Kenyataan Kelab Iqra' UTM dalam isu video Innocence of Muslims


Tempoh hari masyarakat Islam seluruh dunia dikejutkan dengan penyiaran sebuah video yang bertajuk Innocence of Muslims oleh media barat. Video tersebut nyata tidak menggambarkan Islam dan Nabi Muhammad SAW yang sebenar, dan membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia. Kelab Iqra' UTM turut terpanggil untuk memberikan pandangan berkait isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan juga reaksi kebanyakkan masyarakat muslim terhadap isu tersebut;

  • Kelab Iqra' membantah mana-mana usaha memperlekeh atau menghina agama Islam serta individu contoh dalam Islam atas tujuan membina provokasi, dan seumpamanya.
  • Kelab Iqra' juga membantah mana-mana usaha memperlekeh atau menghina mana-mana agama dalam dunia ini atau pun mana-mana tokoh agama atas tujuan membina kebencian terhadap agama tersebut dan membuat provokasi.
Ini sangat selari dengan firman Allah: 
"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan." [Al-'An'am, 6: 108]
  • Kelab Iqra' menyeru masyarakat muslim untuk mengambil tahu tentang penghinaan ini serta sedar bahawa Islam bukan berada pada tempatnya. Sepatunya Islam berada di atas, dimuliakan dan memuliakan setiap makhluk yang bernaung di bawahnya. "dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya)." [At-Taubah, 9: 40]
  • Namun, dalam menzahirkan kemarahan terhadap penghinaan nabi, zahirkanlah dalam keadaan yang terkawal, berakhlak dan berintegriti tinggi, bukan dengan caci-maki serta menghina orang lain. Tunjukkan contoh teladan yang terbaik sebagai seorang muslim.
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka." [Al-Hujurat, 49: 11]
  • Keutamaan dalam mempertahankan Islam adalah dengan membina peribadi muslim yang soleh, berpegang pada Al-Quran dan sunnah serta berusaha mengajak orang lain menjadi soleh dan berpegang kepada Al-Quran dan sunnah juga. Itulah keutamaan dan kemuncak amal kiranya kita ingin menzahirkan kecintaan terhadap Baginda SAW. Mari kita lakukan perubahan ini bersama dan menjadi contoh buat yang lain.

Advertisement

0 comments:

Post a Comment