Buat diri-diri yang masih sendiri



Buat diri-diri yang masih sendiri 
Dan mencari-cari

Bersabarlah, yakinlah 
Di sebalik keseorangan itu
Punya hikmah yang hanya 
Allah sahaja yang mengetahui

Meski waktu terus berlalu 
Tapi tak ada orang meminang
Namun tidak bermakna 
Penantian itu adalah sia-sia

Saat perjalanan dalam kehidupan ini
Adalah pencarian hakikat diri
Justeru itu gunakan waktu itu 
Sebaik-baiknya

Muhasabahlah diri kita
Tarbiyahlah diri kita dan perbaikilah diri kita
Moga, ada sinar telus 
Yang menanti di akhir sinar itu

Besabar dan berdoalahlah 
Agar kita diperteguhkan iman 
Sehingga sampai 
Saat kita itu dipinang 

Dan sesungguhnya kita tidak sendiri 
Kerana Dia sentiasa di sisi kita
Yakinlah Allah sentisa bersama dengan kita
Dengan ganjaran Allah di sana nanti

Kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui 
Apa yang terbaik untuk kita 
:)

Advertisement

Comments
2 Comments

2 comments

  1. berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul...
    kerna takdir yg akan menetukan impian kasih..-inteam-

    ReplyDelete