Madani Florist

Assalamu'alaykum....

Madani Florist..? Nama tersebut telah bertukar kepada Gerai Bunga Kelab Iqra'...

Pada Konvokasi yang baru saja berlangsung, Kelab Iqra' telah mengambil bahagian dalam penjualan bunga di Tapak Aggora. Tahniah dan syabas kepada semua yang terpilih mengambil peluang untuk mencari pengalaman menguruskan penjualan bunga.

Pictures Are Worth A Thousand Words

Akhawat menggubah bunga plastik dan bear.

Teddy bear yang comel² untuk para graduan.

Cantik


Inilah gerai bunga kita...

Tauke gerai bunga sedang bermesyuarat.

Para akhawat mendengar dengan khusyu'.

Penerangan sebelum hari jualan...ikhwah yang semangat...

Semasa jualan....di kaunter jualan.

Beraneka jenisnya...

Antara bunga yang dijual...

Pada awalnya mereka malu nak jual, maklumlah tak pernah menjadi penjual. Apatah lagi menjual bunga. Bila dah dapat rentak, semua orang mereka nak kejar. Seronok berjualan, berbual dengan ibu-bapa yang membeli, sambil jadi promoter. Alhamdulillah bagi yang berjaya mengambil mengalaman ini sebagai 'value added' bagi diri sendiri dan dakwah.

Semua orang harus memahami bahawa, bukan duit semata yang dikejar. Semua aspek tarbiyah yang dipelajari harus diterapkan. Contohnya ukhuwwah, ikhtilat terutamanya, ithar dan berlapang dada. Kerana inilah medan praktikal. Dalam masa menjual bunga, ada juga yang sempat menyampaikan tarbiyyah. Alhamdulillah, pandai pula mencari peluang.

Semoga amal kita yang sedikit ini diterima oleh Allah. Setiap orang yang beriman itu tidak akan merasakan sia-sia setiap amalnya jika semuanya diniatkan kerana Allah, walau hanya menjual bunga...

Advertisement

Comments
12 Comments

12 comments

  1. Dok tunggu gambar dari SLR...

    ReplyDelete
  2. KI ada SLR ke...?
    pres sponsor

    Akhawat punyer..

    ReplyDelete
  3. tahniah pada antum semua. Harap dapat meneruskan perjuangan bunga di lain masa...ana suka kata2 bahawa jualan bukan duit semata2 tp untk dakwah..jgn pisahkan keperluan dana dan dakwah,...kita saling melengkapi...

    ReplyDelete
  4. Ekonomi adalah satu cabang dari Islam. Tak boleh diabaikan.

    ReplyDelete
  5. Islam tu memang syumul, tapi amal kita biar sedikit fokus. Nanti kita terkapai-kapai nak mencapai segala-galanya.

    ReplyDelete
  6. salam..just a suggestion..dari kite bg bear..pe kate bg bende lain yg lebih megingatkan kita kepada-Nya?bear nih takut kalau dijadikan perhiasan..hmm kita pon dapat "saham".. wallahu'alam..

    ReplyDelete
  7. bagus jugak cadangan ann tu. boleh buat untuk masa akan datang

    contohnya apa ann?

    Al-Quran

    ReplyDelete
  8. TP II ada edit sikit eh blog post ni?

    ReplyDelete
  9. TK ada gambar2 lagi tak? Boleh send kat email ana?

    ReplyDelete