Mahasiswa dan Gejala Sosial


Alhamdulillah, pada 26 November ini Kelab Iqra akan membawakan seorang tokoh yang bukan calang-calang, iaitu Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj atau lebih mesra sebagai Dr Har sebagai penyampai untuk program Wacana Ilmu ke-5 yang bertajuk  Mahasiswa dan Gejala Sosial.
Beliau dilahirkan di Sungai Besar, Selangor. Kini bertugas sebagai pakar perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Beliau juga menjawat jawatan Ketua Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM).

Dr Har juga gemar melakukan khidmat masyarakat dan kerja-kerja sukarelawan selain menumpahkan khidmat sebagai pakar di hospital.

Selain itu, Dr Har pernah muncul di beberapa media. Antaranya sebagai tetamu jemputan di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini (WHI), Al-Kuliyyah dan Al-Hidayah di TV3, Keluarga di 9, Nasi Lemak Kopi O dan Halaqah di TV9, Selamat Pagi Malaysia (SPM) dan Fast Forward di RTM, Bersama Linda Onn di Astro. Dr Har juga merupakan panel berkala Wanita Hari Ini di radio IKIM, motivator di radio KL.fm dan kolumnis di majalah ANIQAH, Majalah 'i' dan media lain yang diterbitkan oleh Karangkraf.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar perkongsian dari Dr. Har....
 Semoga bermanfaat buat kita semua, insyaAllah :)

Untuk mengetahui biodata beliau dengan lebih lanjut, klik di sini.

Advertisement

0 comments:

Post a Comment