Ketika Masjid Al-Aqsa dan kawasannya berada di bawah kuasa empayar rom dan keadaan rakyatnya dalam keadan yang menghinakan, Saidina 'Umar Al-Khattab, Khilafah Islam kedua telah datang untuk bebaskannya. Beliau juga telah mewakafkan tanah tersebut kepada ummat Islam.
Ketika Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya dirampas semula oleh tentera salib, Sultan Salahuddin Al-Ayubi telah datang dan menawan semula tanah suci tersebut demi untuk melindungi dan mengembalikan hak ummat Islam.
Hari ini, Masjidil Al-Aqsa telah pun dikepung semula oleh satu bangsa yang cukup angkuh dan bongkak. Bangsa ini merasakan hanya bangsanya yang layak menejarui dunia kerana kemuliaan yang ada pada bangsa ini. Bangsa ini juga merupakan keturunan daripada para anbiya', tapi para anbiya' ini telah mereka bunuh dengan sewenang-wenangnya. Merekalah bangsa Yahudi laknatullahi 'alaik yang Allah firmankan akan bawa kerosakan di bumi.
Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau." [Al-Israa': 4]
Ketika kita masing-masing disibukkan dengan propaganda daripada media zionist dan sekutunya tentang isu-isu dunia dan hiburan, mereka dengan sewenang-wenangnya membunuh rakyat Palestin tanpa belas kasihan.
Ketika kita sedang asyik dilamun cinta terlarang dengan si dia, mereka dengan selambanya membina tembok-tembok besar yang memisahkan kasih sayang antara ibu dan anak, sahabat dan teman.
Ketika kita sedang asyik makan-makanan mewah direstoran-restoran berprestij, rata-rata daripada rakyat Palestin mati kebuluran kerana bekalan mereka disekat oleh puak zionist.
Lalu, dimanakah kita sebenarnya?
Kenapa hari ini kita terus berdiam diri?
Ketika Mavi Marmara di serang tentera Israel, kita begitu marah dan berang sekali, tapi kemunculan World Cup menjadikan kita lupa semula keadaan sebenarnya.
Rasulullah SAW bersabda :
Barangsiapa yang tidak mengambil peduli tentang urusan saudaranya, maka dia bukan sebahagian daripada ummatku." [HR Muslim]
Kenapa hari ini kita tidak peduli pasal mereka?
Apakah kerana isu ini berlaku di tanah 'Arab maka ia menjadi isu orang-orang arab?
Apakah kita tidak punya perkaitan LANGSUNG dengan mereka di sana?
Allah SWT berfirman :
Sesungguhnya setiap orang mukmin itu bersaudara..." [Al-Hujurat: 10]
Bukankah mereka itu saudara kita, Saudara seakidah yang lebih kuat daripada hubungan darah?
Hubungan antara kita tidak akan dipisahkan melainkan salah satu daripada kita mensyirikkan Allah SWt.
Bayangkanlah mereka itu sebagai abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, ibu dan ayah kita. Bayangkan mereka dibunun di hadapan kita dengan penuh kejam. Apakah kita hanya akan berpeluk tubuh?
Sudah tentu tidak. Sudah tentu kita akan menuntut bela atas kematian mereka. Sudah tentu kita akan berusaha menyedarkan dunia tentang kekejaman yang berlaku. Sudah tentu keadilan hakiki lah yang kita pinta.
Ayuh, perbaikilah dirimu. Janganlah terleka dan terpedaya dengan propaganda zionist. Binalah kefahaman yang benar agar kita tahu yang mana satu yang Haq dan mana satu yang Batil. Infaqkanlah harta dan jiwa kita untuk bebaskan Al-Aqsa dan saudara kita di sana. Ajak dan serulah kepada sahabat-sahabat yang masih kurang perihatin tentang keadaan saudara mereka sendiri.
Gabung dan susunkanlah diri dengan gerakan-gerakan Islam yang berusaha untuk menegakkan kembali kekuatan ummah yakni khilafah dan juga pembebasan Al-Quds. Kerana kebenaran yang tidak tersusun pasti akan ditewaskan oleh kebatilan yang tersusun.
Jadilah insan yang akan melakar sejarah Islam dan pembebasan Al-Quds. Jadilah orang-orang yang mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW, para sahabat, salafusoleh dan para mujahidin.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata.." [Yusuf : 108]
Moga Allah memberikan kita kekuatan untuk terus berada di landasan yang benar.
"Memperkasa Ummah, Membebaskan Aqsa"
Wallahu'alam
0 comments:
Post a Comment