BAKTI 2010

KELAB IQRA' : BANDUNG-YOGJAKARTA ACADEMIC & ISLAMIC INTERCHANGE 2010
(BAKTI '10)



BAKTI '10

Pada 14 Disember 2010, seramai 22 orang mahasiswa yang terdiri daripada 11 ikhwah dan 11 akhawat telah mengikuti program Global Outreach Programme (GOP), Bandung-Yogyakarta Academic & Islamic Interchange 2010 (BAKTI ‘10) anjuran Kelab Iqra’ UTM. Kami diiringi oleh 2 orang pensyarah pengiring iaitu Prof. Madya Dr Razali Ismail dari Fakulti Sains dan Ustaz Nasir Masroom dari FPPSM yang juga bekas pegawai hal ehwal Islam HEMA. Masing-masing menunjukkan wajah ceria, lagaknya tak sabar nak ke destinasi yang di tuju. Akhirnya, kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta pada jam 2.50 petang waktu tempatan sebelum berangkat ke Bandung menaiki bas ke di asrama Institut Teknologi Bandung (ITB).

15 Disember 2010. Kami ke Masjid Salman, ITB, untuk sesi ramah mera, berkongsi pendapat dan pengalaman dengan pimpinan persatuan Islamik rasmi di ITB iaitu Keluarga Mahasiswa Islam (GAMAIS) yang mana diwakili oleh ketuanya, Akhi Raden Adjie, menjawab segala soalan daripada peserta BAKTI ’10. Pertukaran dan perkongsian pendapat saling dilontarkan yang mana lebih membahaskan mengenai dakwah di kampus.



Sesi Perkongsian Bersama GAMAIS ITB bersama Kelab Iqra' UTM



Inilah Masjid Salman ITB


Kami kemudiannya pulang semula ke ITB untuk menyertai majlis ilmu bertajuk 'Ukhuwah Serumpun'. Penceramah dalam majlis ini ialah Ir. Suyatman, pensyarah kejuruteraan fizik ITB merangkap Pembina GAMAIS ITB. Kemudian, Prof. Madya Dr. Razali Ismail mengambil tempat untuk mempromosi UTM kepada hadirin mengenai peluang untuk menyambungkan pengajian di UTM dalam peringkat sarjana dan Ph. D. Beliau juga menerangkan mengenai UTM sebagai Research University kepada hadirin yang rata-ratanya dihadiri oleh mahasiswa ITB.



Ceramah yang begitu bersemangat oleh Ir. Suyatman



Bergambar bersama barisan mahasiswa ITB


Kemudian, lewat tengah hari kami sempat berehlah ke Taman Hutan Raya Ir. H. Djuanda. Keadaan disini agak sedikit dingin dengan angin sentiasa menghembus kami. Di sana kami dibawa melawat Gua Belanda dan Gua Jepun, salah sebuah tempat peninggalan penjajah di Indonesia pada ketika masa dahulu.



Akhawat sudah bersedia untuk memasuki Taman Hutan Raya



Ikhwah pun sudah ready..



Sempat bermain futsal Malaysia vs Indonesia pada malam tu..hehe


16 Disember 2010. Kami telah di bawa melawat di sekitar kampus ITB dan berakhir dengan satu perkongsian bersama pensyarah dan pegawai ITB di bilik kuliah.



Lawatan rasmi ke ITB



Suasana di kampus ITB



Dr. Razali menyampaikan cenderamata kepada pengawai ITB


Kemudian kami dibawa pula ke toko buku dimana pelbagai buku dijual dan menyebabkan kami menjadi rambang mata kerana terlampau banyak dan murah buku yang dijual disini. Selepas sejam, kami di bawa pula ke Pasentren Darul Tauhid. Di fikiran kami terbayang Pasentren Darul Tauhid ini hanyalah sebuah pesantren tapi ternyata adalah satu kawasan yang mempunyai pelbagai kemudahan bukan sahaja sekadar pasentren, tapi juga sekolah, klinik bersalin, dewan, nursery, Muslimah Centre, pasaraya dan macam-macam lagi. Kami diberi peluang untuk membeli cenderahati tanda kenang-kenangan di sini. Penat berjalan seharian, akhirnya kami pulang ke asrama ITB untuk persiapan terakhir sebelum bergerak ke Yogyakarta menaiki keretapi jam 8.30 malam yang memakan masa selama 8 jam.



