Kelab Iqra’ Ke Singapura Sertai Global Outreach UTM


Masjid Sultan, Singapura

Pada 27 Mac 2010 yang lalu, Kelab Iqra’ dan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) telah bersama-sama menyertai UTM Global Outreach Programme ke negara seberang, Singapura. Program anjuran Unit Hal Ehwal Islam Pelajar UTM ini diketuai sendiri oleh Pegawai Hal Ehwal Islam UTM, Ustaz Nasir bin Masroom.

Program sehari suntuk ini yang bermula jam 8 pagi ini, disertai oleh gabungan mahasiswa daripada Kelab Iqra’ dan PMI UTM. Seramai 15 ahli Kelab Iqra’ dan 8 ahli PMI turut sama menyertai lawatan penuh makna ke negara kota singa ini.


Masjid Khadijah, Singapura

Lawatan dimulakan dengan menjejakkan kaki ke salah satu masjid yang tertua di Singapura iaitu Masjid Khadijah. Sampai ke masjid ini, kami disambut dengan cukup mesra dan dibawa meninjau ke dalam sekitar Masjid Khadijah oleh pegawai masjid. Seterusnya, kami diberi penerangan mengenai sejarah dan fungsi masjid ini kepada masyarakat Islam di Singapura.


Penerangan oleh pegawai Masjid Khadijah

Penerangan yang ringkas dan penuh bermanafaat ini cukup bermakna. Apatah lagi bila diberitahu masjid ini di bina atas inisiatif seorang wanita yang dikenali Puan Khadijah. Beliau yang mewakafkan dan berperanan menyalurkan dana untuk keperluan masjid ini pada masa lampau. Jelas peranan wanita cukup besar di dalam perkembangan Islam sejak zaman Rasulullah lagi. Sebagai menghargai peranan dan usaha beliau, Masjid Khadijah ini dinamakan sempena nama beliau.


Ustaz Nasir selaku pengiring lawatan

Kami kemudian bergerak ke satu lagi masjid yang terkenal di Singapura iaitu Masjid Sultan. Setibanya di sini, kami menunaikan solat Zuhur berjemaah. Nyata masjid ini mempunyai tarikan tersendiri. Apa tidaknya, pengunjung datang bertali arus untuk melihat masjid yang boleh diibaratkan sebagai masjid negara oleh masyarakat Singapura.


Penerangan di Masjid Sultan pula

Penerangan oleh pegawai masjid ini cukup mengagumkan bila difahamkan dibina pada tahun 1824 lalu oleh pemerintah Temasek lampau iaitu Sultan Hussain Shah. Kami sempat melawat sekitar Masjid Sultan yang sarat dengan nostalgia.

Ternyata menjadi gologan minoriti di Singapura bukan satu tekanan bagi umat Islam disini. Mereka bebas mengamalkan dan mengembangkan syiar Islam dalam satu kelompok yang bersatu. Biar pun berhadapan dengan tanggapan buruk dunia terhadap penganut Islam, mereka cuba menangkis dan memperbetulkan bahawa Islam itu membawa mesej keamanan dan selamat.


Arab Street..

Selepas itu, kami ke acara bebas, berjalan-jalan di sekitar Arab Street dan membeli sedikit cenderahati tanda kenang-kenangan datang ke bumi Singapura yang majoriti penduduknya berbangsa cina ini. Kami selamat tiba di UTM tepat jam 7 petang dengan membawa pengalaman dan pengetahuan yang cukup berharga.


Sempat merakam kenangan di sini

Antara Majlis Tertinggi Kelab Iqra’ yang menyertai program lawatan ilmiah ini termasuklah Ahmad (Presiden), Hafiz (Bendahari), Tasneem (Timb. Bendahari), Izzah Atikah (Setiausaha), ‘Asim (KJ JPSM), Yuslan (KJ JPAQ), Nurul Iman (TKJ JPSM), Rawaida (TKJ JPAQ), Zati Amni (TKJ JPDP) dan beberapa Rakan Exco.


Sekitar Masjid Sultan



Disediakan oleh: Hafiz

Advertisement

Comments
6 Comments

6 comments

  1. huhu~ terbaik...

    teringat inabah n al-wala' wal bara'...

    ReplyDelete
  2. yg plg terkesan dlm lawatan ini ialah apbila penduduk Islam di sana mengamalkan sikap bersedekah. sgt2 bgs.tidak lokek dengan harta yg mereka ada..hasil sumbangan mereka dapat, cthnya msjd kahadijah 100% dpt dibina hasil sumbangan org ramai.klu lah kita dpt lakukan spt mrk,sgt bgs.tak semestinya duit...1lg,pe yg penting adlh kesatuan umat Islam di sana wpun terdpt plbg fahaman(i like this)

    ReplyDelete
  3. ...dalam perjalanan...aku mencari2...mencari mutiara di bumi singa ini...Alhamdulillah...perjumpaan yg tidak dirancang itu telah terkesan dalam lubuk hatiku...tarbiyyah yang sekelumit ini telah mengembalikan aku dengan semangat yang baru...sehingga berjumpa lagi brother...

    ReplyDelete
  4. YamasShita KaiTO >>
    Jangan lupa plak baca majalah Inabah tu..amik dh byk tu..he

    Nurul Iman >>
    haa btoi tu...ana trut kagum dgn mereka siap ade sukarelawan2 yg rasmi n xrasmi lagi untuk imarah kan masjid tu..terkesan2x

    madtapah >>
    pergh mr pres bermadah..hehe..emm btoi,hope dpt faedah yg berguna miskipun cuma skit..

    ReplyDelete
  5. apis>>
    haha~ ana amik 2 je buku...n malas r nak baca...ngee~ XD

    madtapah>>
    ana memahami apa yang nta dapat...walaupun 5 minit bersama brother tuh, tapi mutiara hidayah yang kami jumpe...terbaik...

    ReplyDelete