Ada tak orang yang suka makan sorang-sorang?
by Abdullah Umar
|
posted: 11:22 AM
|
1 comments
Kalau kita ade member kamceng (macam gambar kat bawah ni); mesti kemana-mana nak bersama, makan pun bersama, kan?
Kalau encik boleh tolong terangkan kepada anak-anak saya..
by Abdullah Umar
|
posted: 1:26 AM
|
0
comments
(Kisah benar ini dikongsikan oleh seorang penceramah di tapak pesta konvo UTM baru-baru ini. Sedikit diolah oleh penulis. Wallahu'alam)
_____________________________________________________________________________ Suatu petang yang tenang, di dalam sebuah komuter.. Kelihatan seorang lelaki sekitar lewat 20-an, Azwan, memasuki salah satu gerabak saat ia berhenti di sebuah stesen. Dia masuk bersama-sama dua orang anak lelaki, mungkin berusia 4 dan 6 tahun..
Sebaik sahaja dia melabuhkan diri di sebuah kerusi, tanpa menghiraukan anak-anaknya.. Azwan terus memejamkan mata. Wajahnya kelihatan penat, langsung saja melelapkan mata. Si anak pula apa lagi, ligatlah bermain-main dua beradik itu ke hujung dan ke hilir gerabak. Dek kerana suasana yang kurang sesak, memang agak senanglah untuk mereka berlari kesana-kemari.
Mula-mula berlumba lari, si adik kalah lalu marah-marah, meradang. Pastinya suasana yang tenang tadi menjadi bingit dan merimaskan penumpang lain. Masing-masing memandang saja si ayah yang kelihatan lena melelapkan matanya.
Kemudian, mereka berlumba pula memanjat tiang di dalam gerabak tersebut. Si abang pula yang kalah, geram, lalu dicapainya majalah seorang penumpang yang sedang membaca - dan terjatuh. Kelihatan puas hati di wajahnya. Mahu dimarahi, cuma budak kecil.. Malangnya si adik pula terasa tercabar. Kalau abangnya boleh buat begitu, pasti dia pun boleh!
Si adik pun buatlah hal yang sama. Kali ini surat khabar penumpang lain menjadi mangsa - dan terjatuh juga. Penumpang lain yang melihat sekadar menggelengkan kepala, dan menyimpan bahan bacaan mereka! Dua beradik itu masih lagi aktif.. Bermain-main.
Akhirnya seorang penumpang lalu cuba menegur Azwan. Ditepuknya peha Azwan, terkejut dari lelapnya. Sambil cuba menahan rasa geram dia berkata dengn baik, "Maaf saudara, anak-anak saudara sangat mengganggu kami!"
Azwan terpinga-pinga, sebentar kemudian dia cuba bangun. Tapi seakan-akan tiada kekuatan, dia terduduk kembali. Tiba-tiba, wajah Azwan kemerah-merahan.. Lalu terluah airmata jantannya. Si lelaki yang menegur tadi mula serba salah. "Maaf saudara.. Saudara ade masalah ke?"
Akhirnya Azwan membuka cerita..
Katanya, sebenarnya dia dan anak-anaknya dalam perjalanan ke hospital. Isterinya sedang terlantar sakit di sana - setelah disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian otak. Sejak itu, isterinya terpaksa ditahan di hospital dan diletakkan di bawah pemeriksaan rapi. Oleh itu, kanak-kanak tidak dapat dibenarkan melawatnya sebagai langkah keselamatan.
Setelah berminggu-minggu, si anak-anak sangatlah merindukan ibunya. Dan ibunya pula apatah lagi. Azwan bagaikan berada di tengah-tengah.. Dilema. Ingin saja dia menemukan anak-anaknya dengan isterinya di hospital, tetapi tidak dibenarkan oleh doktor. Akhirnya si anak-anak mula menjadi murung, tidak berselera makan.. Dan asyik bertanyakan tentang ibunya. Isterinya pula semakin hari menjadi semakin lemah, dan sangat merindukan anak-anaknya.
Kerana terlalu rindu, isteri Azwan pernah memberitahunya, jika pun dia perlu membayar wang semata-mata untuk dibenarkan berjumpa anak-anaknya, dia sanggup! Dia meminta Azwan mengeluarkan semua simpanan mereka untuk membayarnya!
Azwan terus mendesak dan mendesak doktor.. Akhirnya dibenarkan, tetapi tidak boleh lama. Lalu dia terus pulang ke rumah, mendapatkan anak-anaknya.. Dan memberitahu berita gembira itu - mereka akan bertemu si ibu esok! Lalu melompat kegembiraanlah dua beradik itu. Terus berselera makan, menyanyi-nyanyi.. Malah si abang siap melukiskan sesuatu untuk ditunjukkan kepada ibunya keesokan hari.
