Home
Pengumuman
Kelab Iqra’ Sambut Delegasi Unit Kerohanian UPM
Kelab Iqra’ Sambut Delegasi Unit Kerohanian UPM
by apis
|
posted: 12:45 AM
|
4
comments
Delegasi Unit Kerohanian UPM diberi penghargaan oleh
Pegawai Hal Ehwal Islam HEP UTM, Ustaz Nasir Masroom
Bertempat di Dewan Al Ghazali, Masjid Sultan Ismail pada 5 Mac 2010 lalu, UTM telah menerima kunjungan mesra delegasi Unit Kerohanian daripada Universiti Putra Malaysia (UPM). Kunjungan ukhuwwah ini bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat dan pengalaman mengenai aktiviti kerohanian yang telah dianjurkan di kampus masing-masing. Ustaz Nasir Bin Masroom, Pegawai Hal Ehwal Islam HEP selaku tuan rumah, mempengerusikan majlis yang julung kali diadakan ini.
Presiden Kelab Iqra’, Akhi Ahmad Bin Mustafa Din turut diberikan pentas untuk menerangkan serba sedikit mengenai sejarah penubuhan Kelab Iqra’ dan aktiviti yang telah dijalankan oleh Kelab Iqra’. Nyata aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh Kelab Iqra’ ini mendapat pujian oleh para delegasi yang hadir. Dengan pengalaman 15 tahun Kelab Iqra’ bertapak di UTM, sedikit sebanyak mampu dikongsikan kepada delegasi Unit Kerohanian UPM yang baru sahaja ditubuhkan ini.
Akhi Ahmad juga mengulangi pentingnya persaudaraan atas dasar Islam untuk menghasilkan ukhuwwah yang benar-benar mantap. Presiden juga berharap semoga dapat berjumpa lagi pada masa yang akan datang dengan harapan ikatan silaturrahim ini akan terus terjalin di antara kedua-dua kampus. Antara Majlis Tertinggi KI yang turut hadir sama pada majlis yang ringkas tapi bermakna itu adalah Ahmad (Presiden), Nur Izyani (Timb. Presiden II), Mohd Hafiz (Bendahari) dan Nurul Iman (Timb. Ketua Jabatan JPSM).
Majlis berakhir dengan sesi pemyampaian cenderamata oleh kedua-dua pihak dan sesi fotografi. Delegasi ini kemudiannya bertolak ke Singapura keesokkan hari dalam satu lagi lawatan ilmu mereka ke sana dan selepas itu terus pulang ke UPM.
Disediakan Oleh: Hafiz
Related Posts
Advertisement
4 Comments
Salam.Nanti kita ke UPM plak ya.
ReplyDeleteInsyaallah akhi..
ReplyDeleteAlhamdulillah...ana seronok dapat g UTM.. lepas ni sahabat2 jempulah datang UPM lak...anda sangat2 dialu2kan...=)
ReplyDeleteorait!! nak join!! Wahaha~
ReplyDelete