Redha..
by muizzah
|
posted: 8:36 PM
|
2
comments
Apa jua masalah dan cabaran yang menimpa kamu,
redhalah dan bersabarlah.
Ingatlah! orang mu'min itu beruntung,
kerana kita ada DIA yang senantiasa mendengar segala rintihan.
Melainkan orang yang melupakanNya, mereka akan rasa betapa sempitnya hidup ni,
tekanan yang dihadapi hari demi hari mematahkan semangat dan langkahnya.
tekanan yang dihadapi hari demi hari mematahkan semangat dan langkahnya.
Kerana itu, menjadikan syaitan berpeluang menguasai dirinya,
Itulah
lemahnya manusia yang alpa dan leka!
Yang hanya pentingkn dunia.
Yang hanya pentingkn dunia.
TAPI...
Mereka yang istiqomah bermujahadah dan hanya meletakkan ALLAH dalam hatinya,
Biarpun jatuhmahupun tersungkur,
Mereka cekal walau disapa ujian demi ujian,
Bahkan, dia
bersujud menangis,
Kerana mengertinya hakikat sebagai seorang hamba,
tandanya dia tidak pernah dilupakan olehNya.
Sedarlah dan mengertilah!!
Rahmat ALLAH dan pengampunanNya senantiasa terbuka untuk sekalian hambanya.
SAHABAT,
Andai DIA mulai bertapak di hati,
Janganlah pernah berputus asa untuk mendapat rahmatNYA.
Andai di hati,
Tiada rasa takut padaNya, segeralah menangisi hati yang telah mati,
kerana bukan butanya mata tetapi hati!
Beristighfarlah..
Kerana setiap saat dan ketikanya kita,
tidak pernah lekang dari sebarang noda dan dosa,
Sama ada yang secara TERANGAN mahupoun yang TERSEMBUNYI.
Wallahu A'lam.
moga ALLAH memberikan taufiq dan inayahNYA buat kalian semua. Aameen.
Kerana mengertinya hakikat sebagai seorang hamba,
tandanya dia tidak pernah dilupakan olehNya.
Sedarlah dan mengertilah!!
Rahmat ALLAH dan pengampunanNya senantiasa terbuka untuk sekalian hambanya.
SAHABAT,
Andai DIA mulai bertapak di hati,
Janganlah pernah berputus asa untuk mendapat rahmatNYA.
Andai di hati,
Tiada rasa takut padaNya, segeralah menangisi hati yang telah mati,
kerana bukan butanya mata tetapi hati!
Beristighfarlah..
Kerana setiap saat dan ketikanya kita,
tidak pernah lekang dari sebarang noda dan dosa,
Sama ada yang secara TERANGAN mahupoun yang TERSEMBUNYI.
Wallahu A'lam.
moga ALLAH memberikan taufiq dan inayahNYA buat kalian semua. Aameen.
Tips hafal quran SELAIN MEMBACA!
by Abdullah Umar
|
posted: 12:20 AM
|
1 comments
1. Kita mudah ingat sesuatu lagu walaupun bahasanya kita tak/kurang faham, kerana ia PENDEK, BERLAGU dan anda SUKAKANNYA.
2. Jadi, cari di Youtube sebarang potongan PENDEK bacaan ayat al-quran yang BERLAGU dan anda SUKA.
3. Muat turun sama ada melalui IDM, KeepVid (klip), SnipMP3 (mp3) atau lain-lain software.
4. Mainkan.. ULANG.. ULANG.. ULANG DAN ULANG sebagaimana anda selalu ulang lagu-lagu kegemaran.
5. Anda tak perlu ikut membaca pada awalnya, cuma DENGAR dan BERI PERHATIAN sambil melakukan tugasan seharian anda.
6. Ia pasti mengambil masa, bergantung kepada tempoh bacaan ayat-ayat tersebut, bilangan ulangan serta komitmen anda.
7. Akhirnya sampai suatu masa anda akan turut boleh sama-sama melagukan ayat-ayat tersebut, tanpa merujuk 'liriknya' pun lagi. Sama seperti anda hafal lagu-lagu kegemaran, kan?
8. Kini, anda perlu MERUJUK AL-QURAN untuk melihat serta memastikan bacaan anda adalah betul.
9. Eh, anda sudahpun menghafal potongan ayat-ayat tersebut! Tahniah.
10. Betulkan niat, dan selamat mencuba!
Apabila PINTU HIJRAH diketuk..
by muizzah
|
posted: 4:49 PM
|
0
comments
Hijrah. Berubah. Satu perkataan
tapi mempunyai maksud yang sama. Sangat indah bagi mereka yang pernah
melaluinya. Susah nak dilakukan tetapi tidak mustahil untuk dilaksanakan. Nak
tinggalkan benda2 lagha yang yang
pernah dibuat dulu macam satu penyeksaan. Tapi itulah harga sebuah
penghijrahan.
