Booth Kelab Iqra' sempena Minggu Transformasi Mahasiswa UTM

Sempena Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) di Universiti Teknologi Malaysia kampus Johor Bahru, persatuan-persatuan yang berdaftar di bawah HEMA UTM telah diberikan kesempatan membuka booth pameran masing-masing pada 5 dan 6 September 2012 bertempat di dataran Agora, UTM. Kelab Iqra' UTM juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan pameran tersebut. 

Turut mengambil bahagian juga adalah Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUTM), Students Recreation Club (SRC), Kelab FotoKreatif (KFK) dan banyak lagi.

Pameran tahunan yang diberi nama "Student Societies and Entrepreneurial Exhibition" ini bertujuan untuk memperkenalkan kelab dan persatuan di UTM kepada adik-adik mahasiswa yang baru sahaja mendaftar sebagai pelajar baru. Di samping itu, inilah peluang terbaik untuk kelab dan persatuan masing-masing mengucapkan 'selamat datang' kepada adik-adik mahasiswa, seterusnya menarik minta mereka untuk menyertai mana-mana kelab dan persatuan yang terlibat.


Booth Kelab Iqra' UTM

Pada pameran kali ini, Kelab Iqra' UTM berpeluang berkongsi dan menghias booth bersama-sama Student Recreational Club (SRC), iaitu sebuah kelab yang sangat aktif mempromosi dan menjalankan aktiviti-aktiviti lasak sepanjang tahun.

Sepanjang dua hari pameran, sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Di booth Kelab Iqra' UTM, kami mengambil pendekatan memperkenalkan ikon kelab iaitu 'Abang Hashim' dan juga 'Abang Mamat' sebagai daya tarikan pada pameran tersebut. Tidak ketinggalan, kami turut mempamerkan gambar-gambar program kelab yang telah berjaya diadakan, serta ilustrasi dan komik-komik yang merupakan hasil kreatif ahli-ahli kelab dan sering menjadi penghias di fanpage facebook kami.

Abang Hashim bersama Abang Mamat yang setia menanti adik-adik mahasiswa :)
Alhamdulillah, 'kesetiaan' Abang Hashim dan Abang Mamat tidak sia-sia kerana berjaya menarik perhatian para pengunjung serta mengambil peluang bergambar bersama mereka. Jom sama-sama kita lihat gambar-gambar di sekitar booth Kelab Iqra' UTM;

Abang Hashim dan Abang Mamat turut mengambil peluang bergambar bersama-sama kakak-kakak SUKSIS.

Saudara Ibrahim memberikan penerangan kepada adik-adik mahasiswa.
























Naib Presiden I Kelab Iqra' menyambut kedatangan Ustaz Ellyeen Amineen, pegawai di HEMA merangkap penasihat kelab.

Turut menerima kunjungan pelajar antarabangsa.
Antara aktiviti-aktiviti yang ditawarkan oleh Kelab Iqra' UTM.
Abang Hashim bersama pelukisnya, Abang Imran :)

























Lihat album penuh di sini. Credit to saudara A Aziz :)

Alhamdulillah sekali lagi, atas kelancaran dan sambutan pada pameran kali ini. Kelab Iqra' UTM merakamkan ucapan jutaan jazakumullahu khairan kathira kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pameran kali ini. Semoga Allah mengganjari usaha kita semua. Kepada adik-adik mahasiswa yang baru dan lama, JOM sertai kami di Kelab Iqra' UTM :))

Advertisement

Comments
1 Comments

1 comments