi kerbau)? Hanya setelah bersusah-payah barulah setiap kumpulan sampai ke destinasinya, walaupun ada juga yang sesat (disebabkan kehilangan "petunjuk yang hijau").
Sesi Uji Senjata

Operasi Hurriyatul Aqsa (OHA)
Sebelum bermulanya OHA, kem komendan telah meniupkan ruh perjuangan di dalam para mujahid dan mujahidah. Mereka telah dibangkitkan semangat melalui dua buah nasyid di bawah:
Nasyid: Mars Kepanduan
Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia
Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga ajal kan menjelang
Enyahkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Karna Allah tlah janjikan surga
Untukmu mujahid setia...
Nasyid: Merah Saga
Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir
Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu...
Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah di tanahairmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad Palestina
Perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
Syahid dalam cinta-Nya...
Perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
Syahid dalam cinta-Nya...
Sebaik habis, mendendangkan lagu-lagu perjuangan tersebut dan menghayatinya, seorang wakil dari al-Qassam, Muhandis al-Qassam telah memberikan taklimat ringkas tentang flow operasi pada malam tersebut. Dengan gayanya yang tegas dan kadang-kadang terselit juga sedikit humor, setiap mujahidin dan mujahidah diberikan briefing tentang operasi pada malam tersebut.

Operasi: Para mujahidin hendaklah mencari tapak masjidil Aqsa (untuk Mujahid) & Qubbatus Sakhra' (untuk Mujahidah) dan membebaskannya dari tangan zionis.
Sebaik sahaja taklimat habis, para mujahid dan mujahidah diberikan bahan keperluan pada waktu perang; Surat arahan OHA, bahan-bahan mentah (belon), dan juga panji Palestin. Setelah itu mereka dibawa ke tempat permulaan masing-masing. Sebaik sahaja mendapat signal dari fasi yang berkaitan, OHA telah dimulakan.
Ketika peperangan barlangsung di antara pihak mujahidin dan zionis, bermacam-macam perkara telah berlaku. Walaupun pejuang Palestin lebih ramai dari tentera zionis pada malam tersebut, mereka pada awalnya tidak berani menghampiri tentera zionis. Tetapi lama-kelamaan mereka telah menyedari bilangan mereka yang ramai ditambah dengan kebijaksanaan beberapa orang dari kalangan Mujahidin yang memberi pengarahan yang baik di dalam melaksanakan misi; dan mereka akhirnya berjaya menawan kembali Masjidil Aqsa.
Tetapi di pihak Mujahidah, menjadi satu kepelikan yang sangat pelik, pada akhirnya mereka telah membuat genjatan senjata...?? Mungkin zionis yang menjaga Qubbatus Sakhra' takut dengan semangat yang ditunjukkan oleh para Mujahidah kita, mungkin? Atau mungkin juga mereka tidak menyangka yang para Mujahidah adalah sehebat itu, dan mereka mengharap penentangan yang lebih feminin? Apa-apapun, semangat juang di dalam para Mujahidah itu jangan dipandang rendah.
Setelah OHA tamat pada malam tersebut, mayat-mayat yang mati ketika peperangan diangkat ke satu tempat dan di situ sebuah muhasabah dilakukan. Para Mujahidin semua dimuhasabahkan tentang peranan yang telah mereka mainkan untuk Palestin, dan kembali merenung kematian yang melanda sahabat-sahabat di Palestin. Apakah perasaan yang wujud di dalam hati terhadap mereka? Ataupun sudah tidak wujud lagi sebarang perasaan terhadap saudara-saudara yang mati dibunuh oleh zionis?
Dan akhirnya muhasabah malam pun berakhir dan setiap mujahid dan mujahidah kembali ke base camp masing-masing.
Kerana Kami Peduli

- Mahasiswa sekarang dilihat tidak mampu bersuara dan berani ke hadapan dalam menyuarakan isu Palestin. Sedangkan mereka adalah golongan cendekiawan yang bijak pandai dan menjadi tumpuan masyarakat. Bincangkan perkara ini dan jelaskan apakah yang boleh dilakukan oleh mahasiswa untuk melontarkan suara mereka.
- Demostrasi jalanan, kempen memboikot dan kempen yang seumapamanya langsung tidak membantu Palestin secara langsung atau tidak langsung, malah ianya memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat setempat. Bincangkan dan nyatakan sebab-sebab mengapa anda bersetuju atau tidak dengan perkara ini.
- Kita bersetuju bahawa rakyat-rakyat Palestin yang merana adalah saudara-saudara seaqidah dengan kita. Sejauh manakah anda melihat perasaan dan semangat "Persaudaraan Bangsa Muslim" antara kita dan mereka adalah antara perkara yang amat penting dan dapat menghasilkan kesan dalam membantu mereka.

