Satu ayat yang Allah tujukan buat orang-orang yang beriman; dengan menyatakan kepada kita tentang kewajipan berpuasa dan matlamatnya. Bulan Ramadhan yang mulia bakal menjelma, sejauh manakah kita telah mempersiapkan diri kita menuju ke arah bulan yang penuh barakah ini?
Apabila Allah mengajarkan kepada kita bahawa matlamat buasa dan Ramadhan adalah menuju ketaqwaan kepadaNya, Dia menunjukkan kepada kita satu jalan yang mampu menjadikan kita lebih mulia di sisiNya; "Sesungguhnya yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa darimu" (al-Hujurat, 49:13).
Adakah ada satu hadiah yang lebih baik dari ini?
Bahkan ianya bukan sahaja menjadi satu hadiah, tetapi ianya juga menjadi satu bekalan yang terbaik buat kita; "...dan beberbekallah kamu, maka sesungguhnya bekalan yang terbaik adalah taqwa..." (al-Baqarah, 2:197)
Bahkan Allah tidak menyuruh orang yang sembarangan untuk bertaqwa kepadanya, Dia menyuruh orang-orang yang berakal fikiran agar bertaqwa; "...dan bertaqwalah kepadaKu wahai ulul albab!" (al-Baqarah, 2:197)
Mahukah kita termasuk ulul albab?
Selamat Berpuasa...:)
ReplyDelete