Menjelang PRK '11


Image Source [here]

Bismillah

Alhamdulillah, menyelusuri Pilihanraya Kampus (PRK) yang bakal berlangsung pada 21 Februari 2011, kita akan melihat wajah-wajah baru dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (MPMUTM). Justeru, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kepimpinan MPM yang lepas kerana telah menjalankan tanggungjawab mereka sepanjang tahun lalu. Tahniah sekali lagi. Mana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Seperti tradisi lalu, mereka yang bertanding akan berkempen dengan hebat untuk membuktikan keupayaan mereka dalam memimpin sebuah organisasi. Perang poster dan manifesto akan berkumandang di tempat-tempat strategik bagi mempromosikan calon-calon yang akan bertanding. Jentera-jentera calon juga tak kurang hebat dalam mempromosikan calon yang mereka sokong. Kadang, hingga lewat malam masih lagi ada yang ke sana ke mari untuk menampal poster dan banner semata-mata untuk mempromosikan calon idaman mereka. Cukup bersemangat.

Justeru, sebagai seorang mahasiswa, saya mengajak kepada saudara-saudari, rakan-rakan, sahabat-sahabat, ayuh kita sama-sama turun ke pusat pengundian calon di fakulti masing-masing pada 21 Februari 2011 (Isnin). Ambil lah bahagian dalam memilih kepimpinan yang mampu membawa perubahan ke arah yang lebih baik.

Apa pun, sebagai mahasiswa yang perihatin, disini saya ingin menyarankan kepada saudara-saudari tentang etika memilih pemimpin yang baik. Bagi memastikan kebajikan kita terpelihara dan kita juga boleh beroleh manfaat yang banyak daripada kemudahan universiti serta menjadi seorang mahasiswa yang berkualiti, ia sangat menuntut kita memilih seorang pemimpin yang berkaliber. Apa dia ciri-ciri seorang pemimpin yang berkaliber?

1. Komited melaksanakan tugas dengan sempurna
2. Bertanggungjawab terhadap tindakan yang diambil
3. Mampu membawa suara mahasiswa ke pentadbir
4. Terbuka untuk menerima teguran dan kritikan demi penambah baikan
5. Adil dan saksama dalam menilai pandangan
6. Tidak mengabaikan prinsip-prinsip agama dalam diri

Siapa yang kita akan pilih? Kita nilai sendiri pemimpin kita. Adakah mereka menepati kriteria diatas? Adakah mereka boleh membawa perubahan yang lebih baik kepada mahasiswa? Adakah mereka boleh menepati janji-janji yang ditabur? Hanya mereka yang berkemampuan sahaja yang layak jadi pemimpin. Maka pilihlah dengan baik.

The choice is in your hand.

Selamat mengundi kepada semua mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) daripada Kelab Iqra’.

‘Asim ‘Abdullah bin Ainullotfi,
Presiden,
Kelab Iqra’ tahun 2011,
Universiti Teknologi Malaysia.

Advertisement

Comments
1 Comments

1 comments

  1. apabila kita sudah menyokong seorang pemimpin,,don't ever n ever leave them without any supports. penyokong adalah tulang belakang setiap pemimpin..semoga kepimpinan di utm lebih ke arah yg baik..insyaAllah.. =)

    ReplyDelete