Perpisahan
Akhirnya para peserta semua sampai ke penghujung program, dan semua orang saling bersalam-salaman. Masing-masing meminta maaf di atas kekurangan dan kesilapan yang berlaku sepanjang program berjalan.
Beberapa Pengajaran Penting
- Kita harus sentiasa sedar akan masalah yang menimpa ummah sekarang. Tanpa kita menyedari masalah-masalah tersebut, kita tidak lain umpama katak di bawah tempurung walaupun pengetahuan kita sentiasa update tentang perkembangan semasa hal lain (bola sepak sebagai contohnya).
- Seluruh jiwa dan perasaan haruslah merasai keadaan yang begitu meruncingkan di dalam ummah ini. Akhirnya dengan harapan perasaan inilah yang sentiasa menggerakkan kita untuk berusaha mengeluarkan ummah dari masalahnya. Perasaan ini lahir dengan sebab memahami bahawa seluruh ahli ummah adalah dari satu bangsa yang disatukan atas dasar aqidah yang benar. Inilah dia semangat bangsa muslim.
- Tidak lain dan tidak bukan, musuh-musuh Islam sentiasa berusaha melemahkan pemikiran Islam dari hal-hal yang besar dan dari wawasan jihad. Lalu mereka memerangi pemikiran manusia muslim dengan segala macam perkara yang dapat menyibukkan kita dari perjuangan mengeluarkan manusia dari kegelapan-kegelapan kejahilan kepada cahaya Islam.
- Usrah dan halaqah bukanlah semata-mata satu liqa' mingguan untuk mengisi ilmu pengetahuan. Kerana jika itulah tujuannya, adalah lebih baik pergi berjumpa dengan para ustaz di dalam majlis ilmu kerana mereka lebih arif tentang hal-hal agama. Tetapi usrah mestilah bertujuan untuk membina diri kita dalam keseluruhan aspek, dan bukan sekadar menambahkan ilmu tetapi tidak beramal dengannya. Akhirnya tujuan usrah dan halaqah adalah untuk memastikan bahawa punca kepada masalah ummah dapat diatasi selama-lamanya. Masa lah yang akan menjadi ubat kepada penyakit ummah.
- Semangat yang kuat yang tertiup di dalam orang-orang yang telah dibangkitkan semangat adalah tidak berguna jika ia hanya terhenti sekadar melaung-laungkan nasyid dan bertakbir sesudahnya. Pastikan segala semangat yang terkumpul di dalam program sentiasa diperbahurui semasa cuti. Cara yang terbaik adalah dengan memperbanyakkan perbincangan dengan qudama' da'wah (orang-orang terdahulu dalam da'wah). Gabungkanlah segala semangat yang ada dengan petunjuk (irsyad) atau hikmah dari orang-orang yang terdahulu agar ianya dapat disalurkan dengan baik.
- Terus-meneruslah di dalam melaksanakan amal, sesungguhnya hanya orang yang kuat jiwanya kepada Allah sahajalah yang layak memperoleh pertolongan Allah. "Sekiranya Allah menolong kamu, nescaya tidak ada yang mampu mengalahkan kamu" (Qur'an). Sentiasalah bermuraqabah kepadaNya. Mudah-mudahan da'wah kita akan menjadi da'wah yang hidup.
X-REK '09
by Nurul Sa'adah
|
posted: 6:26 AM
|
9
comments
X-REK ’09
(Kem X-pedisi Remaja Kental ‘09)
Tarikh:
8-10 Mei 2009
Tempat:
Teluk Gorek, Mersing, Johor
Antara aktiviti menarik:
Night walk, Diskusi/Latihan Dalam Kumpulan, Trekking, War game dan sebagainya
"Meraih Ukhuwwah, Menuntut Amal, Melakar Sejarah"
Jangan Lepaskan Peluang!!!
Sebarang pertanyaan sila hubungi: 013-7910514 (Iman)

