Home
Isu Semasa
Aku sebuah coklat ekslusif
Aku sebuah coklat ekslusif
by Abdullah Umar
|
posted: 11:58 AM
|
0
comments
Karya : Tuah Mohd Bakheet
Siapakah aku?
Aku ini cuma sebuah coklat. Produk tempatan. Tapi bukan sebarangan coklat, bukan sebarangan jenama. Aku adalah coklat yang ekslusif! Jadi boleh agak la betapa sedapnya aku. Dan betapa cantiknya bentuk badan aku diperbuat. Kiranya tak perlu cerita, memang seangkatan dengan Ferrero Rocher, Toblerone dan sebagainya (angkat bakul).
Dipendekkan cerita; betapa sedapnya aku, betapa cantiknye aku, aku cuma seorang coklat. Aku diciptakan, aku ada tuan yang menciptakan aku. Dialah yang jadikan aku secantik ni, sesedap ni (macam la aku penah rasa diri sendiri). Jadi aku bersyukur sangat sebab tuan aku buat dari awal sampai la ke peringkat pembungkusan, dengan sangat baik!
Sesuai dengan ke-ekslusif-an aku, aku dibungkus dengan sangat cantik - bungkusannya tebal, besar dan nampak istimewa. Kat mana-mana pun aku dijual, semua orang memerhatikan aku. Mereka nampak kagum dan tertarik untuk membeli aku. Alhamdulillah, mereka kata packaging aku memang sesuai dengan rasa aku - sedap! Berbaloi-baloi walaupun harga agak mahal. Wah, bangganya rasa hati aku.. hehe.
Suatu hari, aku dibawa ke satu tapak ekspo di luar negara untuk mempromosikan produk tempatan kat sana. Seronok sangat sebab kami tak perlu pakai passport! Wawawa (gurau je). Kat sana banyak terdapat gerai-gerai, jual bermacam-macam benda. Tapi mengikut kawasan la. Produk-produk elektonik ada kawasan mereka. Yang jenis makanan, ada kawasan mereka.
Aku yang tergolong dalam kategori produk IKS ini, ditempatkan di satu kawasan. Kemudian yang mana menjual coklat, gerai mereka diletakkan sederet.
Jadi, nampak grand sangat - memanjang gerai coklat. Wah!! Excited sangat sebab itu kali pertama aku join 'perhimpunan coklat-coklat' macam ini. Dapat jumpa ramai kawan baru. Dari Kelantan ade, Ganu ade, Kedah pun dok ada. Tapi kami cuma borak bisik-bisik saja la, takut pengunjung dengar.. haha. Dah la tak boleh nak bergerak. Nanti lagi la pengunjung terkezut!
Seperti yang kujangka terjadi, ramai kawan-kawan secoklat aku memuji - aku cantik. Dan pengunjung pun nampaknya tertarik dengan aku, berbanding yang lain. Huhu, bersyukurnya!
Tapi.. kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Rupanya ada coklat yang tak puas hati dengan aku. Mereka geram sebab mereka tak laku! Owh.. bila aku lihat sekeliling, baru la aku sedar - kami sangat berbeza. Patut la mereka tak puas hati.
Ada coklat yang terdedah macam tu saja. Jarang nampak orang beli. Ada coklat yang bungkusan dia simple sangat. Ada pula bungkusan yang nipis, kecil pun ade. Yang paling pelik, ade bungkusan yang transparent - macam tak bungkus saja. Dah boleh nampak macamana bentuk coklat itu. Jadi, tak suprise la nanti. Semua orang dah nampak. Dari segi strategi pemasaran, tak berkesan la macam tu.
Jadi aku pun ambik peluang borak-borak dengan mereka. Coklat A cakap, dia geram betul dengan tuan dia sebab tak ditutup. Terdedah macam tu saja. Dia kata, kalau la diikutkan dia nak sangat dibungkus cantik dan istimewa macam aku. Tapi apakan daya, dia cuma sebuah coklat. Tiada kemampuan untuk itu.
Yang lain pun cakap benda yang sama. Mereka benci sangat dibungkus ala kadar seperti itu. Nanti orang ingat dia coklat yang murah, tak menarik, tak istimewa. Padahal orang belum pun rasa lagi. Mereka kata nak sangat dibungkus seistimewa aku. Dilayan seistimewa aku, bagaikan satu penghormatan. Tapi apakan daya, mereka cuma sekadar coklat.
Dalam hati aku berkata, "Ya Allah, bersyukurnya aku dijadikan sebegini rupa. Diihormati sebaik ini hanya kerana aku dilitupi dengan sangat baik dan istimewa. Dan aku sangat simpati dengan kawan-kawan sejenis aku aku yang kurang bernasib baik. Namun apakan daya, kami cuma sekadar coklat.
Oleh itu, aku ingin berpesan kepada golongan manusia di luar sana. Hargailah diri anda. Kerana anda mampu melitupi tubuh anda, mengikut kemahuan anda! Terutamanya wanita, anda boleh memilih untuk memakai tudung yang ala kadar saja, yang nipis saja, yang kecil saja, atau yang senang pakai saja. Ataupun, anda nak memiilih tudung labuh sedikit, yang tebal sedikit, dan yang 'ekslusif' sedikit. Istimewakan diri anda! Semuanya ditangan anda. Bukan seperti kami, cuma sekadar coklat..
0 comments:
Post a Comment