Ramadhan yang dinanti


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 


Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa ( Al-Baqarah : 183) 

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.

Salam syaa’ban kepada sahabat-sahabat. Tanpa kita sedari, tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan bakal menemui kita. Ramadhan adalah bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam. Adakah anda sudah bersedia?? Adakah anda sudah membuat persiapan Ramadhan? Atau adakah anda sedang sibuk membuat persiapan Syawal?

Rasulullah s.a.w  pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka,ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.

Seperti yang kita ketahui puasa bermaksud menahan diri dari makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari. Sejak kecil lagi kita telah dididik untuk berpuasa. Tetapi, adakah kita benar-benar merasai nikmat berpuasa atau sekadar menahan lapar dan dahaga?

Selain menahan lapar dan dahaga, kita juga harus menjaga tutur kata dan seluruh pancaindera dari perkara yang tidak baik. Bulan Ramadhan inilah masanya untuk kita melakukan transformasi. Banyak amalan yang kita boleh lakukan dengan semaksimum mungkin bagi merasai kemanisan Ramadhan. Antaranya ialah:

  1. Berniat puasa pada malam hari.
  2. Makan sahur dan sunat bersahur pada akhir waktu
  3. Elakkan diri dari melakukan perkara yang sia-sia
  4. Menyegerakan berbuka puasa
  5. Bernuka dengan buah kurma atau manisan
  6. Memperbanyakkan doa
  7. Memperbanyakkan sedekah dan memberi makan orang berpuasa
  8. Mempertingkatkan solat-solat sunat dan Qiamullail
  9. Tadarus al-Quran sebanyak yang mungkin (seelok-eloknya menghabiskan 30 juzuk al-Quran)
  10. Memperbanyakkan istighfar dan zikir di masa lapang
  11. Mengerjakan tarawih
  12. Berusaha mendapatkan Lailatul Qadar

Terdapat banyak lagi amalan-amalan yang boleh dilakukan pada bulan Ramadahn yang penuh keberkatan ini. Terpulang pada diri kita sama ada ingin memanfaatkannya ataupun tidak. Tetapi, alngkah baiknya jika kita melakukan amalan-amaln ini bukan setakat di dalam bulan Ramadhan sahaja malah di dalam bulan-bulan lain. Sama-samalah kita menanam azam untuk menjadi individu muslim yang terbaik di bulan Ramadhan. Jangan ketinggalan untuk meraih hadiah di syurga Allah nanti, insyaALLAH.

Ya ALLAH, sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.

Kelab Iqra’ UTM mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Wallahualam.

Advertisement