MyGMJ: Semoga mendapat yang terbaik!
by Abdullah Umar
|
posted: 12:11 AM
|
1 comments
![]() |
Banner istimewa yang mengiringi keberangkatan pejuang-pejuang muda; Hisham, Mu'az dan Aiman :) |
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Pada malam ini, pada saat ini, para deligasi Malaysia (MyGMJ) selamat berangkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke bumi Palestin dan beberapa negara jiran. Sebelum itu mereka dijadualkan singgah di Bangkok dan Cairo, sebelum sampai ke Amman, Jordan.
UTM turut berbangga kerana salah seorang bekas pelajarnya turut tersenarai antara 23 deligasi mewakili Malaysia, iaitu saudara Akmar Hisham bin Zulkefli, dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) serta seorang pensyarah, PM Dr. Aminudin bin Ruskam, dari Fakulti Pengajian Islam.
Mereka dijangka bertemu dan menyertai kumpulan-kumpulan dari deligasi pelbagai negara yang bersatu mengutuk kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Palestin. Antaranya 15 negara Asia termasuk Malaysia sendiri. Seterusnya mereka bakal bergerak menuju ke Jerusalem atau tempat yang paling hampir mungkin dengannya. Tanpa mengira negara, bangsa, warna kulit serta agama, semuanya bersatu suara untuk terus menghambat dan menekan kuasa kejam Zionis serta berusaha untuk membebaskan Al-Aqsa dan mengembalikannya semula ke tangan rakyat Palestin!
Selain itu, dunia juga bakal menyaksikan demonstrasi mega secara aman yang akan berlangsung serentak di pelbagai ibu negara terpilih yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, seterusnya bakal berlanjutan secara besar-besaran di dataran-dataran awam di bandar-bandar besar seperti Mesir, London, New York dan tidak terkecuali juga di bandaraya Kuala Lumpur.
Pada demonstrasi aman MyGMJ di Stadium Melawati yang berjaya menyatukan tokoh-tokoh dari pelbagai latar belakang politik dan pertubuhan ini, suara seluruh rakyat Malaysia bakal dihimpunkan dengan penuh semangat dan sokongan, untuk didengari dan sampai ke seluruh dunia! Biar seluruh dunia terkejut, tersedar siapakah sebenarnya Israel. Biar seluruh dunia pula yang memberi tekanan kepada Israel - tekanan dari segi hubungan diplomasi dan sebagainya. Agar akhirnya, Israel akan menjadi semakin longloi dan terdesak untuk menghentikan kezaliman terhadap penduduk di Palestin, mengembalikan semula hak rakyat Palestin dan akhir sekali.. Berundur dari tanah milik rakyat Palestin!
Kepada seluruh warga Malaysia, marilah menyahut seruan dan harapan rakyat Palestin untuk melihat seramai mungkin rakyat Malaysia berhimpun pada 30 Mac ini di Stadium Melawati, Shah Alam!
Sungguh, mungkin usaha dan sumbangan kita ini kecil sahaja.. Tidak sehebat dan semampu saudara kita yang menyertai deligasi MyGMJ ke Palestin. Namun jika ribuan malah jutaan yang berhimpun, kita pasti menarik perhatian media antarabangsa dan seluruh dunia. Biarkan dunia terpandang pada kita, biarkan dunia mendengar suara kita. Biar dunia tahu, biar Zionis terkelu! Allahuakbar!!!
“Palestin” - Kemenanganmu pasti akan tiba!
by muizzah
|
posted: 10:00 PM
|
0
comments
Hari ini dunia berlumba mengejar kemewahan,
Hari ini manusia leka memburu gelaran jutawan,
Dunia sudah lama tua kelelahan,
Manusia terus memburu tanpa kenal erti kepenatan.
Hanya suara sepi mengingatkan,
Jikalau ini perlu diwaspadakan,
Agar ianya tidak menggoyahkan,
Sebuah perjuangan yang penuh kegentingan.
