Tips hafal quran SELAIN MEMBACA!
by Abdullah Umar
|
posted: 12:20 AM
|
1 comments
1. Kita mudah ingat sesuatu lagu walaupun bahasanya kita tak/kurang faham, kerana ia PENDEK, BERLAGU dan anda SUKAKANNYA.
2. Jadi, cari di Youtube sebarang potongan PENDEK bacaan ayat al-quran yang BERLAGU dan anda SUKA.
3. Muat turun sama ada melalui IDM, KeepVid (klip), SnipMP3 (mp3) atau lain-lain software.
4. Mainkan.. ULANG.. ULANG.. ULANG DAN ULANG sebagaimana anda selalu ulang lagu-lagu kegemaran.
5. Anda tak perlu ikut membaca pada awalnya, cuma DENGAR dan BERI PERHATIAN sambil melakukan tugasan seharian anda.
6. Ia pasti mengambil masa, bergantung kepada tempoh bacaan ayat-ayat tersebut, bilangan ulangan serta komitmen anda.
7. Akhirnya sampai suatu masa anda akan turut boleh sama-sama melagukan ayat-ayat tersebut, tanpa merujuk 'liriknya' pun lagi. Sama seperti anda hafal lagu-lagu kegemaran, kan?
8. Kini, anda perlu MERUJUK AL-QURAN untuk melihat serta memastikan bacaan anda adalah betul.
9. Eh, anda sudahpun menghafal potongan ayat-ayat tersebut! Tahniah.
10. Betulkan niat, dan selamat mencuba!
Related Posts
Advertisement
1 Comments
Assalaamu'alaikum..
ReplyDeleteBagus sekali tipsnya.. Sangat bermanfaat.. Syukron katsiir..
http://hafidz114.blogspot.com/