Home
Sinar Iqra'
apa panduan hidup kita?
apa panduan hidup kita?
by ::afni natasya::
|
posted: 4:56 PM
|
0
comments
Saya mempunyai satu pertanyaan yang ringkas buat anda semua.
“ apakah panduan arah anda? “
mungkin ada diantara kita yang akan menjawab,
“ peta rasanya.. kalau tidak kerana peta, kita akan sesat…”
Jawapannya adalah benar.. kita sememangnya akan merujuk kepada sesuatu yang akan membawa kita ke arah yang tidak mengelirukan dan juga yang akan meyakinkan. Bukankah sememangnya begitu?
Sememangnya telah menjadi fitrah bagi manusia, kita semua untuk mencari satu panduan yang akan membawa dan juga membimbing kita semua kearah yang amat benar. Semua manusia baik yang muslim mahupun bukan muslim tidak ingin untuk berada di atas jalan yang salah dan juga menyakitkan. Umpamanya, jika seseorang yang sedang dalam keadaan keliru ketika berjalan jauh, pastinya akan merujuk kepada seseorang dan juga peta untuk mengetahui arah jalan yang benar.
Manusia seperti kita ini yang lemah tidak akan menolak sesuatu yang akan memberikan kebaikan dan juga keuntungan terhadap dirinya. Segala yang baik akan diambil dan yang buruk akan di buang jauh-jauh. Sudah semestinya begitu. Begitu juga mahasiswa seperti kita akan menerima bantuan kewangan daripada sesetengah pihak untuk menyambung pelajaran. Fitrah manusia tidak akan pernah menolak yang baik untuk dirinya.
Percayakah kalian bahawa Al- Quran merupakan peta hidup kita didunia. Lebih-lebih lagi sebagai insan yang muslim. Al-Qur'an sebagai kitab suci umat Islam adalah sumber hukum Islam yang pertama kerana merupakan firman Allah yang disampaikan pada Nabi Muhammad SAW. Kerana tidak semuanya dinyatakan secara zahiriah, terdapat pelbagai tafsiran tentang isi-isi Al-Qur'an namun tidak ada yang saling bertentangan. Kitab yang kita baca ini adalah untuk memberikan cahaya disepanjang perjalanan kita diatas muka bumi ini. Kalam Allah yang mulia ini sangat penting sebagai panduan pertama umat islam dan diikuti pula oleh As- Sunnah. Al-Quran ini telah lengkap dengan segala peraturan dan juga panduan dalam jalan yang kita lalui ini. Kandungan yang meliputi syariah, aqidah dan juga akhlak. Mari kita lihat satu persatu ;
Tahukah anda bahawa Al-Quran juga berfungsi sebagai manual hidup kita. Manusia ini ibarat robot dan juga mesin yang mempunyai manual untuk hidup dan juga bagaimana ia berfungsi. Setiap barang ataupun gadget yang kita beli, semestinya akan disertai bersama buku manual. Begitu juga dengan manusia seperti kita ini. Kita semua dicipta dan juga terdapat buku manual yang amat cantik, tersusun dan juga sempurna. Iaitu Al – Quran. Tanggungjawab yang kita bawa sebagai khalifah dan juga hamba adalah berat. Oleh yang demikian, manual telah disediakan oleh Sang Pencipta bagi kita melihat dan juga merujuk kembali akan perjalanan hidup kita ini. Jika perjalanan yang kita ambil selama ini agak tersasar maka, kembali kepada Al –Quran dan juga As-Sunnah adalah jalan terbaik. Kembali kepada manual kita sebagai manusia dan juga insan biasa yang berselerakan di atas muka bumi ini.
Perbezaan teori manusia dan juga Quran.
Jika direnung kembali sejarah, Al-Quran telah mematahkan teori-teori sains yang dibuat oleh barat yang bertentangan dengan agama dan juga kandungan dalam AL-Quran. Sebagai contoh, Pemikiran dan penulisan sains dalam tamadun barat telah membuat andaian yang salah tentang pecambahan suatu anak benih. Perbezaan yang jelas ketara juga dapat dilihat dan dirungkai diantara fahaman barat dan juga fahaman islam.
“Plant has a vegetative soul , that refer to a source of a plant ability to absorb nourishment , to grow and to reproduce itself." (Aristotle,1500 : chapter 4)
Kenyataan diatas mengenai tanggapan tokoh barat yang terkenal,Aristotle yang mana telah mengkaji benda hidup. Beliau telah mengelaskan benda hidup kepada tiga bahagian yang besar(kingdom) . Iaitu vegetable , human dan animal . Berdasarkan kajian Aristotle, tumbuhan mempunyai satu ‘semangat’ yang dapat menghasilkan dirinya sendiri.
