Cinta pada yang selayaknya



“ Demi Allah, yang jiwaku ada di tangan-Nya, tidak dianggap beriman seseorang daripada kamu, sehingga akulah yang menjadi lebih dicintai olehnya lebih darinya dirinya sendiri dan lebih daripada cintanya kepada ayahnya, anak-anaknya dan orang-orang seluruhnya.” 
[ Riwayat Bukhari]


Cinta Harus Membuahkan Kebaikan..

Cinta adalah irama kehalusan. Cinta bagi jiwa bagaikan makanan untuk badan. Bila tidak makan, kita pasti dalam bahaya,. Jika terlalu banyak, makanan akan membunuhmu.

Sesungguhnya , dalam cinta itu ada nikmat dan sekaligus sengsara kerana itu, tiada hidup yang baik tanpanya. Hidup bersama yang dicintai, membuat kita berasa lebih baik. Dengan hati yang bersih, akan meningkatkan kemuliaan cinta kita. Cintailah dengan hati yang iffah (kesucian dan pemeliharaan), maka kita akan memperoleh kelazatannya.

Cinta itu mempunyai dua faktor yang mendorongnya, iaitu keindahan dan keagungan. Allah amatlah sempurna mengenai perkara ini. Sesungguhnya, Allah itu indah dan suka kepada keindahan. Bahkan, segala keindahan di muka bumi ini adalah milik-Nya.

Cinta Kerana Apa?

Persahabatan yang istimewa berasal daripada kecintaan. Setiap pasangan yang bersama juga diijabkabulkan atas dasar cinta. Tidak akan wujud persahabatan dan perkahwinan kecuali dengan cinta. Sebaliknya, permusuhan berasal daripada sifat benci. Oleh itu, kita haruslah bersahabat dan bersama hanya kerana kita cinta kepada mereka kerana Allah. Allah menjadi penolong yang membantu kerana kecintaan-Nya. Sesungguhnya, Allah akan mencintai hamba-Nya sesuai dengan kecintaan hamba terhadap-Nya.

Kita juga tidak boleh menyamakan cinta kepada Allah dengan cinta kepada perkara atau makhuk yang lain . Allah amat mencela orang yang bersifat begini.

“ Dan diantara manusia ada yang menjadikan selain Allah sekutu-sekutu yang mereka cintai seperti mereka mencintai Allah. Sedang orang-orang yang beriman lebih mencintai Allah.”
( Al-Baqarah : 165)

Ada cinta yang tidak tercela, bahkan paling dipuji diantara berbagai macam cinta. Cinta ini ialah cinta kepada Rsulullah s.a.w. yakni cinta khusus yang menyibukkan hati, fikiran, dan ingatan orang yang mencintai, hanya kepada orang yang dicintai (mahbubnya).



Cinta yang halus, yang dapat menenangkan jiwa, meringankan beban kewajipan, membuat yang penakut menjadi berani dan meluruskan hidup. Cinta inilah yang menyinari wajah, melegakan dada, menghidupkan jantung dan memegang kalam Allah. Maka sesungguhnya, tanda-tanda daripada cinta kepada Allah, dan jika ingin mengetahui apa yang ada pada diri saudara dan orang lain, lihatlah kecintaan kita terhadap al-Quran.

Cinta kepada wanita ada tiga jenis:

Pertama: Qurbah (mendekat) dan taat, iaitu mencintai isterinya, kecintaan ini adalah cinta yang berfaedah. Cinta yang mendorong kepada maksud dan tujuan yang disyariatkan oleh Allah, yakni dangan nikah dengan perempuan itu. Perkata ini lebih menjaga pandangan daripada wanita lain.

Kedua: Cinta yang dibenci oleh Allah daripada rahmatnya. Cinta ini amat berbahaya bagi manusia, agama dan dunianya. Contonya cinta kepada pondan. Cinta inilah yang telah menjerumuskan kaum Luth. Ubat dari penyakit ini ialah meminta pertolongan daripada Allah yang mampu mengubah hati manusia yang bersandar hanya kepada-Nya. Di juga harus berfikir akibat yang akan timbul daripada perbuatannya.

Ketiga: Kecintaan yang mubah ‘ boleh’, iaitu yang berlaku tanpa sengaja, seperti cinta kepada wanita cantik atau tertarik olenya tanpa tujuan tertentu. Hatinya terkenang kepanya, namun tidak terjerumus dalam maksiat. Hal seperti tidak dihukum. Dia wajib menyimpannya dalam hati, harus iffah dan sabar menghadapi cubaan. Allah akan mengukuhkan semuanya dan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik atas kesabarannya menghadapi hawa nafsu, dan mengutamakan keredhaan Allah.

 “Dan diantara manusia ada orang- orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah. Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang- orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa (pada Hari Kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat seksaan- Nya (nescaya mereka menyesal)”.  ( Al- Baqarah: 165)


Artikel Oleh : Zulaika Abdullah

Advertisement

0 comments:

Post a Comment