Kembara Al-Quran (KembAQ)
Bermula jam 9.00 pagi, program Kembara Al-Quran (KembAQ) bermula dengan penyertaan seramai 31 orang lelaki dan 62 wanita. Mereka kemudiannya dibahagi kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 5 atau 6 orang. KembAQ merupakan sebuah program berbentuk eksplorasi yang membawa para pesertanya ke pelbagai peringkat cabaran dengan menerapkan elemen serta penghayatan ayat-ayat suci Al-Quran. Program ini berakhir pada jam 2.00 petang.Majlis Taaruf Iqra' (Mata-i)
Kemudian pada sebelah malam, Majlis Taaruf Iqra' (Mata-i) pula menyusul. Bertempat di Bilik Seminar B05, Fakulti Alam Bina, majlis bermula sekitar jam 9.00 malam.Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Hal Ehwal Islam HEMA, yang juga merangkap penasihat kelab iaitu Ustaz Ellyeen Amineen bin Mohd Salleh. Dalam ucapan alu-aluannya, Ustaz Ellyeen menyatakan sokongan terhadap program-program yang dianjurkan oleh Kelab Iqra' UTM terutamanya dalam menarik minat mahasiswa menghayati dan mengamalkan ayat-ayat suci Al-Quran. Beliau turut menasihati para pelajar agar bijak memilih sahabat serta kelab dan persatuan yang boleh membawa diri masing-masing mendekati Al-Quran dan Islam. Akhir sekali, beliau berharap agar Kelab Iqra' UTM terus sukses dan tidak jemu untuk terus menganjurkan program-program seumpama ini.
:)
ReplyDelete