Jawapan Dari Kitab Teragung

Setiap manusia tidak akan terlepas dari ujian hidup. Kadangkala kita merasakan diri tidak mampu lagi untuk mengharunginya. Adakalanya kita seolah-olah hilang pertimbangan dan sering menyalahkan takdir. Namun,  pernahkah kita duduk dan berfikir sejenak mengapakah kita di uji sedemikian rupa? Hakikatnya, setiap persoalan yang bermain di fikiran selama ini sudahpun tersedia jawapannya dalam Al-Quranul Karim. 

KENAPA KITA DIUJI ? 

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”                                              (Surah Al-Ankabut ayat 2-3) 


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? 


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” 
(Surah Al-Baqarah ayat 216)


KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN NI?
 

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” 
(Surah Al-Baqarah ayat 286) 


RASA SANGAT FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT? 

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.” (Surah Ali-Imran ayat 139)
 

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!! 

“… .. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir..” (Surah Yusuf ayat 87)
 

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” 
(Surah Al-Imran ayat 200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk..”  (Surah Al-Baqarah ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
 

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..” (Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal..”  (Surah At-Taubah ayat 129)

Oleh itu,senyum dan bersyukurlah apabila diuji. .=) Bila kita memandang segalanya dari Tuhan yang mencipta dan menimpakan ujian, yang mungkin menjadikan kita sakit hati, yang membuat keinginan terhalang dan menyusahkan hidup kita pasti akan damailah jiwa kerana tidak mungkin Allah menciptakan suatu dengan sia-sia. Bukan Allah tidak tahu derita dan retaknya hati kita tetapi  itulah yang Allah rencanakan kerana hati sebeginilah yang mudah tunduk dan dekat kepada Tuhannya. Allah tak akan pernah menguji hambaNya sekiranya Dia tahu hambaNya tak mampu. Oleh itu, yakinlah setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya..^^
Wallahu’alam..

-cahaya satu-

Advertisement

0 comments:

Post a Comment