Menghayati Peristiwa Agung: Israk dan Mikraj
    										 by  muizzah
|
   											 posted: 10:31 AM
|
0
comments
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT  dengan limpah kurnianya masih diberikan dua nikmat yang besar iaitu nikmat  Iman dan Islam.    
Kesempatan di bulan Rejab ini, Kelab Iqra' UTM ingin mengucapkan selamat menghadapi  peperiksaan kepada seluruh mahasiswa/wi IPTA diseluruh  Malaysia. 
Di samping kesibukan dalam menghadapi peperiksaan marilah kita  sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan  Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu  peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.
Firman Allah SWT,
Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya  (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid  Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk  memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami.  Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1
Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah  Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW  iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi  Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid  Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis,  Palestin.
Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Jom! kita sama-sama menghayati peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab yang bakal menjelang tiba. Apa  yang lebih penting adalah kita hendaklah menghayati pengajaran di  sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan  menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang  memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya  memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan  takut akan kekuasaan-Nya.
0 comments:
Post a Comment