Borang penyertaan Kelas Iqra'

Sebagai sebuah kelab yang menitikberatkan pembacaan dan kecintaan terhadap kitab Al-Quran, Kelas Iqra' anjuran Kelab Iqra' UTM kini dibuka khas kepada para pelajar UTM. 

Read more ...

Al-Quran : Diari Hati


"Al-Quran : Diari Hati"

19 Oktober 2011

Dewan Sri Resak, KTDI

8.30 pm - 10.45 pm

Dr. Hishamuddin Alham
Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UTM
Wakil Persatuan Sains Islam, PERINTIS


Dapatkan Bookmark menarik kelab iqra' di Wacana ilmu :






"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah sesama mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): 'Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.' " ['Ali-Imran : 190 - 191]

Read more ...

Ekspedisi Mahasiswa Kental (X-MAKE '11)


بسم الله الرحمن الرحيم


Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; 
“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. 
Rajanya adalah sebaik-baik raja
tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)


'MISI Al-FATEH'
11 - 13 Mei 2011
Pulau Stindan, Mersing

Untuk penyertaan :
Yazid (013-768 0144)
Izyani (013-703 4380)





Read more ...

Sekitar Dialog Cinta


Jabatan Pengajian Al-Quran, sebuah jabatan di bawah pengurusan Kelab Iqra’ UTM telah mengadakan wacana ilmu pada 11 Februari 2011 bersamaan pada hari jumaat bertempat di Dewan Sri Merbau, Kolej Tun Hussein Onn. Wacana ilmu 1 pada kali ini bertemakan ’Cinta Dalam Islam’ yang bertajuk ’Dialog Cinta’ telah disampaikan oleh dua pasangan ahli panel yang telah berkahwin dan seorang moderator.
Read more ...

Di Sekitar MI

Laporan bergambar Majlis Ilmu: Hidup Indah Bersama Islam (Kesyumulan Islam) yang telah dianjurkan pada 5hb Februari yang lalu. Bersama-sama di dalam majlis ini ialah Ustaz Zahazan Mohamed selaku penceramah undangan yang dibawa khas dari Kuala Lumpur.
Read more ...

MI: Hidup Indah Bersama Islam

Aturcara majlis:
  • 8.30pm: Isya berjamaah
  • 9.00pm: Ceramah - "Hidup Indah Bersama Islam"
  • 10.30pm: Sesi soal jawab
  • 10.50pm: Majlis penutup
  • 11.00pm: Bersurai & jamuan ringan
Latar belakang penceramah:
  • Ustaz Zahazan Mohamed dilahirkan di Melaka pada tahun 1974.
  • Mendapat pedidikan rendah di Sek Keb Kg Gelam, Melaka antara tahun 1981-1986.
  • Bersekolah menengah di SMKA Sultan Muhammad, Melaka dalam tingkatan 1-3 pada tahun 1987-89.
  • Kemudiannya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4, dalam jurusan Sains Sosial di Kolej Islam Sul Alam Shah, Klang hingga tahun 1991.
  • Meneruskan pendidikan ke peringkat Ijazah antara tahun 1992-96 dalam Bahasa Arab & Syariah di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan.
  • Kembali ke Malaysia lalu menyambung Dip. In Education di MPI, Bangi dalam tahun 1997.
  • Meraih Sarjana dalam bidang Bahasa Arab dari UM pada tahun 2001.
  • Menyambung PhD dalam bidang & universiti yang sama selepas itu.
  • Bertugas sebagai pensyarah Bahasa Arab di Jab. Bahasa al-Quran, di CELPAD UIA dari tahun 1998-Mei 2009.
  • Berpengalaman dalam memimpin kursus dan membimbing jamaah haji dan umrah yang bertauliah dari Lembaga Tabung Haji.
  • Biasa terlibat dalam bidang dakwah di akhbar, majalah, radio dan TV dalam dan luar negara.
Read more ...

Majlis Ilmu dan Iftar

Siapakah Ustaz Pahrol Juoi?

Mari kita melihat sedikit biodata beliau...

Pahrol Mohamad Juoi dilahirkan di Ipoh, Perak pada 20 hb. Mei 1961. Memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh dan kemudian ke sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.

Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis.

Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.

Kini beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan.

Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.

Sumber: Genta-rasa.com

Download ceramah beliau:
  1. Link 1
  2. Link 2 (dari Saudara Abdul Azim)
Read more ...

Jejak al-Quds (JJAQ)

AlhamduliLlah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan keizinannya Allah mengizinkan kita menganjurkan Program Jejak al-Quds buat julung kalinya di UTM. Ini adalah suatu rahmat dan peluang dari Allah agar mesej dan isu Palestin ini diketengahkan di tengah masyarakat kampus UTM. Ucapan terima kasih dan jazakumuLlahu khayran kathira buat mereka yang telah berusaha secara langsung dalam menjayakan program ini, dan terima kasih buat semua warga kampus yang telah menyumbang berbentuk kewangan, masa dan komitmen anda untuk menambahkan kesedaran tentang isu ini.

Sesungguhnya isu ini pasti akan berterusan sehingga datangnya kemenangan. Ingatlah kita kepada suatu ayat dalam al-Qur'an:
Dan tidak akan selama-lamanya orang Yahudi dan Nasrani redha akan engkau sehinggalah engkau mengikuti mereka...
(al-Baqarah, 2:120)

Dan atas dasar ini jugalah kita kena melakukan usaha yang berterusan untuk membebaskan tanah suci umat Islam tersebut dalam apa jua bentuk yang boleh kita lakukan. Dosa akan menimpa kita andaikata kita tidak melakuka apa-apa ke arah pembebasan tanah Palestin dari cengkaman Zionist (LA).

Wakil Aman Palestin berbincang dengan Sdr Hafiz Rushdi.

Sdri Baizura memberi penerangan kepada pelawat booth selepas Jumaat.

Seorang pengujung membaca tentang sejarah Palestin.

Lagi pengujung yang menyinggah di booth dan pameran.

Forum "Tangisan Palestin" di Dataran Ko-Q.

MC forum; Sdr Masrul Ariffin.

Barisan Panel (dari kiri): En. Shahool, Us. Aqib, Dr. Abd Rahim.

Pendengar setia dari Muslimin.

Dari Muslimat pula.

Antara barang jualan pada malam tersebut.

Penyerahan duit deram dari UTM
kepada wakil Aman Palestin; RM4000+.
Jumlah sebenar RM7000+.
Read more ...