Menuju Palestina yang Merdeka




Pada 30 March 2012, satu perarakan paling besar dalam sejarah manusia akan berlaku di mana penyertaannya juga terdiri daripada kelompok-kelompok manusia dan individu yang sangat prihatin terhadap apa yang berlaku di Palestine. 

Selama hampir 70 tahun penduduk Palestine dinafikan hak mereka, bahkan sebelum ini, masyrakat dunia (termasuk kita) didoktrin oleh kelompok-kelompok tertentu bahawa yang sebenarnya salah adalah penduduk Palestine itu sendiri, bukan mereka-mereka yang menjajah dan melakukan kezaliman.

Tapi hari ini, dengan usaha-usaha berperingkat sama ada daripada individu mahu pun kumpulan2 tertentu, seluruh dunia mula membuka mata dan melihat kebenaran yang kian terbentang. 

Hari ini juga, sebahagian besar masyarakat dunia sudah mula menerima negara Palestine dan menolak negara Haram Israel. Sekali pun mereka mempunyai kefahaman yang berbeza, agama yang berbeza, bangsa yang berbeza dengan penduduk Palestine tapi kerana nilai kemanusiaan, mereka tidak sanggup melihat mana-mana manusia pun hidup dibawah kezaliman dan penindasan selama berpuluh tahun.

Sebagai satu inisiatif, dengan kemampuan yang ada, Kelab Iqra' Utm berhasrat untuk mengajak dan menyeru seluruh warga UTM untuk turut bersama dalam perubahan yang akan berlaku secara besar-besaran ini. 

Jom bersama kami, sebagai mahasiswa yang peduli, mengambil berat tentang nilai kemanusiaan serta menolak sebarang penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh sesiapa pun, untuk sama-sama mengambil bahagian.

23 Mac 2012
- Black Attire Day (pakaian hitam sepanjang hari)
- Flash Mob (Selepas solat jumaat dihadapan MSI)
- Wacana GMJ (9 - 11 pm di Dewan Sri Merbau, KTHO)

Kita juga boleh menjadi batu-bata kepada sebuah perubahan besar, tak gitu? ^^

Advertisement

0 comments:

Post a Comment