Jangan menyerah sebelum berjuang. Bukan pandangan manusia semata yang dicita tapi pandangan Allah yang lebih utama. Ikhlaskan niat..berhijrah kerana-NYA. Jadi, untuk berubah tu perlu stage by stage..sikit demi sikit..baru berkesan..In shaa Allah.
Apabila PINTU HIJRAH diketuk..
by muizzah
|
posted: 4:49 PM
|
0
comments
Hijrah. Berubah. Satu perkataan
tapi mempunyai maksud yang sama. Sangat indah bagi mereka yang pernah
melaluinya. Susah nak dilakukan tetapi tidak mustahil untuk dilaksanakan. Nak
tinggalkan benda2 lagha yang yang
pernah dibuat dulu macam satu penyeksaan. Tapi itulah harga sebuah
penghijrahan.
Apabila PINTU HIJRAH diketuk. Bukalah seluasnya..Allah buka hati untuk berubah adalah sesuatu yang
tersangat bagus! Nikmat yang hebat! Manisnya tidak terungkap! Bukan senang nak
dapat dan bukan semua orang dapat. Itu tandanya Allah sayangkan
kita..alhamdulilah masih diberi peluang. Rebutlah! Gengamlah sekuat-kuatnya.
“ Manusia boleh berubah dengan
apa jua cara, disebabkan kerana apa juga keadaan
yang berlaku.
Boleh jadi berubah kerana
musibah, boleh jadi kerana dipimpin orang tersayang, boleh jadi kerana tersedar
sendiri dari lena panjang, boleh jadi kerana tersentuh oleh ayat-ayat Allah di
dalam al-Quran.
Namun yang nyata Allah jugalah
yang mengetuk pintu-pintu itu untuk berubah. Untuk lebih mengingatiNya.
Tidak hanya bertitik noktah
pada solat lima waktu dan puasa Ramdhan, tetapi lebih daripada itu.
Dan bila begitu, apa yang
hendak rugi? Memang dengan sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan
menjadi tenang.
Biar apa yang melanda dapat
diterima dengan lapang.
Mengingati Dia di waktu susah
dan senang.
Apabila hati telah diketuk
begitu, hanya terpulang kepada diri untuk buka pintu itu atau tidak.”
Dugaan. Hakikatnya memang banyak ujian dan cubaan bila kita dalam proses
untuk berubah atau berhijrah. Kritikan orang takkan pernah habis. Apa yang
orang tak tahu, kita sedang berperang dengan diri sendiri. Usaha untuk
tinggalkan jahiliyyah tu memang bukan sesuatu yang mudah seperti mengunyah
‘kacang’. Jangan cepat melatah dengan ‘usikan atau jentikan’ manusia tapi
utamakan pandangan DIA yang maha pencipta.
Jangan menyerah sebelum berjuang. Bukan pandangan manusia semata yang dicita tapi pandangan Allah yang lebih utama. Ikhlaskan niat..berhijrah kerana-NYA. Jadi, untuk berubah tu perlu stage by stage..sikit demi sikit..baru berkesan..In shaa Allah.
Apa yang penting, kita berusaha untuk berubah.
Usaha untuk berubah ke arah yang lebih baik ada dan kita nekad untuk pergi ke
arah itu..itu yang Allah pandang, In shaa Allah. Masih belum terlambat untuk
berubah. Better late than never. Moga
Allah redha.
Waallahu’alam.
-Cahaya satu,UTM-
0 comments:
Post a Comment