Ada orang memang tak tinggal solat


Ada orang memang tak tinggal solat,
Siap berjemaah kat masjid kalau ada masa.
Kadang-kadang je dia miss jemaah,
Itu pun dia dah rasa rugi.

Ada orang memang tak tinggal solat,
Kadang-kadang je terlewat solat.
Itu pun sebab dia banyak keje,
Jadi dia jarang berjemaah.. ok la, tapi rugi woo~

Ada orang memang tak tinggal solat,
Kalau keadaan senang dan bajunya bersih saje.
Kalau susah sket, sakit sket, bizi sket.. dia pun x solat..
Kerana baginya pekerjaan pun satu ibadah.. huh?

Ada orang memang tak tinggal solat,
Iaitu solat Jumaat dan hari raya saje.
Kerana dia bimbang kalau x pegi 3 Jumaat,
Nanti gelap hati.. oo takut ek?

Ada orang memang tak tinggal solat,
Semasa dia kecik dan mak selalu suruh.
Tapi bila dah besar langsung tinggal solat,
Agaknya kali terakhir dia solat pun, dia dah lupa..

Err, kita yang mane satu?


“Amal pertama yang akan dihisab bagi seseorang hamba di hari akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Dan jika solatnya rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain.”  (Riwayat Tabrani)

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari alQuran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Ankabut:45)

“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” (Toha:132)

"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyang-(jenazah)-kan.."


Advertisement

0 comments:

Post a Comment