Kem Syumul al-Qur'an (KESUMA)
by Mashizaki Keikan
|
posted: 7:55 AM
|
0
comments

Oleh: Tasneem Nasharudin
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Kelab Iqra sessi 2009 telah berjaya menganjurkan program Kembara Syumul Al-Quran ‘09 (KESUMA ‘09) pada 21 – 22 Februari 2009. Program yang disertai oleh ahli-ahli Kelab Iqra seramai 32 orang ini bertempat di Balai Cerap UTM.
Secara tidak rasminya, program ini telah bermula pada 20 Februari 2009 jam 9.00 malam di bilik kelab Iqra’ dengan slot pertama bertajuk “Islam:Suatu Manhaj Untuk Manusia”. Slot pertama disampaikan oleh Dr. Zaharudin bin Mohamad. Di dalam slot ini, Dr. Zaharudin telah menerangkan kepada peserta tentang tabiat agama, fitrah manusia,beberapa persoalan dan salah faham tentang Islam, dan bagaimana sesuatu manhaj itu akan terlaksana. Beliau juga menerangkan bahawa manhaj terlaksana dengan adanya segolongan manusia yang membawanya, yakin dan mengimani kebenarannya serta beramal dengannya menurut kemampuanmanusia, berusaha menerapkan kepada orang lain dan berjihad sepenuhnya dengan segala yang ada padanya.
Setelah itu, peserta kem ini dibahagikan kepada tiga kumpulan bagi melakukan aktiviti latihan dalam kumpulan 1 (LDK 1). Peserta dibekalkan dengan sebungkus chocolate snack dan dikehendaki membina sebuah bangunan yang kukuh daripada chocolate snack tersebut. Daripada aktiviti yang dilaksanakan ini, dapat dilihat kekreatifan peserta berfikir untuk membina sebuah bangunan. Selain itu, kesepakatan dan tolak ansur di antara ahli kumpulan teruji apabila pelbagai idea yang berbeza-beza dikeluarkan. Di sebalik aktiviti ini, kami dapat menyimpulkan bahawa asas sesuatu binaan itu perlulah diperkukuhkan terlebih dahulu sebelum membina sebuah bangunan. Sepertimana kita sebagai muslim, perlulah mengukuhkan asas tauhid dan kepercayaan kepada Allah sebelum melaksanakan islam dalam sistem kehidupan.
Keesokan paginya, slot kedua diteruskan dengan tajuk “Memahami Islam Menurut Al-Quran” yang disampaikan oleh Ustaz Idris bin Ismail. Beliau memulakan ceramah dengan memberikan definisi Islam menurut Rasulullah saw di mana ia meliputi islam, iman dan ihsan. Beliau juga membawa peserta berfikir mengenai situasi umat islam kini yang sedang berhadapan dengan serangan pemikiran. Dewasa ini, kita dapat melihat impak ketara yang menular dalam kalangan masyarakat adalah rosaknya akhlak umat, kehancuran dari sudut pemikiran, kecelaruan peribadi serta masalah murtad yang semakin meruncing. Umat islam kini seolah-olah telah kembali ke zaman jahiliyyah .
Selesai minum pagi, slot ketiga pula disampaikan oleh Professor Dr. Arshad Ahmad dengan tajuk “Tanggungjawab dan Peranan Pemuda Islam”. Menurut beliau, Islam itu syumul dan meliputi semua aspek kehidupan. Secara keseluruhannya, terdapat beberapa perkara penting yang dapat disimpulkan dalam ceramah beliau. Sebuah bangunan dapat dibina dengan kukuh sekiranya setiap individu berusaha membaiki diri dan berani memikul tanggungjawab dan tugas dakwah yang diwarisi oleh para anbia’, sahabat dan da’e sebelum ini. Penyampaian beliau tamat pada jam 1.00 petang. Setelah itu peserta bersiap-siap untuk solat zohor berjemaah dan menikmati makan tengah hari.
Slot keempat yang bertajuk “Nasihat Kepada Umat Islam Kini” telah disampaikan oleh ustaz Nasir bin Masrom. Beliau menegaskan hadith pertama daripada Himpunan Hadith 40 oleh Imam Nawawi, bahawa betapa pentingnya setiap amalan itu dimulakan dengan niat. Selain itu, beliau juga menerangkan jenis-jenis amal yang diterima oleh Allah swt serta faktor-faktor yang akan merosakkan amal. Slot seterusya disambung oleh En. Baharin bin Mesir yang bertajuk “Dasar-dasar Asasi Dalam Cara Hidup Islam”. Beliau membawa peserta memikirkan neraca pertimbangan yang sepatutnya diikuti oleh umat Islam, mengenali hakikat kejadian manusia, pengertian Islam, sifat- sifat yang terkandung dalam agama Islam itu sendiri serta prinsip asas dalam kehidupan manusia.