Penerangan daripada wakil Pasentren Darut Tauhid



Bergambar di hadapan kediaman pengasas Darut Tauhid, Aa Gym



Di sekitar Darut Tauhid


17 Disember 2010. Penat sepanjang perjalanan dari Bandung ke Yogyakarta tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan pengembaraan di Yogyakarta pula.



Selamat tiba di Jogja


Selepas bersihkan diri dan bersarapan, kami ke Fakulti Kejuruteraan Universitas Gadjah Mada (UGM). Kami disambut dengan cukup meriah dan diberi penerangan mengenai UGM oleh pensyarah fakulti berkenaan, Dr. Rahman Sudiyo. Diadakan sesi perkongsian tentang universiti masing-masing dari dua buah universiti Indonesia-Malaysia.



Di beri taklimat mengenai Universitas Gadjah Mada



Sesi perkongsian dan dialog di Fakulti Kejuruteraan UGM



Penyampaian cenderamata oleh Ustaz Nasir kepada Dr. Rahman Sudiyo



Bergambar bersama pimpinan mahasiswa UGM


Di saat semua ikhwah melaksanakan kewajipan solat jumaat di Masjid Gedhe Universiti, para akhawat mengambil kesempatan menyertai Muslimah Fair yang diadakan pada waktu itu. Selepas solat jumaat, kami berhimpun semula untuk sedikit perkongsian dan pengalaman dalam dakwah bersama pimpinan persatuan Islam berdaftar di UGM iaitu Jemaah Shalahuddin. Di sebelah malamnya pula, kami berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan mahasiswa-mahasiswa yang berlainan IPT di sekitar Yogyakarta. Di fahamkan, terdapat berpuluh-puluh IPT termasuk swasta yang terdapat di seluruh Yogyakarta sahaja.



Sesi perkongsian antara Jemaah Salahuddin UGM dan Kelab Iqra' UTM



Bergambar bersama pimpinan Jemaah Salahuddin di hadapan Masjid Gedhe UGM


18 Disember 2010. Pagi-pagi lagi kami sudah bersiap untuk melihat Gunung Merapi, tempat bencana gunung berapi yang berlaku sebulan yang lalu. Peristiwa ini benar-benar memberi kesan yang mendalam bagi kami yang telah melihat sendiri kesan-kesan yang berlaku dalam kejadian ini. Difahamkan, bencana ini adalah letusan terburuk sejak 100 tahun yang mana mengorbankan banyak nyawa, juga dibincangkan pelbagai isu terutama isu kristianisasi telah timbul selepas berlakunya bencana ini yang begitu membimbangkan.



Padang jarak padang tekukur



Sudah sebulan bencana melanda, namun asap masih lagi kelihatan



Bahana letusan, sekolah ini turut menjadi mangsa



Berlatarbelakangkan Gunung Merapi yang dilitupi awan..


Lewat petang, kami pulang ke UGM semula. Program diteruskan dengan acara penyerahan keluarga angkat di UGM. Masing-masing diambil oleh keluarga angkat masing-masing untuk dibawa pulang ke rumah. Rata-rata keluarga angkat tersebut adalah pensyarah-pensyarah UGM. Malamnya adalah aktiviti bersama keluarga angkat masing-masing. Kami mengambil kesempatan untuk bertaaruf dan beramah mesra dengan keluarga angkat masing-masing. Ada juga dibawa melawat dan makan malam di bandar Yogyakarta.



Semangat berkobar-kobar ke Gunung Merapi..


