MyGMJ: Semoga mendapat yang terbaik!


Banner istimewa yang mengiringi keberangkatan pejuang-pejuang muda; Hisham, Mu'az dan Aiman :)

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Pada malam ini, pada saat ini, para deligasi Malaysia (MyGMJ) selamat berangkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke bumi Palestin dan beberapa negara jiran. Sebelum itu mereka dijadualkan singgah di Bangkok dan Cairo, sebelum sampai ke Amman, Jordan.

UTM turut berbangga kerana salah seorang bekas pelajarnya turut tersenarai antara 23 deligasi mewakili Malaysia, iaitu saudara Akmar Hisham bin Zulkefli, dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) serta seorang pensyarah, PM Dr. Aminudin bin Ruskam, dari Fakulti Pengajian Islam.

Mereka dijangka bertemu dan menyertai kumpulan-kumpulan dari deligasi pelbagai negara yang bersatu mengutuk kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Palestin. Antaranya 15 negara Asia termasuk Malaysia sendiri. Seterusnya mereka bakal bergerak menuju ke Jerusalem atau tempat yang paling hampir mungkin dengannya. Tanpa mengira negara, bangsa, warna kulit serta agama, semuanya bersatu suara untuk terus menghambat dan menekan kuasa kejam Zionis serta berusaha untuk membebaskan Al-Aqsa dan mengembalikannya semula ke tangan rakyat Palestin!

Selain itu, dunia juga bakal menyaksikan demonstrasi mega secara aman yang akan berlangsung serentak di pelbagai ibu negara terpilih yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, seterusnya bakal berlanjutan secara besar-besaran di dataran-dataran awam di bandar-bandar besar seperti Mesir, London, New York dan tidak terkecuali juga di bandaraya Kuala Lumpur.

Pada demonstrasi aman MyGMJ di Stadium Melawati yang berjaya menyatukan tokoh-tokoh dari pelbagai latar belakang politik dan pertubuhan ini, suara seluruh rakyat Malaysia bakal dihimpunkan dengan penuh semangat dan sokongan, untuk didengari dan sampai ke seluruh dunia! Biar seluruh dunia terkejut, tersedar siapakah sebenarnya Israel. Biar seluruh dunia pula yang memberi tekanan kepada Israel - tekanan dari segi hubungan diplomasi dan sebagainya. Agar akhirnya, Israel akan menjadi semakin longloi dan terdesak untuk menghentikan kezaliman terhadap penduduk di Palestin, mengembalikan semula hak rakyat Palestin dan akhir sekali.. Berundur dari tanah milik rakyat Palestin!


Kepada seluruh warga Malaysia, marilah menyahut seruan dan harapan rakyat Palestin untuk melihat seramai mungkin rakyat Malaysia berhimpun pada 30 Mac ini di Stadium Melawati, Shah Alam!

Sungguh, mungkin usaha dan sumbangan kita ini kecil sahaja.. Tidak sehebat dan semampu saudara kita yang menyertai deligasi MyGMJ ke Palestin. Namun jika ribuan malah jutaan yang berhimpun, kita pasti menarik perhatian media antarabangsa dan seluruh dunia. Biarkan dunia terpandang pada kita, biarkan dunia mendengar suara kita. Biar dunia tahu, biar Zionis terkelu! Allahuakbar!!!

Advertisement

Comments
1 Comments

1 comments

  1. 'Ammar TaqiyuddinMarch 29, 2012 at 7:09 AM

    Teruskan usaha yang murni dalam mencari eedha Ilahi. Semoga kita sempat hidup melihat Masjidil Aqsa tanah al-Quds kembali ke tangan umat Islam.

    ReplyDelete