Bismillahir Rahmanir Rahim,
Tapi itukah tujuan Allah mengkhususkan bulan Ramadhan untuk berpuasa? Supaya di sambutnya syawal dengan gilang-gemilang? Sudah tentu tidak, bukan? Sudah tentu ia satu bulan tarbiyyah yang Allah khususkan untuk kita untuk terus tambahkan ketaqwaan kita kepada Allah.
"Wahai orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa (ramadhan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertaqwa." [2 : 183]
Bukankah konklusi terakhir firman Allah di atas supaya kita berTAQWA?
Kalau itulah tujuan berpuasa dan juga kedatangan Ramadhan, maka ayuh kita berusaha untuk persiapkan diri. Ambil peluang yang Allah berikan ini untuk kita terus dekatkan diri dengan-Nya.
Tak perlu kita nak jadi seperti 'BIASA' tapi jadilah insan yang 'LUARBIASA'. Yang berusaha untuk mencari redha Allah dalam segenap kehidupan kita.
Tinggal 26 hari lagi dan 26 hari ini boleh sahaja dimanfaatkan dengan baaanyak perkara bermanfaat. Boleh juga jadi bekalan dan persiapan untuk bulan Ramadhan. Supaya bila tibanya Ramadhan, kita sudah berada dalam gear 4 atau 5 bukan lagi baru nak bermula.
Ayuh, kita mulakan hari ini. Mulakan sekarang. Jadikanlah Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelum ini. Jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai titik-tolak perubahan yang besar dalam hidup kita. Semoga Allah terima segala usaha-usaha kita, insya Allah.
"Ramadhan...bermulanya satu perubahan!"
0 comments:
Post a Comment