Palestin: Silent Is Not An Option



Sejarah Palestin dan Al-Quds adalah sejarah risalah dan perjuangan para rasul, yang diterima dari satu nabi kepada nabi yang lain dan satu dari satu risalah ke risalah yang lain hingga yang terakhir risalah nabi Muhammad saw yang diterima daripada seluruh nabi pada puncak pertemuan di langit yang penuh keberkatan. 

Di hadapan pintu-pintunya gugur syahid para pejuang dan pahlawan dan di sekelilingnya melahirkan para pejuang yang beriman. Di hadapan pintunya sentiasa berlaku pertarungan sengit yang berpanjangan antara kebenaran dan kebatilan yang kadang-kadang kebatilan menang pada awal pertarungan namun pada akhirnya kebenaran akan memenangi dalam pertarungan ini. 


Dan inilah janji yang pasti dari Allah Pengatur alam ini.

Beberapa kepastian yang wajib kita yakini ialah;

  • Kepentingan mengambil peduli tentang isu Palestin dan Al-Quds sepertimana mengambil peduli akan hal-hal ahli keluarga sendiri.
  • Masalah Palestin ialah masalah setiap orang islam, menolongnya dan mempertahankannya adalah wajib walau apa jua cara sekalipun.
  • Bekerjasama dengan Zionis dan orang-orang yang bersekutu dengan mereka serta berurusan dengan mereka, bererti memerangi Allah, agama dan umat Islam, berdasarkan firman Allah: فَلْيَحْذَرْ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ “ Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih”. (An-Nuur:63)

Pemuda Palestin sudah, kita bagaimana?



Banyak kisah-kisah dari sejarah kehidupan manusiawi kebanyakkan perubahan tamadun bermula dari semangat para pemuda. Terbaru ialah Revolusi diMesir yang menyaksikan ratusan ribu para pemuda Mesir yang bersama-sama berkumpul hingga akhirnya berjaya menumpaskan rejim Husni Mubarak. Bahkan, di Palestin sendiri para pemuda dari anak-anak Palestin dengan gagah berani menghadang tentera bersenjata dengan dada yang terbuka sebagai benteng dan tangan-tangan mereka yang kosong dari senjata, kecuali senjata iman, aqidah dan gigih dalam berjihad dan mengimpikan syahid. Allah SWT menggambarkan dalam Al-Quran tentang mereka ini:

 الَّذِينَ قَالَ لَهُمْ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ . فَانْقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِنْ اللهِ وَفَضْلٍ لَمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ وَاتَّبَعُوا رِضْوَانَ اللهِ وَاللهُ ذُو فَضْلٍ عَظِيمٍ
(yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka”, Maka Perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi penolong Kami dan Allah adalah Sebaik-baik Pelindung”. Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. dan Allah mempunyai karunia yang besar”.
(Ali Imran:173-174)

Benarlah juga sabda junjungan tercinta;

Dan benarlah sabda Rasulullah saw ketika menyampaikan perwatakan umatnya, sabda baginda:

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ يُقَاتِلُوْنَ عَلَى أَبْوَابِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَUmatku akan tetap tegak dalam memegang kebenaran, berjuang di pintu-pintu baitul Maqdis, tidak takut dan gentar terhadap celaan orang-orang yang mencela mereka, sehingga datang keputusan Allah sementara jiwa mereka tetap demikian”. (Muslim)

Sahabat sekalian, tibalah masanya saat ini untuk kita mulakan langkah pertama atau meneruskan langkah untuk menjadi sebahagian dari pejuang dalam bersama-sama dalam isu Palestin dan Al Quds. Allah menjanjikan kemenangan yang hanya Dia sahaja yang tahu masanya, namun persoalannya adakah kita mahu bersama menuju kepada kemenangan itu? Tepuk dada, tanyalah iman.
                                

Artikel oleh: Norfazilah Bt Samdin

Advertisement

Comments
2 Comments

2 comments

  1. salam.sy hendak bertanya.ada kawan sy ckap,nak merrdeka kan Palestine.tp kt Malaysia sendiri pon x merdeka2 lg.dr segi pmikiran,dr politik,rasuah sne sni,org islam da jd cm x islam.merdekakn tanah air dlu!-lbih kurang cmtu la dia ckap.cmne nk respon utk soaln die tu? mohon pendapat

    ReplyDelete
  2. hmm....izinkan saya membantu,

    tapi dengan satu lontaran soalan, (mungkin boleh ditanya kepada kawan saudara Wak joko) :

    Apa perasaan kita kalau masjidil Haram (mekah) atau Masjid Nabawi (madinah) diserang oleh puak penjejah?

    Nak berdiam diri? Masih lagi nak berpendirian, "tengok negara sendiri dulu baru tengok negara lain"? atau masih buat endah tak endah? atau akan terus memberikan alasan, senang cerita, memang tak peduli pun apa nak jadi kat negara ummat Islam yang lain....???

    Sedangkan, bukankah kedudukan Masjid Al-Aqsa (Palestin) berada di tempat ketiga sesudahnya masjidil haram (mekah) dan masjid nabawi (madinah)..?

    Rasulullah SAW bersabda yang bermasud :

    "Tiada keutamaan bersusah payah melakukan perjalanan melainkan kepada tiga masjid, Masjid al-Haram, Masjidku ini (Nabawi) dan Masjid al-Aqsa."
    (Riwayat Bukhari & Muslim)

    "Kelebihan Solat di Masjid al-Haram adalah seratus ribu Solat. Dan Solat di Masjidku (al-Nabawi) adalah seribu Solat dan Solat di Masjid al-Aqsa adalah lima ratus Solat (berbanding tempat biasa)."
    (Riwayat Bukhari & Muslim)

    Jangan lupa, Allah juga rakamkan kelebihan Masjid Al-Aqsa di dalam surah Al-Isra' ayat 1. [cuba tengok].

    Itu tentang prioriti kita.

    Tapi jangan lupa, usaha menegakkan Islam di sekitar kita juga perlu, malah ia adalah satu kewajipan. Dan ada je gerakkan2 Islam yang berusaha siang dan malam untuk mengembalikan kegemilangan Islam ditanah air malah diseluruh dunia.

    Persoalannya, adakah kita tahu tentang bende ni?

    hmm..kalau kita duduk diam dan goyang kaki, mungkin tak rasa macam "ada orang" sedang buat sesuatu. Tapi kalau kita bersama dengan "orang-orang" atau "kumpulan-kumpulan (jemaah)" yang berusaha untuk membawa kebangkitan Islam, maka kita akan rasa kehangatan tersebut.

    Moga-moga ia membantu saudara.

    Wallahu'alam~

    ReplyDelete