Palestin, suaramu didengari,
Kesedihanmu jelas dirasai,
Tangisanmu amat dipeduli,
Oleh jiwa-jiwa yang menginsafi diri.
Tanpa suara, kami titipkan
Perjuangan suci perlu diteruskan,
Namun badai yang tanpa tepian,
Apa yang pasti adalah sebuah kemenangan.
Jiwa ini memberontak,
Bilakah kezaliman ini akan terhenti?
Bilakah Palestin akan merasai sebuah kedamaian yang abadi?
Bilakah semua ini akan diakhiri?
tiada siapa yang mampu melewatinya lagi,
Hanya mampu berserah dan berharap pertolongan Ilahi,
Namun, kita jangan leka dan alpa,
Tangan ini perlu bekerja,
Jiwa ini perlu berdoa,
Mata ini perlu berwaspada.
lidah ini perlu berkata-kata,
Masanya nanti pasti akan tiba,
Palestin pasti akan kembali merdeka,
Bebas lepas dari musuh durjana,
Yang merampas jiwa dan nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa.
Jiwa yang merdeka pasti akan merasa,
Jiwa yang hebat pasti akan hiba,
Jiwa yang gagah pasti berusaha,
Membebaskan Palestin walaupun dihambat oleh masa.
-cahaya satu-
Menuju Palestina yang Merdeka
by Asim Abdullah
|
posted: 2:07 AM
|
0
comments
Pada 30 March 2012, satu perarakan paling besar dalam sejarah manusia akan berlaku di mana penyertaannya juga terdiri daripada kelompok-kelompok manusia dan individu yang sangat prihatin terhadap apa yang berlaku di Palestine.
Selama hampir 70 tahun penduduk Palestine dinafikan hak mereka, bahkan sebelum ini, masyrakat dunia (termasuk kita) didoktrin oleh kelompok-kelompok tertentu bahawa yang sebenarnya salah adalah penduduk Palestine itu sendiri, bukan mereka-mereka yang menjajah dan melakukan kezaliman.
Tapi hari ini, dengan usaha-usaha berperingkat sama ada daripada individu mahu pun kumpulan2 tertentu, seluruh dunia mula membuka mata dan melihat kebenaran yang kian terbentang.
Hari ini juga, sebahagian besar masyarakat dunia sudah mula menerima negara Palestine dan menolak negara Haram Israel. Sekali pun mereka mempunyai kefahaman yang berbeza, agama yang berbeza, bangsa yang berbeza dengan penduduk Palestine tapi kerana nilai kemanusiaan, mereka tidak sanggup melihat mana-mana manusia pun hidup dibawah kezaliman dan penindasan selama berpuluh tahun.
Sebagai satu inisiatif, dengan kemampuan yang ada, Kelab Iqra' Utm berhasrat untuk mengajak dan menyeru seluruh warga UTM untuk turut bersama dalam perubahan yang akan berlaku secara besar-besaran ini.
Jom bersama kami, sebagai mahasiswa yang peduli, mengambil berat tentang nilai kemanusiaan serta menolak sebarang penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh sesiapa pun, untuk sama-sama mengambil bahagian.
23 Mac 2012
- Black Attire Day (pakaian hitam sepanjang hari)
- Flash Mob (Selepas solat jumaat dihadapan MSI)
- Wacana GMJ (9 - 11 pm di Dewan Sri Merbau, KTHO)
Kita juga boleh menjadi batu-bata kepada sebuah perubahan besar, tak gitu? ^^
Sumbangan kita tak kecil!
by Abdullah Umar
|
posted: 11:35 PM
|
0
comments
Jom kita sama-sama saksikan video ini..
Justeru, apakah perasaan kita setelah melihat video ini?
Walau apapun respon perasaan kita, sekurang-kurangnya kita telah sedar bahawa walau sekecil manapun keprihatinan dan sokongan kita, nilainya amat besar dan dialu-alukan oleh saudara-saudara kita di Palestin.