Si adik pula terus mencari-cari pakaian tercantik yang mana ingin dipakai. Sepanjang malam, bertalu-talu soalan diajukan kepada Azwan oleh anak-anaknya, tentang ibu mereka. Akhirnya mereka terlelap juga, lewat malam.
Keesokannya, hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Azwan pulang dari kerjanya pada waktu tengahari, untuk menjemput anak-anak. Sampai saja di pintu rumah, anak-anaknya telah pun siap! Akhirnya Azwan sendiri tak sempat berehat dan menukar pakaiannya, terus saja keluar menuju ke stesen komuter.
Namun, siapa sangka.. saat mereka ingin keluar, Azwan mendapat panggilan daripada hospital - menyatakan isterinya baru saja menghembuskan nafasnya yang terakhir!
Hancur luluh hatinya, terus kelu lidahnya, langsung kaku jasadnya. Azwan buntu, tidak tahu apa yang harus dilakukan, apa yang harus diberitahu kepada anak-anaknya.. Dia benar-benar tersentak dan sebak, apalagi melihatkan kegembiraan pada wajah anak-anaknya untuk bertemu ibu mereka.
![]() |
| gambar hiasan |
Lelaki yang menegurnya tadi sangat tersentuh. Terasa bersalah kerana menegur tadi. Perasan geram dan marahnya terhadap si anak-anak itu tadi, terus bertukar menjadi sayang, sayu dan kasihan.. "Kalau encik boleh tolong terangkan kepada anak-anak saya, silakan.. Saya memang tak tahu macamana nak bagitahu mereka..", akhiri Azwan.
...
Begitulah kisah yag sangat menyentuh perasaan itu. Lelaki tadi yang mulanya tersangat marah dengan kerenah si anak-anak kecik yang nakal, akhirnya bertukar menjadi sayang dan sayu - kerana dia tahu akan perkara yang sebenarnya. Tetapi bagaimana pula dengan penumpang lain, yang masih tidak tahu? Pastinya rasa marah itu masih berbuku di hati mereka. Itulah bezanya antara orang yang mengetahui, dan yang tidak mengetahui.
"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui?" (Az-Zumar:9)
Palestin: Silent Is Not An Option
by ::afni natasya::
|
posted: 11:33 PM
|
2
comments
Sejarah Palestin dan Al-Quds adalah sejarah risalah dan perjuangan para rasul, yang diterima dari satu nabi kepada nabi yang lain dan satu dari satu risalah ke risalah yang lain hingga yang terakhir risalah nabi Muhammad saw yang diterima daripada seluruh nabi pada puncak pertemuan di langit yang penuh keberkatan.
Di hadapan pintu-pintunya gugur syahid para pejuang dan pahlawan dan di sekelilingnya melahirkan para pejuang yang beriman. Di hadapan pintunya sentiasa berlaku pertarungan sengit yang berpanjangan antara kebenaran dan kebatilan yang kadang-kadang kebatilan menang pada awal pertarungan namun pada akhirnya kebenaran akan memenangi dalam pertarungan ini.
Janji Allah di dalam alQuran
by Abdullah Umar
|
posted: 1:20 PM
|
0
comments
Tentang yahudi
Perhatikan gambar ini... seorang remaja yang terselamat di antara sahabat-sahabatnya yang terkorban dan harta benda yang dimusnahkan. Masih berbaki semangat Palestin dalam dirinya. Walau cuma berbekalkan batu-batu kecil sebagai senjata, dia tetap tekad untuk bangkit berjihad!
"Sesungguhnya kamu (Bani Israil) akan membuat kerusakan di ...muka bumi ini dua kali dan kamu pasti akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar. Maka apabila datang saat hukuman kejahatan yang pertama dari kejahatan itu, Kami mendatangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan besar, lalu mereka mencarimu keluar masuk kampung ke seluruh negeri. Dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana” | Al Israa’: 4-5.
Wahai saudara-saudaraku, yakinlah dengan janji Allah;
"Maka bersabarlah kamu. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, dan janganlah sekali-kali orang yang tidak meyakini ayat-ayat Allah itu berhasil menakut-nakuti kamu.” | Ar Ruum: 60.
"Dan ingatlah ketika Rabbmu memberitahukan bahwa sesungguhnya Dia pasti mengirim kepada mereka (kaum Yahudi) sampai hari kiamat, orang-orang yang akan menimpakan adzab kepada mereka dengan yang seburuk-buruknya” | Al A’raaf: 167.
