Di Sekitar Karnival Sukan Iqra'

Pada 1 Mac 2009, Jabatan Kebajikan dan Tugas-Tugas Khas (JKTK), jabatan dalam Kelab Iqra’ Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Alhamdulillah telah berjaya menganjurkan Karnival Sukan Iqra’ 2009 (KSI’09) bertempat di padang Kolej Rahman Putra (KRP). Maka pada hari itu terciptalah sejarah, ahli keluarga Kelab Iqra’ (KI) yang duduk berjauhan kolej dan fakulti berkumpul untuk melepaskan kerinduan masing-masing. Objektif KSI ini adalah untuk merapatkan ukhuwah antara ahli di samping supaya ahli KI sihat selalu. Program ini telah disertai kira-kira 105 orang yang majoritinya terdiri dari ahli Kelab Iqra’ sendiri dan selebihnya ialah ahli Sekteriat Islam yang lain.

Peserta akhawat sedang membuat pendaftaran.

Pada pagi hari, sewaktu ahli beransur-ansur tiba di lokasi, kelihatan keceriaan terpancar di wajah setiap orang. Pada waktu yang sama juga, ahli jawatankuasa (AJK) program telah sibuk menjalankan tugas seperti menyediakan makanan dan peralatan permainan yang dirancang untuk KSI’09. Kaunter pendaftaran dan kaunter penyerahan baju KSI’09 mejadi tumpuan peserta yang hadir. Ahli yang telah mendaftar diberikan sarapan bersama air teh dan juga ‘door gift’ berbentuk sticker KSI’09. Selepas menikmati sarapan pagi, ahli diperuntukkan masa untuk menukar baju KSI’09 yang telah dibeli.

KSI pada kali ini bertemakan lavender. Selepas proses pendaftaran, padang KRP yang sebelum ini nampak hijau kelihatan seperti ladang lavender yang tidak pernah tumbuh hanya sebatang. Seperti Kelab Iqra’ juga, ahli Kelab Iqra’ seperti sudah satu keluarga, yang tidak pernah keseorangan, sekiranya ada masalah, mesti ada yang dapat me'topup'kan.

Ustaz Nasir memberikan sepatah dua kata kepada KI.

Majlis KSI ini dirasmikan oleh Ustaz Mohd Nasir bin Masroom, dalam ucapan perasmiannya, Ustaz Nasir menyeru supaya ahli bijak menguruskan masa agar diri seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Setelah selesainya majlis perasmian, ikhwah menuju ke padang futsal manakala akhawat menuju ke padang bola jaring. Perlawanan futsal dan bola jaring dijalankan serentak antara pasukan yang dibentuk sewaktu pendaftaran. Pada waktu itu, maka keluarlah peluh-peluh peserta yang sudah lama terperangkap dalam badan(freedom!!).

Sekumpulan ikhwah sebelum acara larian kaki berikat.

Program diteruskan dengan aktiviti sukaneka; antaranya berjalan di atas kotak, berlari dengan kaki berikat tali, sedut air menggunakan straw panjang, galah panjang dan baling belon menggunakan plastik hitam. Di waktu, ketika dan masa inilah macam-macam gelangat dapat kita lihat.

Para peserta yang hebat beraksi dalam perlawanan futsal.

Bagi permainan sedut air menggunakan straw panjang, setiap pasukan diberikan 4 batang straw. Sebelum menyedut air tersebut, ahli kumpulan perlu berjalan berpasangan(kaki diikat bersama) menuju ke arah botol air tersebut seperti ulat bulu. Apabila sampai ke destinasi, air dalam botol perlu dikosongkan dengan menggunakan batang straw yang dicantum empat straw. Sewaktu menyedutnya, ya ALLAH, hanya diriMU sahaja yang tahu, bertapa susahnya hendak menyedut air tersebut. Bukannya air yang dapat disedut, tapi udara pulak yang dapat. Perut jadi kembung dengan angin. Dalam permainan ini, ia mengajar kita supaya mensyukuri nikmat air.

