Syukur yang dilupakan
by Asim Abdullah
|
posted: 3:37 PM
|
0
comments
Bismillah..
Hari ini..
kita masih mampu mengerdipkan mata, masih mampu bernafas dengan lancar, masih mampu berjalan ke sana ke mari..
masih..masih..masih..
Ahh..banyaknya benda yang kita masih boleh lakukan tanpa mengeluarkan bayaran!
Syukur Yang Dilupakan..
Hari isnin, kita dapat keputusan exam
Waa..kita dapat apa yang kita dah target
Alhamdulillah3..ucap kita dalam hati..
itu biasa..
Hari selasa, ayah kita bagi kita duit poket lebih
Waa..sukanya!
Alhamdulillah3..ulang-ulang kita ucap dalam hati
itu biasa..
Hari rabu, tiba-tiba kereta kita rosak tepi jalan
Syukur, ada seseorang yang baik hati datang menghulurkan bantuan
Alhamdulillah..kita panjatkan kesyukuran yang tak terhingga
itu juga biasa..
jadi apa yang tak biasanya?
suatu pagi..
saat kita terjaga dari tidur..
kita pun cakap..
"Alhamdulillah..hari ini masih ada. mata masih boleh melihat, telinga masih boleh mendengar, mulut masih boleh bercakap, tangan dan kaki masih boleh bergerak.."
jujur. berapa ramai dari kita yang benar-benar mensyukuri nikmat fizikal dan kesihatan ini melainkan bila hari kita ditimpa sakit?
kadangkala dalam kehidupan ini, kita terlalu mengharap benda yang tidak ada
lalu, mudah benar kita melupakan apa yang sudah ada dengan kita..
mata,telinga,hidung,kaki,tangan..
jarang benar kita mengucapkan syukur atas nikmat yang tidak terhingga ini..
kita hanya benar-benar merasai betapa besarnya nikmat mata
bila kita diserang sakit mata
waktu itu, nikmat-nikmat dunia yang selama ini kita kejar seperti keluar shopping, tengok tv dan macam-macam lagi sudah tidak terasa nikmat
kerana apa?
hanya kerana sepasang mata..
yang tak pernah kita ucapkan syukur selama ni..
Syukur dan Taat..
ayuh..
mari kita muhasabah diri kita..
terlalu banyak nikmat yang Allah berikan buat kita tanpa perlu kita membayarnya..
ya..syukur itu bukan sekadar lafaz
tetapi lafaz itu sebagai satu tanda.
tanda yang kita ini menyedari akan nikmat-nikmat yang Dia kurniakan
lantas kita balasi juga semua nikmat itu dengan taat akan perintahNya..
matamu itu..peliharalah ia dengan menjaga penglihatan dari perkara-perkara yang diharamkan
telingamu itu..jagalah ia daripada mendengar perkara keji dan sia-sia
bibirmu itu..sucikanlah ia dengan mengajak manusia ke arah kebaikan..
semua itu..
ya,semua anggota fizikalmu itu.. tuntunlah ia ke arah sesuatu yang akan mendekatkan dirimu dengan syurga..
"Dan Dialah yang menciptakan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur"
[23:78]
*mari menuju syurgaNya, insyaAllah..:)
0 comments:
Post a Comment