Jika sahabatmu masih sedang bersedih..



Sahabat adalah orang yang paling sesuai memberikan nasihat.

Jika sahabatmu masih belum fasih berbicara orang putih,
Janganlah disuruhnya terus berdebat dengan mat saleh.
Jika sahabatmu masih belum lancar membaca alQuran,
Janganlah disuruhnya terus menghafaz alQuran.

Jika sahabatmu masih belum pandai menunggang sepertimu,
Janganlah disuruhnya terus memboncengkan kamu.
Jika sahabatmu masih belum lengkap sembahyang fardhu,
Janganlah disuruhnya terus mengimamkan kamu.

Jika sahabatmu masih sedang bersedih murung,
Janganlah disuruhnya terus ketawa berjenaka.
Jika sahabatmu masih belum bertudung,
Janganlah disuruhnya terus berpurdah melitup muka.

Jika sahabatmu masih belum mahir berenang lagi,
Janganlah disuruhnya terus menyeberangi lautan.
Jika sahabatmu masih mencuba perbaiki diri,
Janganlah disuruhnya terus sempurnakan semua amalan.

Advertisement

Comments
1 Comments

1 comments

  1. aku mencintAi sahabatkU dengan segenap jiwaku, sahAbat yang baik adalah yAng seIring dengaNku dan menjaGa naMa baikku, ketika aku hidup atau selepas mati..
    kuHuLurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.
    semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. aku selalu berharap mendapat SaHaBaT SEJATI yang tidak luntur baik dalam suka dan duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya

    ReplyDelete