Bahaya Ghibah dan Namimah

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Allah SWT telah memperingatkan bahaya ghibah (mengumpat) iaitu membuka keaiban saudara sendiri yang diketahuinya kepada orang lain.

Allah SWT mengumpamakan orang yang mengumpat saudaranya seperti seperti memakan daging saudaranya sendiri.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Al Hujurat 49: 12)

Allah memulai ayat dengan seruan kepada orang yang beriman.. Kita perlu berfikir...kenapa?? Kenapa Allah SWT mengaitkan perbuatan tercela dengan keimanan? Kerana sifat tercela tidak mungkin bersatu dengan sifat keimanan ibarat air dengan minyak. Tidak mungkin seseorang yang beriman itu sanggup mengumpat saudaranya sendiri.


"Jauhkan oleh kamu akan dirimu dan takut oleh kamu akan mengumpat kerana bahawasanya mengumpat itu lebih bersangatan daripada zina. Dikatakan bagi Rasulullah s.a.w : Betapa? Ertinya, kerana apa mengumpat itu lebih besar daripada zina?. Bersabda baginda : Bahawasanya seorang lelaki itu terkadang dia berzina dan lantas bertaubat maka Allah menerima akan taubatnya. Dan bahawasanya orang yang mengumpat itu tiada diampuni baginya sehingga memaaf baginya oleh orang yang diumpatnya. "
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ad-Dunya dan Abu Asy-Syeikh dari Jabir dan Abi Sa’id)

Di dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap muslim terhadap muslim lainnya haram darahnya, hartanya dan kehormatan dirinya” (HR Muslim)

Kisah perjalanan Israk Mikraj Rasulullah SAW.
‘Pada malam perjalanan Israk Mikraj, aku diperihatkan dengan orang orang yang mencakar-cakar mukanya dengan kuku-kuku tajam mereka, aku bertanya: Wahai Jibril, siapakah mereka? Jibril menjawab: mereka adalah orang-orang yang mengunjing orang lain dan membuka aib (kehormatan dirinya)”(HR Abu Daud dengan sanad yang shahih)

Begitu dahsyat ancaman peringatan Allah kepada orang yang suka melakukan ghibah. Mudah-mudahan kita dijauhkan Allah, waliyazubillah.

Namimah
Lain pula bagi Namimah adalah mengadu domba, seperti seseorang berkata kepada kawannya, (katakan namanya Mr. J.)“Hei Mr. J., 'you' tau tak, Miss World cakap 'you' ni tak berapa pandai dalam hall itu dan ini, tengok banyak assignments 'you' yang tak siap’ Mungkin n mungkin perkataan tadi boleh menyebabkan Mr. J. membenci Miss World dan mungkin boleh menyebabkan mereka bergaduh dan bermasam muka.

Rasulullah SAW bersabda:
Tidak akan masuk syurga orang yang melakukan namimah (HR Bukhari dan Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Jom! Muhasabah diri kita..Marilah sama-sama kita menjauhkan diri daripada sifat-sifat yang boleh merosakkan hati dan melalaikan.

Ingatlah! Bahaya yang dibawa oleh lidah, perkara seperti ini namapak macam perkara yang remeh tapi...sebenarnya ia boleh meruntuhkan sebuah Jemaah yang utuh, ia mampu memperok-perandakan masyarakat dan menenggelamkan umat.Wallahua'lam..
   


Advertisement

0 comments:

Post a Comment