KEPUTUSAN survey tahap penguasaan & pembacaan di kalangan Al-Quran warga UTM


Munurut laman facebook rasmi UTM,  pada ketika ini terdapat sekitar 2,000 staf akademi; lebih 15,000 pelajar under-graduate; lebih 8,000 pelajar post-graduate serta kira-kira 6,000 pelajar program jarak jauh (Space UTM) dengan lebih 2,000 daripadanya adalah pelajar antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, Kelab Iqra' UTM merasa terpanggil untuk menjalankan suatu kajian selidik atau survey mengenai 'Tahap penguasaan dan pembacaan Al-Quran di kalangan warga UTM'. Alhamdulillah, kajian ini yang bermula sejak 8 Oktober sehingga 26 November yang lalu, berjaya mendapat sambutan daripada 304 responden.


Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa kriteria iaitu (1) Bagaimana kita dengan Al-Quran, (2) Penguasaan Al-Quran, serta (3) Pengalaman dan persepsi kelas Al-Quran. Di samping itu, kajian turut merekodkan maklumat diri responden seperti umur, serta tahap pengajian (sekiranya pelajar) dan lain-lain.

Kajian Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk;
  1. Mendapatkan gambaran tentang penguasaan Al-Quran di kalangan warga UTM.
  2. Mengkaji tahap kekerapan pembacaan Al-Quran di kalangan warga UTM.
  3. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi keupayaan pembacaan Al-Quran.
  4. Mengenalpasti persepsi warga UTM terhadap kepentingan membaca Al-Quran dengan betul.


1. Maklumat Diri

Berdasarkan graf di atas, responden wanita jauh lebih tinggi iaitu sebanyak 70% berbanding lelaki iaitu 30% sahaja. Manakala purata umur 21 - 23 mencatatkan peratusan tertinggi dengan 60%, berbanding purata umur yang lain, dengan purata umur 27 -30 tahun dan 31 tahun dan ke atas mencatatkan peratusan terendah dengan 1%. Akhir sekali, 99% daripada jumlah responden adalah terdiri daripada golongan pelajar.

2. Sekiranya Pelajar

Majoriti responden adalah terdiri daripada pelajar under-graduate atau peringkat Ijazah iaitu sebanyak 87%, diikuti pelajar peringkat Master dengan 9% dan selebihnya adalah pelajar peringkat PhD iaitu sebanyak 8%.
Dari segi tahun pengajian sama ada peringkat Ijazah mahupun Master/PhD, merekodkan peratusan yang agak seimbang dengan pelajar tahun empat dan ke atas mencatatkan sebanyak 34% manakala pelajar tahun satu mencatatkan sebanyak 16% sahaja.

3. Bagaimana Kita dengan Al-Quran

Merujuk kepada graf di atas, majoriti responden mempunyai naskhah Al-Quran sendiri iaitu sebanyak 94%. Manakala bagi responden yang memiliki telefon pintar, 57% atau lebih separuh mengakui bahawa mereka tidak mempunyai apps Al-Quran di dalam telefon pintar masing-masing. Hakikat ini agak mengecewakan kerana terdapat apps Al-Quran yang percuma ditawarkan sama ada untuk pengguna Android mahu pun Apple.
Untuk soalan kali terakhir membaca Al-Quran, majoriti responden merekodkan jawapan kurang sehari iaitu sebanyak 58%. Hal ini bermakna kebanyakan responden pasti membaca Al-Quran dalm tempoh sehari. Terdapat juga respon yang menyatakan hanya membaca Al-Quran selang beberapa hari iaitu sebanyak 21%; melebihi seminggu dengan 9%; melebihi sebulan dengan 5%; dan akhir sekali responden yang membaca Al-Quran kali terakhir melebihi sebulan, iaitu 7%.
Dalam menekankan soalan mengenai kekerapan pembacaan, soalan yang hampir sama diulang sekali lagi. Bedasarkan graf di atas, 37% responden membaca Al-Quran setiap hari. Namun peratusan tersebut tidak konsisten sebagaimana soalan sebelum ini. Manakala, 11% responden menyatakan bahawa tiada pembacaan Al-Quran dalam seminggu.
Dari segi bilangan muka surat yang dibaca setiap hari, 83% responden menyatakan bahawa mereka membaca sebanyak purata 1 - 5 muka surat.
Hampir separuh responden mendedahkan bahawa kekerapan khatam Al-Quran masing-masing adalah antara 2 - 5 kali setakat ini, iaitu dengan 49%, manakala 21% responden menyatakan pernah sekali, dan 9% responden menyatakan belum pernah khatam Al-Quran setakat ini.

