Wacana Ilmu Siri ke-2

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Al-Hujurat:10)

Al-Quran yang mulia telah mengajarkan bagaimana adab seorang mukmin itu ketika mana saudaranya ditimpa musibah. Tunjukkan kepedulian anda. Bersama-sama menerapkan kefahaman di dalam wacana ilmu kali ini. Suburkan fikrah anda dengan maklumat-maklumat terkini mengenai Palestin dan tanamkan kebencian anda terhadap Israel. Ayuh!, satukan semangat kita, satukan pemikiran kita, satukan perasaan benci kita terhadap kekejaman Yahudi Zionis.

Semarakkan lagi semangat anda dengan memakai pakaian berwarna hitam bagi memperingati peristiwa hitam di bumi Al-Aqsa. Palestin tidak memerlukan anda untuk mengangkat senjata bersama-sama mereka, tetapi Palestin memerlukan kebersamaan anda.
Read more ...

BersamaMu Palestina Tercinta

20hb Ogos 2010

Pakai pakaian serba hitam sempena memperingati peristiwa berdarah 21hb di Palestin.

Dan mari menyertai kami di Pidato Corner di Dataran Agora setelah solat Jumaat...

Kehadiran anda, keperihatinan anda, tunjukkan ia...
Read more ...

Bulan Kegemilangan

Oleh: Nur Izyani Dzulkipli (4SET)
(Timbalan Presiden II Kelab Iqra’ 2010)

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Hati merasa rindu dengan kehadiran kekasih yang lama menghilangkan diri dan tiada kegembiraan yang lebih dari itu. Ia adalah kekasih yang ternanti-nanti kedatangannya dan sedang dalam perjalanan datang menemui.

Begitulah gambaran kekasih Allah dan para sahabat serta ulama’ apabila bertemunya bulan Ramadhan. AlhamduLillah, Allah telah pertemukan kepada kita bulan Ramadhan pada kali ini, bulan mulia yang penuh barakah dan penuh keistimewaan di dalamnya, tetapi sejauh mana kita menghargai dan menghayati kelebihan yang Allah berikan pada umat Nabi Muhammad ini? Adakah kita benar-benar bersedia dan melaksanakan sebaik-baik dan sehabis-habis ganjaran yang telah diberikan olehNya?

Suatu perkongsian ceramah semarak Ramadhan di Masjid Sultan Ismail pada Isnin yang lepas oleh Ustaz Ismail bin Haji Musytari. Ketika tiba bulan Ramadhan, para ulama’ takut kepada dua perkara, iaitu takut tidak akan bertemu dengan Ramadhan kali ini, dan takut pengisian yang akan diisi pada bulan Ramadhan dengan perkara yang tidak ada faedahnya.

Read more ...

Persiapan Buat Ramadhan...

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas golongan sebelum kamu, agar kamu bertaqwa" (Surah al-Baqarah, 2:183)

Satu ayat yang Allah tujukan buat orang-orang yang beriman; dengan menyatakan kepada kita tentang kewajipan berpuasa dan matlamatnya. Bulan Ramadhan yang mulia bakal menjelma, sejauh manakah kita telah mempersiapkan diri kita menuju ke arah bulan yang penuh barakah ini?

Read more ...

MASAB 2010

Pada 28 Julai 2010 bersamaan 16 Syaaban 1431, Kelab Iqra’ UTM Skudai telah menganjurkan Majlis Sambutan Ahli Baru (MASAB) Kelab Iqra’ dengan membawa tema ‘Ke Arah Pembangunan Fikrah Mahasiswa Muslim’ di Dewan Kuliah 9 bangunan N24 . Majlis ini diadakan bagi meraikan kedatangan ahli-ahli baru Kelab Iqra’ UTM dan bagi mewujudkan ukhuwah antara mereka dengan ahli Kelab Iqra’ yang masih setia sehingga sekarang. Majlis yang telah di adakan pada hari Rabu malam Khamis ini, telah menerima tetamu seramai 21 orang siswa dan 33 orang siswi yang merupakan ahli baru Kelab Iqra’. Manakala lebih 25 orang tetamu pula terdiri daripada ahli lama Kelab Iqra’ UTM telah hadir bersama bagi memeriahkan majlis ini.

Tetamu yang terdiri daripada ahli-ahli baru dan ahli-ahli lama Kelab Iqra’ telah mula berkumpul di luar Dewan Kuliah 9, N24 pada jam 6.30 petang. Semua jemputan kemudiannya bersiap sedia untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di dalam surau bangunan N24. Setelah selesai solat Maghrib berjemaah, tetamu yang hadir dijemput menikmati hidangan makan malam yang telah disediakan. Bagi membina ukhuwah sesama ahli baru dan ahli lama Kelab Iqra’, makanan di hidangkan di dalam dulang. Jesteru itu, ahli lama dan ahli baru Kelab Iqra’ dapat bertaaruf dan beramah mesra antara mereka. Setelah itu,semua tetamu masuk ke dalam dewan kuliah 9 di N24 untuk memulakan majlis. Pada jam 8.45 malam, majlis dimulakan dengan bacaan doa dan bacaan tilawah beserta terjemahannya. Seterusnya, majlis ini disusuli degan montaj pengenalan Kelab Iqra’ dan di susuli montaj pengenalan kepada saf kepimpinan Kelab Iqra’ sesi 2010.
Read more ...

GEN-Q RAMADHAN '10



KEM TERHANGAT RAMADHAN INI!




Kem Generasi Al-Quran 2010:
GEN-Q RAMADHAN '10

Pada:
13 hingga 15 Ogos 2010

Bertempat di:
Tiram Indah Village, Ulu Tiram

Bayaran:
RM10 sahaja

Hubungi:
Siswa: 013-7028556
Siswi: 013-7910514




JOM RAMAI-RAMAI SERTAI GEN-Q RAMADHAN INI !!!



"Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa"


Anjuran:
Kelab Iqra' UTM


* Terbuka kepada semua pelajar UTM.

Read more ...

Persiapkan Diri Anda!

Oleh: Amir Imran Bin Mohd Hasli (4SET)
(Timbalan Presiden I Kelab Iqra' 2010)

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

“Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: "Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu", mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan airmata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah).”
(At-Taubah : 92)

Ayat di atas diturunkan ketika seruan Jihad berkumandang di bumi Madinah tatkala menjelang peristiwa perang Tabuq yang melibatkan kaum muslimin dan tentera Rom. Kaum Muslimin berpusu-pusu mendaftarkan diri menyertai misi jihad fi sabilillah dengan meninggalkan keselesaan di belakang mereka. "Internal strength" meluap-luap menggerakkan fizikal mereka bagi memburu syahid sehingga ada dikalangan mereka yang terpaksa ditinggalkan di kota Madinah kerana tidak ada sesuatu yang dapat membawa mereka bersama-sama pergi berperang. Tinggallah mereka dengan linangan air mata kerana tidak dapat peluang bersama-sama dengan saf tentera kaum muslimin.

Melihat kepada suasana hari ini, terutamanya di Malaysia, umat Islam terlalu selesa dengan kehidupan mewah sehingga melunturkan semangat jihad menentang kemungkaran.
Read more ...