Berbeza pula dengan islam di mana Allah s.w.t. telah menyebut dalam Al – Furqan (Al – Quran) dalam surah An Nahl.
“Dengan air hujan itu Dia menumbuhkan untuk kamu tanam- tanaman , zaitun,kurma , anggur , dan segala macam buah-buahan.Sungguh , pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda bagi orang yang berfikir." ( An Nahl : 11)
Begitu juga dengan isu yang amat panas dan juga telah dipercayai oleh sekalian manusia tentang evolusi manusia, Teori Darwin. Charles Darwin telah melahirkan satu teori yang mengejutkan tentang kewujudan manusia yang di terangkan dalam satu buku “The Origin of Species” . Beliau berpendapat bahawa segala makhluk yang ada di atas muka bumi ini berasal daripada satu makhluk. Peredaran zaman dan waktu menjadikan makhluk yang satu itu berkembang dan mengalami satu evolusi dari satu tahap ke tahap yang lain.Selain itu juga, yang lebih menarik perhatian dunia ialah evolusi menyebabkan beruk menjadi manusia.
Beliau membawa bukti melalui kesamaan dari peringkat embrio hingga ke peringkat fetus bagi beruk dan juga manusia. Keduanya,dilihat dari sudut kebolehan untuk menjenis organisma dalam kelas – kelas tertentu mengikut keturunan.
Di sini,segala teori telah disangkal penuh oleh ajaran islam. Segala pendapat Darwin tidak lngsung berkait rapat dengan apa yang telah tercatat dalam Kitabullah(Al – Quran) dan juga hadith. Atas kajian ilmuan islam dan juga dalil(bukti) daripada Al – Quran dan hadith,dapat dilihat bahawa asas kewujudan manusia itu adalah daripada tanah.Tercipta manusia pertama iaitu Nabi Adam A’laihissalam,mulalah manusia itu berkembang biak di atas muka bumi. Kejadian manusia telah diterangkan oleh Allah s.w.t. dalam Kitabullah.
“Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia dari saripati yang berasal daripada tanah." (Al mu’minun:12)
Diterangkan proses seterusnya dalam ayat berikutnya.
“kemudian Kami menjadikan air mani (yang disimpan) dalam tempat
yang kukuh(Rahim)” (Al –Mu’minun:13)
Disambung pula dengan ayat yang seterusnya.
“kemudian air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat ,lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging ,dan segumpal daging itu Kami jadikan Kami jadikan tulang belulang , lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian , Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain. Maha suci Allah , Pencipta yang paling baik." (Al – Mu’minun : 14)
Teori evolusi yang rapuh ini secara tersurat malah tersirat dapat langsung dilumpuhkan melalui perbandingan yang nyata antara manusia dan juga haiwan.Kenyataan bahawa manusia mempunyai akal fikiran yang dapat menilai segala tindak tanduk sesuatu dan juga dapat membezakan antara yang baik mahupun yang tidak baik. Berlainan pula dengan haiwan yang hanya memiliki otak dan bukannya akal fikiran untuk berfikir. Hal ini juga telah lama di buktikan melalui kaedah sains moden mahupun tradisional. Allah s.w.t. juga berfirman dalam surah At –Tin ayat keempat;
“ Sungguh,Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik - baiknya”
Kita sememangnya dapat lihat disini bahawa Al-Quran sangat lengkap dan juga memenuhi setiap pertanyaan tentang alam dan juga manusia. Penerokaan terhadap Al-Quran akan membuka mata kita semua tentang alam termasuk diri kita sendiri. Teori Big Bang oleh Albert Einstein juga merupakan kajian beliau terhadap Al-Quran. Terlalu banyak yang telah kita semua terlepas dalam penerokaan Al-Quran.
Bagi umat islam, mentadabbur Al-Quran dan juga memahami setiap makna disamping membaca sangat penting dan juga amat membantu muslim tentang segala ilmu. Duniawi, juga ukhrawi. Oleh yang demikian, ingin sekali saya mangajak kalian semua untuk datang dekat dan juga merapatkan diri dengan Al-Quran. Kerana Al-Quran adalah merupakan kalam Allah yang amat berharga dan juga sangat bernilai. Itu adalah salah satu bukti cinta dan juga hadiah daripada Allah terhadap hambaNya. Mari kita lebih merapatkan diri dan juga mengambil Al-Quran sebagai teman rapat malah lebih dekat daripada sahabat kita.
Artikel oleh: Nurul Husna Ahmad Sahimi
0 comments:
Post a Comment