Menjelang Final Exam


Bismillah,

Pejam celik, pejam celik, rupanya dah nak final exam. Begitu pantas masa berlalu. Kalau mereka yang tengah final year, selepas penat berhempas-pulas nak siapkan Projek Sarjana Muda (PSM), ini lah 'final' yang final, insya Allah.

Sepanjang satu semester ini, saya yakin, banyak asam garam, gula dan cuka yang kita sama-sama lalui semata-mata untuk menggenggam selautan 'ilmu yang ada. Kadang, kita terpaksa berjaga malam untuk siapkan assigment yang diberikan, terpaksa korbankan cuti sabtu ahad untuk habis projek-projek yang bertimbun, makan minum pun kadang-kadang tak tentu. Resah dibuatnya. Tapi itu lah lumrah seorang mahasiswa, tak lekang dek kesusahan. Bak pepatah, "Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian."

Betul, kan? Kita susah-susah dahulu kat dunia ini, timba 'ilmu, tambah amal, tingkatkan iman supaya akhirnya kita menikmati kesenangan akhirat. :)

So, bersempena dengan final exam yang bakal menjelang, kami daripada Kelab Iqra', ingin mengucapkan 'Selamat menghadapi Final Exam' kepada semua mahasiswa UTM.


Apa pun, ikhlaskan niat, refreshkan motivasi, kuatkan azzam, banyakkan berdoa dan berserah banyak-banyak kepada Allah. Semoga apa yang kita usahakan ini dibalasi ganjaran yang terbaik daripada-Nya. Insya Allah, ameen.

"Apabila engkau telah berazam, maka bertawakal lah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah mencintai orang-orang yang bertawakal." [Ali-'imran, 3 : 159]

Wallahu'alam~

'Asim 'Abdullah bin Ainullotfi,
Presiden,
Kelab Iqra' UTM.

Advertisement

0 comments:

Post a Comment