Jejak al-Quds (JJAQ)

AlhamduliLlah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan keizinannya Allah mengizinkan kita menganjurkan Program Jejak al-Quds buat julung kalinya di UTM. Ini adalah suatu rahmat dan peluang dari Allah agar mesej dan isu Palestin ini diketengahkan di tengah masyarakat kampus UTM. Ucapan terima kasih dan jazakumuLlahu khayran kathira buat mereka yang telah berusaha secara langsung dalam menjayakan program ini, dan terima kasih buat semua warga kampus yang telah menyumbang berbentuk kewangan, masa dan komitmen anda untuk menambahkan kesedaran tentang isu ini.

Sesungguhnya isu ini pasti akan berterusan sehingga datangnya kemenangan. Ingatlah kita kepada suatu ayat dalam al-Qur'an:
Dan tidak akan selama-lamanya orang Yahudi dan Nasrani redha akan engkau sehinggalah engkau mengikuti mereka...
(al-Baqarah, 2:120)

Dan atas dasar ini jugalah kita kena melakukan usaha yang berterusan untuk membebaskan tanah suci umat Islam tersebut dalam apa jua bentuk yang boleh kita lakukan. Dosa akan menimpa kita andaikata kita tidak melakuka apa-apa ke arah pembebasan tanah Palestin dari cengkaman Zionist (LA).

Wakil Aman Palestin berbincang dengan Sdr Hafiz Rushdi.

Sdri Baizura memberi penerangan kepada pelawat booth selepas Jumaat.

Seorang pengujung membaca tentang sejarah Palestin.

Lagi pengujung yang menyinggah di booth dan pameran.

Forum "Tangisan Palestin" di Dataran Ko-Q.

MC forum; Sdr Masrul Ariffin.

Barisan Panel (dari kiri): En. Shahool, Us. Aqib, Dr. Abd Rahim.

Pendengar setia dari Muslimin.

Dari Muslimat pula.

Antara barang jualan pada malam tersebut.

Penyerahan duit deram dari UTM
kepada wakil Aman Palestin; RM4000+.
Jumlah sebenar RM7000+.

Advertisement

0 comments:

Post a Comment