Rasulullah S.A.W telah bersabda:
Tangisan yang Dikasihi ALLAH
by muizzah
|
posted: 10:41 AM
|
0
comments
Dalam dunia hari ini ramai orang
menangis, sedih mengenangkan kematian orang tersayang, kecewa dengan kekasih
hati, gagal dalam peperiksaan,
kehilangan harta benda dan sebagainya. Namun sedikit sekali yang menangis
kerana takutkan ALLAH, menangis mengenangkan hari akhirat, gerun akan neraka
dan rindu pada syurga-NYA. Kebanyakan manusia hari ini menangis kerana hal-hal
yang bersangkutan dengan kepentingan duniawi semata-mata. Alangkah ruginya air
mata yang dicurahkan sedangkan tiada nilainya sedikit pun di sisi ALLAH S.W.T.
Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Bahawa tidak
akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada
air susu kembali ke tempat asalnya."
Pernah berlaku dalam sejarah
islam, seorang khalifah yang cukup terkenal dengan sifat warak dan zuhudnya
iaitu Khalifa Umar Abdul Aziz. Ketika beliau bermunajat kepada ALLAH pada suatu
malam di tingkat atas bangunan kerana terlalu takut akan nasibnya di akhirat
kelak, beliau sujud kepada ALLAH sambil menangis sehingga titisan air matanya
menitik ke bangunan bawah melalui celahan lubang lantai. SubhanALLAH!
Alangkah bertuah dan beruntungnya
orang-orang yang menangis kerana takut kepada tuhannya kerana mereka akan
mendapat jaminan rahmat dan pengampunan-NYA malah mendapat ketenangan jiwa
lahir dan batin. Sebatu kita mendekat kepadaNYA sejengkal Allah rapat kepada
kita. Semakin banyak menangis jiwa semakin tenang, iman semakin menebal dan
mantap.
Firman
Allah dalam surah Al-Ra’d 13:28:
“ Sesungguhnya
hanya dengan mengingati Allah hati akan
menjadi tenang ”
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul
Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat
nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan
untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada
rambut-rambut matanya berkata:
"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau
Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada
Allah S.W.T, maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka dan
sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni
hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut
yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S
mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.
Di akhirat kelak, orang yang
terlalu gembira ketika hayatnya akan menangis kerana menyesal akan dirinya yang
tidak beramal, yang mampu ketawa dan senyum di saat orang lain menangis. Sabda
rasulallah SAW “setiap mata akan menangis di hari kiamat melainkan mata yang
telah menangis kerana takut akan ALLAH dan mata yang celik kerana berjaga untuk
berjihad fisabilillah. Sesungguhnya titisan airmata yang jatuh kerana ALLAH
nilainya sama dengan titisan darah yang tumpah di medan peperangan kerana jihad
di jalan-NYA..SubhanALLAH..
Sama-samalah kita bermuhasabah
dan perbaiki diri ke arah kehidupan yang lebih diredhai oleh ALLAH sebelum
malaikat maut menjemput kita untuk menghadapNYA. Kejarlah kehidupan akhirat insyaAllah kehidupan dunia juga akan turut
serta di ’belakang’ kita..=)
Bila
hati diserah kpd Allah,
Tiada
resah tiada gelisah,
Bila
apa yg diburu hnya demi mardhotillah,
Hilang
rasa gundah hidup rasa indah,
Bila
benih cinta disemai dahulu pada Yg Esa,
Barulah
akan menyusul cinta tulus sesama hamba,
Pergilah
duka, Hapuslah kecewa
Kerna
bahagia InsyaAllah akan tiba,
Di
dunia juga di akhirat sana,
Dgn
syarat Iman dan Taqwa,
Kukuh
disemai tersemat di jiwa,
Amal
soleh bukti setia,
Seorang
hamba kpd Rabbnya.
Wallahualam.
-cahaya satu-
0 comments:
Post a Comment