Mungkin akan timbul sebarang persoalan dan juga isu berkenaan pemakaian ini. Jadi di sini akan dijelaskan mengapa kami memilih serba hitam sebagai tema bagi kempen SELAMATKAN GAZA.
Tujuan utama PAKAI SERBA HITAM (FULL BLACK ATTIRE):
- Hitam menggambarkan kesedihan, kesuraman, tindasan, kekejaman, days of darkness, dan ianya hanya sesuai untuk menggambarkan suasana apa yang kita lihat di Gaza, Palestin. Hari-hari rakyat Gaza ditimpa dengan bermacam-macam ujian yang pada akhirnya ia mengakibatkan kesedihan dan kerosakan.
- Hitam adalah satu warna yang universal di mana dengan mudah ramai orang memiliki simpanan pakaian berwarna ini. Berdasarkan pemerhatian umum, tidak kira sama ada lelaki atau perempuan mempunyai pakaian berwarna hitam sama ada baju, seluar, tudung dan sebagainya. Apabila setiap orang mengenakan pemakaian berwarna tersebut menunjukkan impak yang hebat, berkuasa.
- Dengan pemakaian serba hitam (full black attire), dari kepala sampai ke kaki adalah bertujuan untuk keluar dari suasana harian yang biasa. Selalunya pemakaian warna hitam akan dikombinasikan dengan warna lain, ia sama seperti hari-hari yang biasa. Oleh itu, kami hendak melakukan kelainan supaya orang di sekeliling sedar dengan kempen yang dijalankan.
- Kami juga ingin agar semua orang peduli tentang isu ini. Cuba kita bayangkan apabila rata-rata orang di sekeliling memakai full black attire, pasti akan timbul di hati kenapa semua bertindak sedemikian. Secara tidak langsung akan timbul kesedaran kepada mereka yang tidak peduli tentang isu Gaza.
Sedarlah wahai pembaca sekalian, isu Palestin bukan hanya sekadar isu rakyatnya, isu umat Islam malah ia merupakan isu kemanusian yang harus diperjuangkan!
KEPRIHATINAN ANDA, KEKUATAN BERSAMA...KERANA KITA PEDULI!!!
0 comments:
Post a Comment