Apabila PINTU HIJRAH diketuk. Bukalah seluasnya..Allah buka hati untuk berubah adalah sesuatu yang
tersangat bagus! Nikmat yang hebat! Manisnya tidak terungkap! Bukan senang nak
dapat dan bukan semua orang dapat. Itu tandanya Allah sayangkan
kita..alhamdulilah masih diberi peluang. Rebutlah! Gengamlah sekuat-kuatnya.
“ Manusia boleh berubah dengan
apa jua cara, disebabkan kerana apa juga keadaan
yang berlaku.
Boleh jadi berubah kerana
musibah, boleh jadi kerana dipimpin orang tersayang, boleh jadi kerana tersedar
sendiri dari lena panjang, boleh jadi kerana tersentuh oleh ayat-ayat Allah di
dalam al-Quran.
Namun yang nyata Allah jugalah
yang mengetuk pintu-pintu itu untuk berubah. Untuk lebih mengingatiNya.
Tidak hanya bertitik noktah
pada solat lima waktu dan puasa Ramdhan, tetapi lebih daripada itu.
Dan bila begitu, apa yang
hendak rugi? Memang dengan sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan
menjadi tenang.
Biar apa yang melanda dapat
diterima dengan lapang.
Mengingati Dia di waktu susah
dan senang.
Apabila hati telah diketuk
begitu, hanya terpulang kepada diri untuk buka pintu itu atau tidak.”
Dugaan. Hakikatnya memang banyak ujian dan cubaan bila kita dalam proses
untuk berubah atau berhijrah. Kritikan orang takkan pernah habis. Apa yang
orang tak tahu, kita sedang berperang dengan diri sendiri. Usaha untuk
tinggalkan jahiliyyah tu memang bukan sesuatu yang mudah seperti mengunyah
‘kacang’. Jangan cepat melatah dengan ‘usikan atau jentikan’ manusia tapi
utamakan pandangan DIA yang maha pencipta.
Jangan menyerah sebelum berjuang. Bukan pandangan manusia semata yang dicita tapi pandangan Allah yang lebih utama. Ikhlaskan niat..berhijrah kerana-NYA. Jadi, untuk berubah tu perlu stage by stage..sikit demi sikit..baru berkesan..In shaa Allah.
Apa yang penting, kita berusaha untuk berubah.
Usaha untuk berubah ke arah yang lebih baik ada dan kita nekad untuk pergi ke
arah itu..itu yang Allah pandang, In shaa Allah. Masih belum terlambat untuk
berubah. Better late than never. Moga
Allah redha.
Waallahu’alam.
-Cahaya satu,UTM-
KEPUTUSAN survey tahap penguasaan & pembacaan di kalangan Al-Quran warga UTM
by Abdullah Umar
|
posted: 5:16 PM
|
2
comments
Munurut laman facebook rasmi UTM, pada ketika ini terdapat sekitar 2,000 staf akademi; lebih 15,000 pelajar under-graduate; lebih 8,000 pelajar post-graduate serta kira-kira 6,000 pelajar program jarak jauh (Space UTM) dengan lebih 2,000 daripadanya adalah pelajar antarabangsa.
Sehubungan dengan itu, Kelab Iqra' UTM merasa terpanggil untuk menjalankan suatu kajian selidik atau survey mengenai 'Tahap penguasaan dan pembacaan Al-Quran di kalangan warga UTM'. Alhamdulillah, kajian ini yang bermula sejak 8 Oktober sehingga 26 November yang lalu, berjaya mendapat sambutan daripada 304 responden.
'Hiasan Hati....Ikhlas'
by muizzah
|
posted: 10:51 PM
|
0
comments
Bismillahirrahmanirrahim..
Ikhlas berasal dari kata dasar kha-la-so yang
membawa maksud bersih atau suci. Menurut Ibnu al-Qayyim ikhlas ialah
"mengesakan Allah yang Haq bertujuan hanya kepadaNya tanpa
mempersekutukannya dengan sesuatu pun."
Seseorang yang ikhlas tidak akan menghiraukan
pujian, sanjungan mahupun penghargaan dari manusia kerana kebergantungan dan
kecintaanNya hanya semata-mata kerana Allah SWT. Nilai hatinya hanya untuk
Allah tanpa mengambil kira bicara kata manusia. Hal ini bertujuan untuk meraih
hubungan hatinya dengan Allah. Bahkan, dalam masa yang sama dia tidak mahu
orang lain mengetahui amal kebaikannya walaupun sebesar zahrah pun.