Memandangkan cuaca pada petang itu hujan, aktiviti riadah digantikan dengan LDK 2. Aktiviti LDK 2 dijalankan secara berasingan antara ikhwah dan akhawat. Peserta diberikan tiga situasi berbeza dan dikhendaki membincangkan situasi tersebut di dalam kumpulan. Tiga situasi yang diberikan adalah berkisar tentang tanggungjawab kita sebagai hamba Allah iaitu sebagai khalifah dan menurut segala perintahNya serta tangungjawab individu dalam melakukan amal dan dakwah. Dalam LDK ini, semua peserta bersemangat dalam melontarkan idea masing-masing serta berkongsi dengan peserta-peserta dan fasi yang ada. Kesimpulan yang diperoleh dalam LDK ini ialah tanggungjawab dakwah atau amal makruf wa nahi munkar adalah kewajipan setiap individu, tanpa melihat pada pangkat atau hartanya. Dalam berdakwah juga adalah penting untuk setiap individu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuannya dan mempertingkatkan amal ibadahnya. Sesungguhnya Allah menyukai hamba-hambaNya yang beramal walaupun sedikit tapi istiqamah.
Selepas solat mahrib dan isyak berjemaah, peserta menikmati makan malam. Pada jam 9.15 malam, ustazah Farahwahida Mohd Yusof membawa tajuk “Sistem Kehidupan Dalam Islam” untuk slot yang kelima, yang juga adalah slot terakhir dalam program KESUMA . Beliau memulakan ceramah dengan memberi penekanan terhadap aqidah serta tiga elemen penting dalam pembentukan aqidah yang perlu ada pada setiap mukmin. Elemen tersebut adalah keyakinan dalam hati, menerima dan membenarkan dengan hati seterusnya mengaku dengan lidah serta menzahirkan dengan amalan harian. Setelah itu, ustazah Farahwahida menunjukkan video-video yang berkaitan dengan sistem kehidupan dalam Islam. Antaranya ialah muamalat, pendidikan, jihad, jenayah, politik, ibadah dan aqidah. Dalam video yang dipaparkan, dapat disimpulkan bahawa islam itu syumul dalam semua system kehidupan kita.
Pada sebelah malamnya pula, peserta menjalankan aktiviti yang dinamakan Tafakur Malam. Aktiviti ini dijalankan secara berasingan antara ikhwah dan akhawat. Peserta dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua. Dalam setiap kumpulan juga ada seorang pengkhianat. Akan tetapi ahli yang lain tidak mengetahui kewujudan pengkhianat ini. Pengkhianat ini bertindak dengan mengelirukan ahli kumpulannya dari menjejaki ketua mereka. Peserta dikehendaki untuk menutup mata kecuali ketua. Kemudian dibawa ke tapak Tafakur Malam iaitu di perkarangan tempat letak kereta di balai cerap. Di sini, pengkhianat dibenarkan untuk membuka penutup mata tetapi tidak diketahui oleh ahli yang lain. Kesabaran dan kesungguhan seorang ketua teruji apabila melihat ahli yang tidak tertutup matanya tidak mempedulikan signal yang dibuat. Aktiviti yang menyeronokkan ini telah membina kepercayaan dan kemesraan ukhuwah di kalangan para peserta dengan ahli kumpulannya yang lain.
Aktiviti kemuncak bagi program ini adalah Kembara Syumul, iaitu program outdoor yang dilakukan di sekitar balai cerap. Aktiviti ini mempunyai peraturan di mana peserta perlu menyelesaikan semua tugasan dalam setiap checkpoint yang ada. Peserta diuji dengan beberapa masalah ekonomi yang dihadapi oleh umat islam contohnya terlibat dalam riba, perjudian dan penipuan. Kem Kembara Syumul (KESUMA) tamat sekitar jam 12 tengahari. Selepas itu, peserta dikehendaki berkumpul dan sesi muhasabah program dijalankan di mana mereka dikehedaki memuhasabah kembali tentang segala input yang boleh diperolehi daripada keseluruhan program ini. Selepas menunaikan solat zohor dan makan tengahari, para peserta mengemas barang-barang dan bergerak pulang. Walaupun masing-masing kepenatan, namun segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh serta ukhuwah yang terjalin tidak ternilai harganya.
Alhamdulillah, semoga KESUMA akan memberi input yang bermanfaat dan mencapai objektifnya iaitu dapat menghayati konsep kesyumulan islam dalam kehidupan mahasiswa melalui penghayatan al-Quran, meningkatkan kemahiran insaniah dikalangan peserta melalui penerapan konsep kesyumulan islam dalam kehidupan dan mengeratkan silaturahim sesama ahli termasuklah para peserta, fasilitator dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program ini.
nota: Klik pada gambar pertama untuk ke album gambar KESUMA.

