Home
Sinar Iqra'
Apa Kaitan Sains Dan Islam?
Apa Kaitan Sains Dan Islam?
by ::afni natasya::
|
posted: 1:09 AM
|
1 comments
Saintis bukan Islam, Albert Einstein pernah menegaskan kepentingan agama iaitu
“ Agama tanpa sains pincang, Sains tanpa agama buta “
Sains dan al-Quran tidak dapat dipisahkan. Hal ini disebabkan al-Quran dan alam datang daripada Allah.Al-Quran diturunkan oleh Allah dan alam dicipta oleh Allah. Kedua-duanya adalah daripada Allah. Justeru, hubungan antara kedua-duanya adalah suatu hubungan yang sangat harmonis dan seimbang.
Antara ayat al-Quran yang menjelaskan tentang hubungan ini ialah Surah Fussilat :53 yang bermaksud, “Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar.” Apabila apa yang mereka lihat itu dikaitkan dengan apa yang terdapat dalam al-Quran, mereka akan meyakini bahawa al-Quran sebenarnya datang daripada Allah. Dalam kitab Tafsir al-Quran al-Azim, Imam Ibn Kathir berkata, Untuk menerokai dan mengeluarkan bukti serta dalil daripada alam, sains diperlukan untuk mengkaji kebenarannya.
Hebatnya Al-Quran!
Walau bagaimanapun al-Quran bukannya sebuah buku sains. Ia adalah wahyu Allah. “Kami telah menurunkan kitab (Al-quran) kepadamu yang menjadi penjelasan terhadap segala sesuatu, sebagai petunjuk,rahmat dan khabar gembira untuk orang yang berserah diri(muslim) (QS 16:89).
Banyak ayat yang menceritakan tentang kejadian alam semesta serta fenomena-fenomena yang berkaitan dengannya supaya manusia berfikir dan mengakui kebesaran Allah.
“Dan kami telah menurunkan air yang banyak manfaatnya dari langit.” (QS 50:9).
“Di dalamnya terdapat kesembuhan untuk manusia iaitu madu.” (QS 16:69).
“Dari pohon zaitun yang banyak manfaatnya. ” (QS 24:35)
Justeru, penemuan-penemuan sains masa kini boleh dimanfaatkan untuk memahami ayat-ayat tertentu dalam al-Quran. “Tidakkah mereka memerhatikan kerajaan langit dan bumi dan segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah? ” (QS 7: 185). Itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan seluruh alam, Pencipta segala sesuatu. Kerana itu, sembahlah Dia!” (QS 6:102).
Maha Suci Allah yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
Artikel oleh : Farah Alina bt Fauzi
Related Posts
Advertisement
1 Comments
like.iqra'.
ReplyDelete