19 Disember 2010. Kami dihantar oleh keluarga angkat di Masjid Gedhe Kauman, berkumpul untuk berjalan dan melawat sekitar bandar Yogyakarta. Kebetulan pada masa yang sama, terdapat pameran Pedang Nabi di hadapan masjid tersebut. Kami tidak melepaskan peluang untuk memasuki pameran tersebut dengan harga Rp 10,000 seorang sahaja. Pelbagai pedang dan sandal kepunyaan Rasulullah dipamerkan.



Di Pameran Pedang Nabi


Selepas itu, kami ke Muzium Keraton, tempat yang terletaknya istana pemerintah Sultan Yogyakarta pada ketika dahulu yang banyak dipengaruhi budaya dan seni bina Jawa tradisional. Selepas berjalan disekitar muzium, kami beredar ke pasar Malioboro pula. Kesempatan ini diambil untuk membeli cenderamata dan batik murah di Indonesia. Penat berjalan, kami pulang ke tempat penginapan untuk majlis penutup program.



Di hadapan Muzium Keraton


Majlis yang turut dihadiri oleh keluarga angkat ini diserikan lagi dengan pertukaran persembahan daripada peserta BAKTI ’10 dan jawatankuasa pembimbing ITB-UGM. Kami sedikit hampa kerana penulis buku yang sedang meningkat naik di Indonesia kini, Salim A. Fillah tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan. Beliau pada mulanya dijangka menyampaikan bedah buku terbarunya, “Dalam Dakapan Ukhuwah”. Namun, sedikit terubat dengan kehadiran Fatan Fantastik, yang juga penulis muda di Indonesia memberikan pengisian yang cukup terkesan mengenai pengertian sebenar ‘Ukhuwah’.

20 Disember 2010. Hari kembali ke Malaysia. Kami berlepas dari Lapangan Antarabangsa Adi Sutjipto, Yogyakarta. Tepat jam 12.30 tengah hari waktu Malaysia, kami selamat mendarat di LCCT, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, semua perancangan berjalan baik dan lancar.

Sekalung penghargaan terima kasih yang setinggi tingginya daripada seluruh peserta BAKTI ’10 kepada ketua pembimbing ITB-UGM, Akhi Hanif dan jawatankuasanya. Tidak lupa kepada seluruh penaja-penaja kami dan juga pihak universiti atas pertolongan dan kepercayaan kepada kami kerana melancarkan lagi program yang julung kali dianjurkan oleh Kelab Iqra’ UTM. Nyata, Kelab Iqra’ UTM telah melakar sejarah baru sepanjang 15 tahun penubuhannya dan membuktikan kepada warga kampus, kami berjaya menganjurkan program yang bercorak Islamik yang menjaga penuh adab dan nilai pergaulan sebagai Muslim sepanjang program. Terima kasih semua. Jazakumullahu khairan kathiran!!


Disediakan oleh:
Raja Safazliana Raja Sulong
(Setiausaha BAKTI ‘10)

Advertisement

Comments
6 Comments

6 comments

  1. Alhamdulillah semuanya Selamat Pergi dan Selamat Pulang ke tanah Air..

    Pengalaman yang paling best..Best sgt3.

    Bila nak buat BAKTI'11? nak join lagi..huhuh

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..berlangsung juga BAKTI'10..satu pengalaman yg sungguh bermakna..terima kasih pada suma yg terlibat..juga kalu ada salah silap harap di maaf...

    ReplyDelete
  3. trima kasih kpd geng2 Bakti '10 atas kejesama yg ckup baik.. juga yg slalu mendoakan keselamatan kami.. jzkk

    ReplyDelete
  4. mabruk buat antum semua.... mge apa yg antum dpt di sana dpt implement di UTM IAllah :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat semua..moga manfaat..kot2 akan datang open tu alumni KI (ade ke???) jugak...boley join

    *Best jugak bile dapat cenderamata & perkongsian dr yg g BAKTI ni..jzkk:)

    ReplyDelete
  6. wah... jauh berjalan. syabas!

    ReplyDelete