Sekitar Karnival Sukan Iqra' 2010
by apis
|
posted: 12:11 AM
|
7
comments
Karnival Sukan Iqra' 2010
Pada 7hb Mac 2010 lalu, bertempat di Padang Utama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berlangsung Karnival Sukan Iqra’ (KSI ‘10) anjuran Jabatan Kebajikan & Tugas Khas. Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi ini, dimulakan dengan pendaftaran peserta ikhwah dan akhawat. Sementara menunggu pendaftaran ditutup, ikhwah dan akhawat mengambil ruang dan peluang yang ada melakukan sesi ta’aruf dan warm up.
Selesai sesi tersebut, program dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya Mantan Presiden Kelab Iqra’,Akhi Akmal merasmikan program kesukanan yang setahun sekali diadakan ini oleh Kelab Iqra’. Beliau menekankan betapa perlunya tubuh badan yang sihat untuk kesinambungan hidup untuk Islam. Sesungguhnya, mukmin yang sihat tubuh badan itu lebih disayangi Allah berbanding sebaliknya.
Semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh para peserta semasa sesi pemanas badan tadi, diteruskan lagi dengan acara bola sepak bagi ikhwah dan bola jaring bagi akhawat. Bagi ikhwah, 5 team telah mengesahkan penyertaan dalam acara bola sepak iaitu KRP, KTHO A, KTHO B, KP dan Rumah Ikhwah. Nyata kemantapan strategi dan semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh team KP membuahkan hasil dengan kemenangan 2-1 menentang team KTHO B di final. Dalam masa yang sama, akhawat begitu bersemangat di gelanggang bola jaring berhampiran padang bola sepak.
Team KP dan KTHO B selepas aksi final bola sepak
Seterusnya, aktiviti disambung dengan acara sukaneka yang begitu menghiburkan dan menarik. Sukaneka ini dijalankan serentak bersama ikhwah dan akhawat di tempat berasingan. Antara sukaneka yang dijalankan seperti Marble & Chopsticks, Lari Dalam Guni, Junjung Air Mengundur, Larian Kembar Siam dan Masuk Manik Dalam Benang. Mendengar nama acara seperti yang disebutkan sudah cukup untuk mengambarkan acaranya cukup mencabar sekali. Mana tidaknya, para peserta mempunyai peluang yang hampir sama untuk memenangi acara tersebut.
Weh apahal semua orang tengok aku ni...
"Haa, macam tu cara makan dia", kata sifu kepada anak murid masing-masing
Di tengah-tengah kehangatan bahang panas mentari dan keghairahan untuk mencapai kemenangan dalam acara-acara yang dijalankan di padang, program diserikan lagi dengan kehadiran wakil Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang diketuai oleh Presiden PMI, Saudara Khairul. Jelas, hubungan baik antara kedua-dua kelab islamik di kampus ini masih kekal terjalin dengan akrabnya. Kebetulan pada masa yang sama, mereka juga turut mengadakan program sukan di tempat yang berlainan.
Presiden Kelab Iqra' memberi sedikit penghargaan
kepada Presiden PMI yang sudi datang
Selesai semua acara yang dipertandingkan, kemuncak program diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah dan cenderamata kepada peserta yang hadir. Dan diakhiri dengan sesi fotografi sebagai tanda kenang-kenangan. Secara keseluruhannya, program ini mencapai objektif yang disasarkan iaitu memperkukuh dan memperkasa ikatan ukuwwah yang sedia terjalin antara ahli kelab lama dan baru. Insyaallah!
Ikhwah bergambar kenang-kenangan
Disediakan Oleh: Hafiz
Related Posts
Advertisement
7 Comments
Mantap! Tapi tak dapat nak bersama lama sangat... Ada hal lain.
ReplyDeleteTahniah kepada semua..KSI 10 mmg best...enjoy bersukan..
ReplyDeletehuhu~ yang best nyer baju....weng3x...
ReplyDeleteapa yang best pada baju..?
ReplyDeletehehe~ sir...sape suh tak datang...haha~
ReplyDeletefakulti suruh tak datang..
ReplyDeletetakpe2...tahun depan nnt ade lagi..
ReplyDeleteade rezeki blh jmpe KSI tahun depan =)