'Hiasan Hati....Ikhlas'


Bismillahirrahmanirrahim..

Ikhlas berasal dari kata dasar kha-la-so yang membawa maksud bersih atau suci. Menurut Ibnu al-Qayyim ikhlas ialah "mengesakan Allah yang Haq bertujuan hanya kepadaNya tanpa mempersekutukannya dengan sesuatu pun."
        
Seseorang yang ikhlas tidak akan menghiraukan pujian, sanjungan mahupun penghargaan dari manusia kerana kebergantungan dan kecintaanNya hanya semata-mata kerana Allah SWT. Nilai hatinya hanya untuk Allah tanpa mengambil kira bicara kata manusia. Hal ini bertujuan untuk meraih hubungan hatinya dengan Allah. Bahkan, dalam masa yang sama dia tidak mahu orang lain mengetahui  amal kebaikannya walaupun sebesar zahrah pun.  
         
Seseorang yang ikhlas diumpakan sebagai seekor semut yang berwarna hitam yang berjalan diatas waktu hitam diwaktu malam. sudah pasti kita tidak nampak bukan? begitulah sikap orang yang ikhlas ketika melakukan sesuatu amal ibadat kepada Allah.

Dan keikhlasan itu juga dapat dirasakan dari seketul daging didalam tubuh jasad anak Adam dan itu adalah qalbu (hati).
”Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” maksud Hadis.

Ingatlah!amat perlu bagi kita untuk menanamkan sifat ikhlas kerana ia dapat menghindari diri daripada segala penyakit yang mengotorkan hati. Selain itu, ibadat kepada Allah juga perlu diiringi dengan  rasa cinta dengan mengharapkan pertemuan dgnNya di hari akhirat kelak. Perasaan cinta itu perlu dipupuk agar terus kekal.

Firman Allah didalam Surah Al-Bayyinah, ayat 5 maksudhya: 
“Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepadanya.”

Firman Allah didalam hadis Qudsi yg bermaksud: 
“Bermula ikhlas itu satu rahsia daripada rahsia aku, aku taruhkan ia dihati hamba yang aku kasihi daripada hamba-hamba ku.”

Untuk mendapat ikhlas amat susah. Tetapi bila tidak ada ikhlas, ertinya tidak ada roh amal. Tidak ada nyawa ibadah. Walaupun manusia itu nampaknya hebat, di sisi Allah, tidak ada apa-apa nilai. Kosong. Ibarat habaan mansura yakni habuk-habuk yang berterbangan, hilang begitu sahaja. 

Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT: “Ya Allah jadikan kami orang yang ikhlas. Jadikan usaha kami kerana-Mu. Jangan diselit di hati kami selain-Mu. Pimpinlah kami wahai Tuhan. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Agar usaha-usaha kami tidak sia-sia. Amin. Ya Rabbal’alamin. Ya Mujibassailin, Wahai Tuhan yang menunaikan segala permintaan orang yang meminta.”

Sesungguhnya orang-orang yang ikhlas itu balasannya ialah syurga seperti sabda Rasulullah SAW: Allah SWT berfirman, “Aku menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang soleh (ikhlas), apa yang belum terlihat oleh mata dan belum terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati.” (Muttafaqun ‘Alaih)-
Waullahu 'Alam
 

 

Advertisement

0 comments:

Post a Comment