"Belum akan tiba kiamat sehingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi. Kemudian mereka akan diperangi oleh kaum muslimin sehingga batu dan pohon sampai berkata: ‘Hai kaum muslimin, wahai hamba Allah, inilah seorang Yahudi tersembunyi di belakangku, datangilah dan bunuhlah”. (Seluruh alam akan berkata begitu), kecuali pohon Al Gharghad. Sebab, sesungguhnya ia (pohon itu) tergolong pohon (simpatisan) kaum Yahudi” | HR. Bukhari & Muslim.
Rujukan | Janji Allah di dalam alQuran
Menarik untuk dikongsi | Ayat alQuran tentang yahudi
Journey to Palestine
by Abdullah Umar
|
posted: 11:38 PM
|
0
comments
The Untold Stories
Umpama lidi - jika hanya satu atau dua lidi sangat mudah dipatahkan. Namun sekiranya banyak lidi itu akan menjadi himpunan lidi yang sangat kuat. Himpunan lidi yang akan menjadi senjata untuk mengusir zionis laknatullah dari bumi Palestin. InsyaAllah.. ALLAHUAKBAR!!
Dengan kerjasama Islamic Intellectual Club ( IIC ) KRP dan AQSA SYARIF Bhd.
Umpama lidi - jika hanya satu atau dua lidi sangat mudah dipatahkan. Namun sekiranya banyak lidi itu akan menjadi himpunan lidi yang sangat kuat. Himpunan lidi yang akan menjadi senjata untuk mengusir zionis laknatullah dari bumi Palestin. InsyaAllah.. ALLAHUAKBAR!!
Adakah kita telah melupakan saudara-saudara kita di Palestin??
Ayuh! Sama-sama kita sebagai umat Islam bersatu!!
Jom kita sertai sebuah forum untuk Palestin;
Tajuk: Journey to Palestine - The Untold Stories
Tempat: Pesta Konvo UTM 46
Dengan kerjasama Islamic Intellectual Club ( IIC ) KRP dan AQSA SYARIF Bhd.
![]() |
| *Mavi Marmara |
Adakah kita telah melupakan saudara2 kita di Palestin??
"1 Family Day_akhawat "
by faiz ibtisam
|
posted: 11:25 PM
|
0
comments
Bismillah..
Alhamdulillah.. telah berlangsungnya satu program jalinan ukhuwah KI_akhawat pada petang tadi. Bertempat di padang tengah KTF, 3 jenis sukaneka telah diadakan. Gabungan MT (majlis tertinggi) Kelab Iqra' dan juga RE setiap jabatan amat memeriahkan suasana dan juga keadaan.
Diucapkan jazakumullah khairan kasira kepada team MT dan juga RE serta mantan2 akhawat yang sanggup turun padang bagi memeriahkan lagi serta merapatkan ukhuwah antara akhawat.
Moga dengan sukaneka yang baru sahaja berlangsung petang tadi ini dapat menaikkan lagi semangat kerjasama dan juga jalinan hati antara kita, para akhawat sekalian..
Jazakumullah khairan kasira fi marratan ukhra~~
=]
Apa Kaitan Sains Dan Islam?
by ::afni natasya::
|
posted: 1:09 AM
|
1 comments
Saintis bukan Islam, Albert Einstein pernah menegaskan kepentingan agama iaitu
“ Agama tanpa sains pincang, Sains tanpa agama buta “
Sains dan al-Quran tidak dapat dipisahkan. Hal ini disebabkan al-Quran dan alam datang daripada Allah.Al-Quran diturunkan oleh Allah dan alam dicipta oleh Allah. Kedua-duanya adalah daripada Allah. Justeru, hubungan antara kedua-duanya adalah suatu hubungan yang sangat harmonis dan seimbang.
INTEL-i
by ::afni natasya::
|
posted: 12:53 AM
|
0
comments
Kepada sesiapa yang ingin mempelajari photo editing dan video editing, boleh la menghadirkan diri anda ke "Intelligent Islamic Information Workshop" [INTEL-i]:
Pelajari Adobe Photoshop CS3 & Adobe Premiere Pro CS3..
TERBUKA kepada semua warga UTM.
DISAMPAIKAN dan dibimbing oleh mereka2 yang berpengalaman.
SEPANJANG satu hari sahaja.
MODUL, perisian dan bahan lain disediakan.
MAKANAN pagi, tengahari dan petang turut disediakan.
SIJIL disediakan untuk peserta
TERHAD KEPADA 30 ORANG PESERTA SAHAJA!
SMS nama, no. matrik, no. IC, dan kursus anda ke;
0173572402 (Amin) / 0136288986 (Afni Natasya)
JOM!! daftar sekarang sebelum terlambat, insyaAllah pasti bermanfaat~!.. :)
KARNIVAL SUKAN IQRA' (KARS-i) di dalam Sinar Harian
by faiz ibtisam
|
posted: 5:17 PM
|
1 comments











Recent Comments