Bagi permainan berjalan di atas kotak, setiap peserta perlu berjalan di atas kepingan kotak yang sebesar tapak kaki, tanpa menjejakkan kaki ke tanah dan menuju ke kumpulan yang di hadapan. Nampak seperti mudah, tetapi sebenarnya tidak. Ia memerlukan kepintaran setiap peserta untuk memikirkan bagaimana hendak menuju kehadapan dengan mengharapkan pada 3 keping kotak sahaja. Dalam kehidupan harian kita, pelbagai dugaan yang ALLAH berikan. Dalam permainan ini, ia ibarat mengingatkan kita agar hati-hati dalam setiap langkah kehidupan.

Bagi permainan baling belon menggunakan plastik hitam, setiap peserta disusun berbaris secara berpasangan dan memegang plastik hitam mengikut jarak yang ditentukaan. 10 biji belon air dibekalkan bagi setiap kumpulan dan dikehendaki membaling belon menggunakan plastik hitam ke pasangan sebelahnya. Riuh rendah jadinya di tempat tersebut, mana tidaknya belon air itu sangat berharga, seperti emas permata. Amanah diberi mestilah dijaga.

Galah panjang... Permainan tradisional yang ramai dah lupa!

Selepas puas bersukaneka, kami bermain permainan tradisional pula, galah panjang. Dalam permainan ini mengajar kami bagaimana untuk memasang strategi (menjadi pertahanan dan penyerang) untuk mencapai kejayaan dan juga mendidik kami bekerjasama dalam kumpulan. Apa yang penting? Kerjasama!

Aktiviti sukaneka alhamdulillah tamat pada waktu tengahari, Karnival Sukan Iqra’ pada tempoh hari, berjalan dengan lancar dan berlangsung dalam cuaca yang redup dan berangin. Sebelum majlis bersurai, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah. Kalah atau menang bukan menjadi keutamaan tetapi semangat ukhuwah dan kenangan adalah hadiah paling berharga yang tidak akan luput dalam diri setiap ahli KI dan ia bertepatan dengan tema KSI' 09, "HAVE FUN, HAVE UKHUWAH". Alhamdulillah kami bertemu kerana taat kepada-Mu yaALLAH, bersatu dalam rangka menyeru (di jalan)-ALLAH dan berjanji setia untuk membela syari’at ALLAH, maka kuatkanlah ikatan pertalian kami ya ALLAH... Amin.

Barisan ikhwah-ikhwah yang semangat!

Barisan akhawat-akhawat yang hebat-hebat...

Gambar-gambar selebihnya akan diuploadkan di photo album Kelab Iqra'.

Advertisement

Comments
11 Comments

11 comments

  1. Waah..! Sangat best hari tu... Lain kali kalau kelab ada buat program, jangan lupa jemput ya! Maklumkan melalui naqib saya. Huhuhu (^_^)v

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada semua yang terlibat!!
    Semoga ianya diganjar dengan ganjaran pahala.

    ReplyDelete
  3. Lain kali datang bawak kamera besar sikit ye!

    ReplyDelete
  4. to MK:
    mau besaq mana lagi?
    waoouu....gambar-gambar yang diedit tu lawa-lawa...dasyat looOo..

    to Ahli kelab:
    Herm...jom!Jom! datang lagi program kelab....banyak faedah menanti...

    ReplyDelete
  5. Sebesaq-besaq dunia... haha... enta pun carilah camera besaq. Boleh dapat banyak sikit gambar-gambar yang best.

    ReplyDelete
  6. to musafir:

    wallaweyh... nak kata dia ambik gambaq lawa lah tu... (^_^)

    ReplyDelete
  7. kelab xdak peruntukan ke nk beli camera besaq???
    hehehehe

    ReplyDelete
  8. apih,bila nak dapat baju ni???

    ReplyDelete
  9. hmm... mungkin kena tunggu sikit kot. hafiz?

    ReplyDelete
  10. bj ade mslh yg xdpt d elakkan berlaku..pe pn akan dpt lam masa terdekat ni..dun wori be hepi..ana mitak mf byk2..klau dh smpai tu,akan d beri segera..k

    ReplyDelete