4. Penguasaan Al-Quran

Berdasarkan graf-graf di atas, 67% responden merekodkan jawapan lancar untuk kelancaran membaca Al-Quran, iaitu Fasohah. Manakala hanya 3% menyatakan bahawa mereka tidak lancar membaca Al-Quran. Dari segi penguasaan makhraj, 50% responden menyatakan jawapan sederhana dengan 6% menyatakan jawapan lemah. Akhir sekali dari segi penguasaan hukum bacaan atau tajwid, lebih separuh reponden merekodkan jawapan sederhana iaitu 62% manakala hanya 2% menyatakan tidak tahu mengenai hukum tajwid.

5. Pengalaman dan persepsi kelas Al-Quran

Di rumah masing-masing, adakah ibubapa menitikberatkan pembacaan Al-Quran? Berdasarkan graf di atas, dapat disimpulkan bahawa kebanyakan ibubapa sangat menitikberatkan hal ini. Dengan 62% responden menyatakan sangat mengambil berat, manakalan 35% menyatakan kurang mengambil berat dan 3% ibubapa tidak mengambil berat akan pembacaan Al-Quran di rumah masing-masing.
Hampir semua responden menyatakan pernah mengikuti kelas mengaji Al-Quran ketika zaman kanak-kanak iaitu sebanyak 95%; suatu peratusan yang melegakan.
Manakala, 100% responden bersetuju bahawa mereka akan merasa sangat rugi sekiranya tidak dapat membaca Al-Quran mengikut hukum tajwid yang betul.
Akhir sekali; di sebalik kesedaran bahawa ruginya jika tidak tahap pembacaan yang masih kurang baik, tidak semua responden bersedia dan berminat untuk mengikuti kelas Al-Quran sekiranya dianjurkan, iaitu 98%.

Kesimpulan

Berdasarkan keputusan kajian selidik ini dapat disimpulkan akan beberapa perkara, antaranya;

  1. Kebanyakan responden mempunyai tahap penguasaan Al-Quran yang sederhana.
  2. Kebanyakan responden juga membaca Al-Quran setiap hari, sebanyak 1 - 5 muka surat.
  3. Majoriti ibubapa responden sangat menitikberatkan pembacaan Al-Quran di rumah, serta hampir semua responden pernah mengikuti kelas Al-Quran.
  4. Semua responden bersetuju dan sedar akan kepentingan membaca Al-Quran dengan betul namun sebilangan kecil daripadanya tidak bersedia untuk mengikuti kelas Al-Quran.

Penutup

Semoga dengan adanya statistik kajian selidik ini, dapat memberi kesedaran kepada seluruh warga UTM amnya untuk terus memperbaiki dan membiasakan pembacaan Al-Quran setiap hari. Di samping itu, diharapkan juga kita sama-sama membantu dalam menyampaikan kesedaran serta bantuan kepada sahabat-sahabat yang masih belum baik dna lancar bacaannya.

Akhir sekali, dengan adanya kelas-kelas Al-Quran anjuran pelbagai pihak termasuk Pusat Islam dan Kelab Iqra' UTM sendiri, mampu menarik minat dan mendekati para pelajar UTM khususnya untuk memperbaiki tahap penguasaan dan pembacaan Al-Quran masing-masing.

Advertisement

Comments
2 Comments

2 comments

  1. Salam. Tahniah atas usaha ini. Boleh buat perbandingan dgn kajian ust PM Ajmain 15 thn lepas. Mungkin responden ramai dalam kalangan "budak2 surau, PMI, Iqra, RAKAN PI?" wallahu alam! [mnsr1976@gmail.com]

    ReplyDelete
  2. W'salam.. InsyaAllah, terima kasih atas cadangan. Kajian ini pun dirangka dengan bantuan dan tunjuk ajar Ustaz Ajmain juga.

    Bak kata Ustaz, 15 tahun dahulu dgn zaman sekarang jauh beza. Sekarang dah ada pelbagai inisiatif terutamanya oleh pihak kementerian pendidikan.. spt JQAF yang banyak membantu kurangkan buta Al-Quran generasi baru :)

    ReplyDelete