KESUMA '09
by Nurul Sa'adah
|
posted: 3:55 PM
|
1 comments
Forum Colours of Ramadhan
by Iqra Team
|
posted: 12:27 PM
|
0
comments
AlhamduliLlah, sesuai dengan izin Allah program ini berjaya dijalankan dengan kehadiran yang menggalakkan dari pelbagai lapisan masyarakat. Suatu forum yang lain daripada yang lain telah dianjurkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Kelab Iqra'. Lain kerana ahli panel pada kali ini datang dari bermacam-macam tempat dan negara berlainan. Ada yang dari Myanmar, Yemen, Turki dan China. Suatu perkongsian yang menarik yang diberikan oleh setiap individu untuk menceritakan tentang keadaan dan suasana penyambutan Ramadhan sesuai dengan tempat masing-masing.
Suatu hakikat yang Allah sebutkan di dalam al-Qur'an:

"Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu, dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersekutu-sekutu agar kamu saling berkenalan. Sesungguhnya yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa dari kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti."
(al-Hujurat, 49:13)
MIFTAR 08
by Iqra Team
|
posted: 11:00 PM
|
1 comments
Salam...
Makluman untuk bebudak semua...
Datanglah beramai-ramai...
iLaL LiQa'
Makluman untuk bebudak semua...
Datanglah beramai-ramai...
MAJLIS ILMU + IFTAR (MIFTAR 08)
Tajuk:
"Colours of Ramadhan"
Ahli Panel:
Dari China, Myammar, Turki dan Palestin
Tempat:
Dewan al-Ghazali
Masjid Sultan Ismail, UTM

Tarikh:
6 September 2008 (Sabtu)
Masa:
5.00-6.45pm
Note:
Makanan berbuka disediakan... Moh datang beramai-ramai..!

Infaq kepada 2 Akhawat
by writer
|
posted: 12:05 PM
|
0
comments
Salam,
Bagi ikhwah dan akhawat yang ingin menyumbang, boleh juga terus bank-in ke akaun ana sebagai Bendahari di:
CIMB ISLAMIC : 0116-0000614-20-4
Atas nama ana : MOHAMED SEROLEH OSMAN
Kalau dah bank-in, sila mesej kat ana jumlah yg antum sumbangkan supaya ana boleh audit jumlahnya. (019-7242377 / 017-7447305). Semoga amalan kita yang sedikit ini di redhai-Nya. Jazakumullahu khairan.

Untuk Ukhti Hamizah
by Nurul Sa'adah
|
posted: 10:14 PM
|
3
comments
Assalamu`alaikum....kepada semua sahabat, memohon jasa baik untuk baca yasin, solat hajat dan berdoa kepada ukhti Hamizah yang sekarang berada pada tahap bahaya di ICU kerana jangkitan pada paru-paru...Semoga Allah permudahkan segalanya...InsyaAllah
Musibah 2 RE Akhawat
by Mashizaki Keikan
|
posted: 8:04 PM
|
0
comments
InnaliLlahi wa inna ilayhi raaji'un... Baru dapat mesej dari BY; "2 orang Rakan Exco JPSM tlibat dgn musibah (kmlgn motor di UTM). Norhanan meninggal dunia. Hamizah patah kaki n berada di HSA. Sebarkan kpd yang lain." Mintak yang akhawat doakan dan ziarah mereka, dan yang ikhwah doakan... Mungkin kita boleh buka derma kilat?
Maklumat lanjut akan diberitahu kemudian.

Recent Comments