Seseorang yang ikhlas diumpakan sebagai seekor
semut yang berwarna hitam yang berjalan diatas waktu hitam diwaktu malam. sudah
pasti kita tidak nampak bukan? begitulah sikap orang yang ikhlas ketika
melakukan sesuatu amal ibadat kepada Allah.
Dan keikhlasan itu juga dapat dirasakan dari
seketul daging didalam tubuh jasad anak Adam dan itu adalah qalbu (hati).
”Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” maksud Hadis.
Ingatlah!amat perlu bagi kita untuk menanamkan
sifat ikhlas kerana ia dapat menghindari diri daripada segala penyakit yang
mengotorkan hati. Selain itu, ibadat kepada Allah juga perlu diiringi dengan
rasa cinta dengan mengharapkan pertemuan dgnNya di hari akhirat kelak.
Perasaan cinta itu perlu dipupuk agar terus kekal.
Firman Allah didalam Surah Al-Bayyinah, ayat 5
maksudhya:
“Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepadanya.”
Firman Allah didalam hadis Qudsi yg bermaksud:
“Bermula ikhlas itu satu rahsia daripada rahsia aku, aku taruhkan ia dihati hamba yang aku kasihi daripada hamba-hamba ku.”
Untuk mendapat ikhlas amat susah. Tetapi bila
tidak ada ikhlas, ertinya tidak ada roh amal. Tidak ada nyawa ibadah. Walaupun
manusia itu nampaknya hebat, di sisi Allah, tidak ada apa-apa nilai. Kosong.
Ibarat habaan mansura yakni habuk-habuk yang berterbangan, hilang begitu
sahaja.
Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa kepada
Allah SWT: “Ya Allah jadikan kami orang yang ikhlas. Jadikan usaha kami
kerana-Mu. Jangan diselit di hati kami selain-Mu. Pimpinlah kami wahai Tuhan.
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Agar usaha-usaha kami tidak sia-sia.
Amin. Ya Rabbal’alamin. Ya Mujibassailin, Wahai Tuhan yang menunaikan segala
permintaan orang yang meminta.”
Sesungguhnya orang-orang yang ikhlas itu balasannya ialah syurga seperti sabda Rasulullah SAW: Allah SWT berfirman, “Aku menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang soleh (ikhlas), apa yang belum terlihat oleh mata dan belum terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati.” (Muttafaqun ‘Alaih)-
Sesungguhnya orang-orang yang ikhlas itu balasannya ialah syurga seperti sabda Rasulullah SAW: Allah SWT berfirman, “Aku menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang soleh (ikhlas), apa yang belum terlihat oleh mata dan belum terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati.” (Muttafaqun ‘Alaih)-
Waullahu 'Alam
Salam Maal Hijrah 1434/ 1 Muharram
by muizzah
|
posted: 1:06 PM
|
1 comments
Bismillahirrohmanirrohim.
Salam
menyambut Maal Hijrah tahun baru Masihi (1434) pada Khamis 15 November 2012,
dan 1433 hijrah akan pergi meninggalkan kita. InsyaAllah.
Alhamdulillah
kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat
dari Maha Pencipta Sekalian Alam. Apakah azam kita pada tahun baru ini??
Mungkin ada antara kita yang terlupa dengan tahun baru hijrah kerana terleka
dengan kehidupan yang sementara ini. Apapun marilah kita sama-sama
ingat-mengingati dalam perkara kebaikan.
“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. [Surah Al-Asr: 1-3]
MUHARAM adalah
bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’
atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau
pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan
Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan
itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi
dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharam sebagai bulan Allah
(shahrullahi).
Sandaran yang
dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan
kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya
melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk-makhlukNya.
Daripada Al-Hassan
Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun
baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharam. Tidaklah kedapatan bulan yang
lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan
bulan Muharam. Ianya dinamakan
bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
Peristiwa-peristiwa
penting:
1 Muharam- Khalifah
Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan hijrah.
10 Muharam- Dinamakan
juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak tejadinya peristiwa penting yang
mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang tabah bagi menegakkan keadilan
dan kebenaran.
Sahabat yang
dimuliakan,
Jangan lupa untuk
membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) supaya
kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah
SWT,Insya-Allah.
Doa Akhir tahun, pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.
Doa awal tahun, pada selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam
Doa Akhir tahun, pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.
Doa awal tahun, pada selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam
Sentiasa pegang dalam diri dan hati kita, bukan
mudah untuk mencari yang berkah. Harus diteliti sentiasa setiap tindakan moga Allah SWT
tidak menjadikan kita dalam golongan yang menentukan nasibnya sendiri.
Sesungguhnya kita tidak mampu untuk berjalan di bumi tanpa taufiq dan hidayah
dariNya. Bersabarlah dalam mencari barokah. Kerana redha Allah itu tersangat indah. Ingatlah!
setiap saat di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak. Wallahua'lam..
Recent Comments