Amal mana yang diterima?


 Pagi itu, Nobita nak naik bas pegi Kolumpo. Dia sesorang je.

Sebelum naik bas, Nobita sempat solat Dhuha dan dia ingat nak 'simpan' air wudhuk sebab nak baca al-Quran nanti dalam perjalanan. Itu la rutin yang biasa dia buat sebelum terlelap, bila berjalan jauh-jauh naik bas.

Hari tu seat dalam bas nampak penuh. Seat Nobita lak kebetulan kat depaaaan sekali. Lama dia duduk sambil belek-belek al-Quran, tetiba seorang nenek Chinese kelihatan nak naik bas. Terketar-ketar tangan dia, sesorang je nak menaiki satu demi satu tangga bas. Nampak susaaaah sangat. Nobita lak betul-betul kat depan nenek tu.

Cuma kalau dia tolong nenek tu, mesti tersentuh kulit sebab baju nenek tu lengan pendek jer. Nanti kang batal lak air wudhuk Nobita. Memang sah-sah la tak sempat dia nak lari balik cari tempat wudhuk semula. Kalau dah tade wudhuk, tade la dapat 25 kebaikan pahala bila baca al-Quran dalam bas nanti.

Ali bin Abi Talib mengatakan bahawa,"Setiap orang yang membaca Al-Quran dalam solatnya akan mendapat pahala 50 kebajikan untuk setiap huruf yang dilafaznya, membaca Al-Quran di luar solat dengan berwudhuk akan mendapat 25 kebajikan dan membaca Al-Quran di luar solat tanpa wudhuk pula akan mendapat 10 kebajikan."

Yang pastinye, membaca al-Quran dalam keadaan berwudhuk akan memperolehi ganjaran jauh berlipat kali ganda!

So cane?. Takkan nak tengok je nenek tadi bersusah-payah naik tangga bas, semata-mata nak jaga air wudhuk? Silap-silap boleh terjatuh dia nanti.. Bolehkah Nobita baca Quran dengan tenang lepas tu?

[Sekian, flashback saye]

Agak-agak kalau kita yang berada di tempat Nobita tu, ape kita nak buat? Ape pilihan kita? Nak tolong nenek tadi ke? Chinese kot.. Mungkin saje dia penganut agama lain. Jadi, buat ape nak tolong? - Jika beginilah pemikiran kita, fikir semula;

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Surah al-Mumtahah, 8)

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Nisa, 86)

“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda, “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda, “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Zarqa,“Bangun tersebut sebagai menggambarkan penghormatan dan kemuliaan, tiada kaitan dengan akidah jenazah tersebut.”  (Fatawa Mustafa al-Zarqa, m.s 356. Damsyik: Dar al-Qalam)

Tapi bagaimana lak kalau nak dibandingkan pertolongan itu dengan membaca al-Quran ngan berwudhuk? Itukan salah satu ibadah yang saaaangat Allah galakkan, dan besar ganjarannya..

Ooo, jadi tolong nenek tadi bukan ibadah ke??

Janganlah kecilkan skop ibadah kita hanya sembahyang, mengaji, berzikir dan seupamanya saja. Hatta mengalihkan ranting di tengah-tengah jalan, pun ibadah. Hatta senyum, pun ibadah - langsung tak guna kudrat.

Tengoklah pada keadaan.. Kita mungkin takkan melalui lagi keadaan seperti itu lepas ni (PELUANG tolong nenek tadi). Tapi nak baca al-Quran, bila-bila pun boleh. Bukannya kalau baca dalam bas, dapat (let's say) 10 kali ganda kebaikan dari baca kat tempat lain. So letak la dulu al-Quran kita, lakukan yang lebih memerlukan.

Sedangkan Rasulullah SAW sendiri pernah menekankan tentang ibadah-ibadah yang dianggap remeh, tetapi itulah kunci untuk kita diterima ke syurga;

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad (sabdanya), "Bahawa seorang perempuan pelacur telah melihat seekor anjing pada suatu hari yang cukup terik panasnya sedang berpusing-pusing mengelilingi sebuah perigi sambil menjelirkan lidahnya disebabkan dahaganya. Perempuan itu segera mengambil air perigi dengan sarung kakinya (yang diperbuat dan kulit kambing) dan diberi minum kepadanya. Dengan (perbuatan yang baik) itu Allah Taala mengampunkan dosanya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Wallahualam. Semoga dapat diambil sedikit ibrah dari apa yang telah tertulis di atas. Akhir kata, "Aku tak tahu amal mana yang Allah terima..." - As Syahid Imam Hassan al Banna.

Advertisement

Comments
1 Comments

1 comments

  1. yup...jangan kecikkan skop ibadat i2...nice quote,..thanx

    ReplyDelete