Palestin amat memerlukan sokongan umat Islam dari seluruh dunia, apatah lagi jika kita mampu berdiri di saf-saf untuk berhadapan dengan tentera Zionis laknatullah!
Jadi, apakah sumbangan kita setakat ini?
Yup.. Doa, duit, derma, ikuti perkembangan, share, dan pelbagai lagi yang kita sebenarnya mampu, insyaAllah :)
Justeru, apakah perasaan kita setelah melihat video ini?
"..... =.='"?
"Hmmm..."?
"Ooo......"?
"Isskkk2.."?
"Hahhh!"?
"Gulpp!"?
Walau apapun respon perasaan kita, sekurang-kurangnya kita telah sedar bahawa walau sekecil manapun keprihatinan dan sokongan kita, nilainya amat besar dan dialu-alukan oleh saudara-saudara kita di Palestin.
Palestin amat memerlukan sokongan umat Islam dari seluruh dunia, apatah lagi jika kita mampu berdiri di saf-saf untuk berhadapan dengan tentera Zionis laknatullah!
Jadi, apakah sumbangan kita setakat ini?
Yup.. Doa, duit, derma, ikuti perkembangan, share, dan pelbagai lagi yang kita sebenarnya mampu, insyaAllah :)
Janji Allah di dalam alQuran
by Abdullah Umar
|
posted: 1:20 PM
|
0
comments
Tentang yahudi
Perhatikan gambar ini... seorang remaja yang terselamat di antara sahabat-sahabatnya yang terkorban dan harta benda yang dimusnahkan. Masih berbaki semangat Palestin dalam dirinya. Walau cuma berbekalkan batu-batu kecil sebagai senjata, dia tetap tekad untuk bangkit berjihad!
"Sesungguhnya kamu (Bani Israil) akan membuat kerusakan di ...muka bumi ini dua kali dan kamu pasti akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar. Maka apabila datang saat hukuman kejahatan yang pertama dari kejahatan itu, Kami mendatangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan besar, lalu mereka mencarimu keluar masuk kampung ke seluruh negeri. Dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana” | Al Israa’: 4-5.
Wahai saudara-saudaraku, yakinlah dengan janji Allah;
"Maka bersabarlah kamu. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, dan janganlah sekali-kali orang yang tidak meyakini ayat-ayat Allah itu berhasil menakut-nakuti kamu.” | Ar Ruum: 60.
"Dan ingatlah ketika Rabbmu memberitahukan bahwa sesungguhnya Dia pasti mengirim kepada mereka (kaum Yahudi) sampai hari kiamat, orang-orang yang akan menimpakan adzab kepada mereka dengan yang seburuk-buruknya” | Al A’raaf: 167.
"Belum akan tiba kiamat sehingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi. Kemudian mereka akan diperangi oleh kaum muslimin sehingga batu dan pohon sampai berkata: ‘Hai kaum muslimin, wahai hamba Allah, inilah seorang Yahudi tersembunyi di belakangku, datangilah dan bunuhlah”. (Seluruh alam akan berkata begitu), kecuali pohon Al Gharghad. Sebab, sesungguhnya ia (pohon itu) tergolong pohon (simpatisan) kaum Yahudi” | HR. Bukhari & Muslim.
Rujukan | Janji Allah di dalam alQuran
Menarik untuk dikongsi | Ayat alQuran tentang yahudi
Journey to Palestine
by Abdullah Umar
|
posted: 11:38 PM
|
0
comments
The Untold Stories
Umpama lidi - jika hanya satu atau dua lidi sangat mudah dipatahkan. Namun sekiranya banyak lidi itu akan menjadi himpunan lidi yang sangat kuat. Himpunan lidi yang akan menjadi senjata untuk mengusir zionis laknatullah dari bumi Palestin. InsyaAllah.. ALLAHUAKBAR!!
Dengan kerjasama Islamic Intellectual Club ( IIC ) KRP dan AQSA SYARIF Bhd.

