Ada tak orang yang suka makan sorang-sorang?

Kalau kita ade member kamceng (macam gambar kat bawah ni); mesti kemana-mana nak bersama, makan pun bersama, kan?


Satu soalan bermain di fikiran; ade tak orang yang suka makan sorang-sorang? Atau dia lebih suka makan berteman / ramai-ramai?

Okeh, rasanya kalau buat survey mesti ade je yang lebih suka makan sesorang, kan? Tapi penulis yakin majuriti prefer makan ramai-ramai, kan kan kan? Ade sesetengah orang tu asal nak makan je, mesej sume kawan ajak makan skali.. Sanggup tunggu member dia siap kerja dulu.. Baru gi makan. Kalu terpaksa gak makan sorang, beli makanan yang paling best pun rasa tak best sangat, a.k.a. kurang selera la.

Tambah pulak kalau pergi jalan jauh-jauh.. Lawatan gi KL ke, mesti kita nak makan sama-sama, kan? Kalau naik bas pastu berhenti kejap kat R&R, semua turun makan - reramai. Yang bestnya dapat makan sambil borak-borak. Pastu share makanan ngan member-member, macam 'sistem barter'. "Aku rase ko punye burger, ko rase aku punyer burger-dill.. hehe", gitu la lebih kurang. 

TAPI... bila part solat, sume buat hal masing-masing (tak semua la). Huhu, tak nak share ke pahala solat? Selalu kita nampak terutamanya kat R&R, orang suka sembahyang sendirian. Kalau kita sorang-sorang (takde geng sekufu), nak initiate solat jemaah pastu ajak orang lain join, ada yang macam pelik dan takut-takut.. Aiseh.

Sembahyang berjemaah itukan jauh lebih afdal dan utama daripada solat sendirian. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Daripada Ubai bin Kaab katanya, telah bersabda Rasulullah: “Sembahyang seorang lelaki berserta seorang lelaki lebih baik daripada ia sembahyang seorang diri dan sembahyang seorang lelaki berserta dua orang lelaki lebih banyak ganjarannya daripada ia bersama-sama dengan seorang lelaki sahaja. Dan jemaah yang lebih banyak, jemaah itu lebih dikasihi Allah.” | Riwayat Abu Daud.

Jika diikutkan keberkesanan penggunaan surau yang kecik pun, solat jemaah akan membenarkan lebih ramai orang solat dalam suatu tempoh tertentu (yang sama). Bagi yang solat masing-masing, sekiranya ada ruang kosong kat depan dia pun, orang lain tak boleh pergi sebab perlu melintas - melintas orang sedang bersolat adalah dilarang.

Diriwayatkan daripada Abu Juhaim r.a katanya: 

Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya orang yang melintasi di hadapan orang sembahyang itu tahu betapa besar dosanya nescaya lebih baik dia berhenti selama 40 dari melintas di hadapan orang sembahyang. Abu An-Nadri berkata: Aku tidak pasti adakah baginda mengatakan 40 hari, 40 bulan atau tahun.

Kita ambil analogi sebuah bas yang penuh dan sebuah bas lagi yang kurang penuh; Bila sudah bergerak, tiada lagi orang yang dapat menaikinya. Bas yang penuh tak apelah, sebab memang semua seat dah penuh - untung la syarikat. Tapi bagi bas yang tak penuh, bukankah ia suatu kerugian? Perjalanan tetap perlu diteruskan, penumpang yang ketinggalan terpaksa menunggu bas yang seterusnya.

Besar sangatkah kelebihan solat berjemaah? Ada yang berkata, "Ah, asal solat, cukuplah!". Tetapi ingat kembali sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Rasulullah bersabda: Sembahyang berjemaah itu lebih utama pahalanya daripada sembahyang sendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat.” | Riwayat Bukhari dan Muslim.

Masih teringat kata-kata seorang ustaz ketika di matrikulasi dulu - dia berikah suatu dialog yang lazim menjadi alasan bagi orang yang kurang rajin solat berjemaah;

Nobita : Eh, nape ko tak join solat jemaah tadi?
Sunio  : Owh, tadi Allah tak 'pilih' aku join sekali..
Nobita : Laa.. ko ingat kena 'pilih' baru dapat join ke? 
            Kalau men bola orang tak pilih pon, tetap nak main gak..
Sunio  : Theee he he he..


Wahai sahabat, ketahuilah sesungguhnya solat berjemaah itu sangat nikmat sekiranya selalu menjadi kelaziman kita. Terkadang tak dapat berjemaah, kita akan merasa sangat-sangat rugi!

.

Advertisement

Comments
1 Comments

1 comments

  1. adeh!! terkena..huhu
    insyaAllah akan d perbaiki..

    ReplyDelete