(Riwayat Thabrani)
• Berada dalam rahmat Allah
“Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim lainnya. Dia tidak menganiaya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuh). Barangsiapa yang memenuhi kebutuhan saudaranya, Allah akan memenuhi pula kebutuhannya.Barangsiapa yang melapangkan dan seorang Muslim suatu kesulitan, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dan kesulitan-kesulitan yang dihadapinya di hari kemudian.”
(Riwayat At-Tirmidzi dari Abu Hurairah)
• Berada di bawah naungan arasy
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Sesunguhnya Allah SWT pada hari Kiamat berfirman: “Di manakah orang yang cinta-mencintai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka dengan naungan-Ku, pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku”.
(Riwayat Muslim)
• Berada di bawah naungan Mahabbah Ilahi
“Bahawa apabila seseorang mengunjungi saudaranya di desa yang lain, lalu Allah mengutus Malaikat untuk mengikutnya. Ketika Malaikat bertanya: “Kau hendak ke mana?” Ia menjawab: “Aku ingin mengunjungi saudaraku di desa ini”. Malaikat terus bertanya:”Apakah kamu akan memberikan sesuatu kepadanya?” Dia menjawab: “Tidak ada, melainkan hanya aku mencintainya kerana Allah SWT’. Malaikat berkata: “Sesunguhnya aku utusan Allah kepadamu, bahawa Allah mencintai orang tersebut kerana-Nya”.
(Riwayat Muslim)
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa menjenguk orang sakit atau mengunjungi saudaranya kerana Allah, maka dia akan dipangil oleh Allah: “Berbahagialah langkahmu, dan engkau telah menyediakan tempat tinggalmu di syurga”.
(Riwayat Tirmidzi)
Inilah erti sebenar ukhwah , bukan untuk diertikan dengan hanya kata-kata, namun ianya perlu dilalui dengan pengalaman dan perjalanan hidup kita.
Ukhuwah itu adalah simpulan tali yang mengikat hati-hati yang berkasih sayang kerana Allah. Kadang-kadang tak perlu tunjukkan pun yang kita terlalu ‘caring’ pada sahabat tapi cukuplah dengan kita menitipkan doa untuknya setiap kali kita melakukan solat kerana doa itu adalah penghubung yang paling kuat untuk menyatukan hati-hati kita yang dipegang oleh Allah ini.
Merenungi kata-kata dari seorang sahabat "Hati yang penuh dengan kasih sayang itu, akan mudah untuk menyentuh hati orang lain". Jadi, tunggu apa lagi..Jom kita berukhuwah keranaNya..
People never know until they experience it themselves! =)
0 comments:
Post a Comment