Adakah kita telah melupakan saudara-saudara kita di Palestin??
Ayuh! Sama-sama kita sebagai umat Islam bersatu!!
Jom kita sertai sebuah forum untuk Palestin;
Tajuk: Journey to Palestine - The Untold Stories
Tempat: Pesta Konvo UTM 46
Dengan kerjasama Islamic Intellectual Club ( IIC ) KRP dan AQSA SYARIF Bhd.
*Mavi Marmara |
Adakah kita telah melupakan saudara2 kita di Palestin??
Al-Quds Untuk Kita
by Z
|
posted: 1:16 PM
|
0
comments

Oleh: Izzah Atikah Norkhair (2SHR)
(Setiausaha Kelab Iqra’ UTM 2010)
BismiLlahirrahmaniRahim...
Segala kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan kasih sayangnya kita masih dipinjamkan dengan selautan nikmatnya yang tiada ternilai. Nikmat kehidupan yang aman dan makmur acap kali kita lupa tentangnya hinggalah meniti bulan Ogos. Dimana tika itu rakyat menginsafi akan pahit maung perjuangan membebaskan tanah air di tangan penjajah. Namun begitu, ramai yang masih rabun akan tarikh keramat 21 Ogos 1969. Tarikh apakah itu? Sama-sama kita selami ……
Pada tanggal 21 Ogos 1969, seorang berbangsa Australia yang berrnama Dennis Michael melakukan pembakaran terhadap Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar barang-barang di Masjid, tembok dan mimbarnya yang besar: mimbar Solahuddin. Mimbar ini dulu digunakan oleh Solahhuddin untuk Khutbah Jumaat setelah pembebasan al-Quds dari tentera Salib. Tindakan beliau untuk membakar masjid secara keseluruhan tidak menjadi. Kuasa Allah tiada bandingannya, dan akhirnya masjid diselamatkan dan dilindungi dari buas jilatan api.

Wacana Ilmu Siri ke-2
by Professor
|
posted: 11:32 AM
|
0
comments
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Al-Hujurat:10)

Al-Quran yang mulia telah mengajarkan bagaimana adab seorang mukmin itu ketika mana saudaranya ditimpa musibah. Tunjukkan kepedulian anda. Bersama-sama menerapkan kefahaman di dalam wacana ilmu kali ini. Suburkan fikrah anda dengan maklumat-maklumat terkini mengenai Palestin dan tanamkan kebencian anda terhadap Israel. Ayuh!, satukan semangat kita, satukan pemikiran kita, satukan perasaan benci kita terhadap kekejaman Yahudi Zionis.
Semarakkan lagi semangat anda dengan memakai pakaian berwarna hitam bagi memperingati peristiwa hitam di bumi Al-Aqsa. Palestin tidak memerlukan anda untuk mengangkat senjata bersama-sama mereka, tetapi Palestin memerlukan kebersamaan anda.
.jpg)
KITA dan Palestin
by Asim Abdullah
|
posted: 8:24 AM
|
0
comments
Originated from .:: Stranger in Mystery ::.

Ketika Rasulullah SAW di Mi'rajkan ke langit, Baginda SAW singgah di Masjid Al-Aqsa. Di sana baginda SAW telah pun mengimami solat jemaah para anbiya' yang seramai 125,000 orang. Kemudian di Mi'rajkan ke langit untuk berjumpa dengan Allah SWT.
Ketika Masjid Al-Aqsa dan kawasannya berada di bawah kuasa empayar rom dan keadaan rakyatnya dalam keadan yang menghinakan, Saidina 'Umar Al-Khattab, Khilafah Islam kedua telah datang untuk bebaskannya. Beliau juga telah mewakafkan tanah tersebut kepada ummat Islam.
Ketika Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya dirampas semula oleh tentera salib, Sultan Salahuddin Al-Ayubi telah datang dan menawan semula tanah suci tersebut demi untuk melindungi dan mengembalikan hak ummat Islam.

Recent Comments